Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

May 29, 2011

002. HE is just so sweet | Part 1

Assalammualaikum w.b.t



I've been postponing to write up this entry for days. Mainly because I am kinda busy with night talks, meetings and everything or even my bad that I procrastinate. I just want to share this story in purpose of telling to everyone of you and me (as reminder again) that how sweet Allah really is. But yet, let me write in any language that i am comfortable with. Boleh?

Okay change mode.

*Malaya*

Ana (Not a real name) mungkin kalau dilihat seperti budak perempuan biasa saja. Yang awak semua lihat, bertudung, berkawan-kawan, pergi kelas lewat, makan lunch ramai-ramai and etc etc.

Cuma satu benda yang membezakan Ana dari yang lain. Walaupun perbezaan itu kecil, tetapi wanita itu sendiri dapat merasakannya. Ana sekarang baru mula bertatih and making her steps dalam mengejar segala macam rahmat,redha,cinta Ilahi. Terlalu kuat azam yang dipasang dalam diri Ana. Walaupun dia seorang wanita yang fitrahnya sangatlah lemah. Imannya masih baru disemai kembali setelah lama mungkin hatinya terpalit dengan noda-noda hitam kelalaian sendiri.

Alhamdulillah.

And to cut the story short. (As what i always do)

Satu hari, Ana pergi ke masjid. Gerak hatinya meronta untuk ke sana, biarpun bersendiri. Dia risau. Sebab, semalamnya dia tidak dapat bersolat jemaah. Baginya, dalam usaha dia mendaki rasa cinta itu, One way of keeping in touch with god is to observe her Jemaah prayer. Satu waktu pun jadilah. Tetapi, disebabkan semalamnya terlampau banyak tasks dan mungkin atas kepenatan badan sendiri, dia jatuh juga di atas katil sendiri.

She went to the mosque alone. Perhaps, she's okay being alone. Nak pupuk hati kena kuat. Dia sentiasa letak itu sebagai "A big reminder" untuk dia kekal melangkah di jalan Ya Rabb. Berdakwah secara berhikmah, mungkin lebih indah. Ana sendiri bukanlah seorang yang keras, dia lebih gemar "Showing wisdom towards actions" dari berkata-kata, membebel, mengherdik lebih-lebih, padahal diri sendiri pun 2 x 5.

Sesampainya di rumah Allah itu, dipilihnya satu kawasan untuk dia melabuhkan dirinya. Gemar betul dia memerhati gelagat manusia-manusia lain. Berjalan di depannya dengan pelbagai gaya dan ragam.



"Subhanallah, indahnya wanita-wanita ini kau cipta Ya Tuhanku. Ada yang begini cantiknya, ada yang begini manisnya. Kalaulah aku lelaki, mesti aku sendiri confuse nak pilih perempuan yang mana", getus hati Ana sendirian.

Dalam keramaian itu juga. Ana terlihat-lihat wanita-wanita yang bergaya seakan mana cara Ana pernah bergaya dulu. Cantik betul wanita itu semua. Pelbagai gaya lilitan di kepala. Pelbagai corak, warna dan bentuk. Tiba-tiba rasa rindu pula di hati Ana, mula menjengah. Untuk dia kembali ke cara lamanya.

"Ala, awak pakailah sikit-sikit macam dulu. Kan tetap menutup. Ada gaya lagi. Tak pelah. Allah faham. Awak kann perempuan", syaitan dan nafsu mulalah membisik-bisik di telinga Ana.

Ana rasa rindu dan sendirian dia sedih. Cukup kuat dugaan yang singgah, pada ketika itu. Mahu saja menangis semahunya di lantai Masjid itu. Tapi ditahankannya.

"Takkanlah hanya kerana mahu menurut nafsu sendiri, my own stand and principles of life have to be demolished? Penat-penat aku berdoa agar ianya dikekalkan. Aku sendiri yang musnahkan? One small step will lead a bigger step kan?" Hati Ana sering menepuk semangat diri sendiri agar terus melawan kata hati yang jahat lagi satu itu.




Azan Zohor berkumandang mematikan lamunan Ana.

Seusai solat, Ana membelek-belek ayat kalam Allah. Hati yang tidak tenang, eloklah dicari ketenangannya dengan ayat-ayat memujuk dari Maha Pencipta.

Dia ditemukan dengan ayat terindah sekali buatnya dikala itu. Ayat yang seakan-akan memberinya satu cahaya untuk kembali bangkit.

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya" - Al-Kahf :18

"Ya Allah, You are so sweet. I just need to be reminded. and here you gave me directly. I'm sorry. Please don't let me be astray. I am so weak Ya Allah,  Ya Rabbana, Ya Rabbul 'Izzati ", Ana begs in her du'a.

Air mata berjujuran jatuh ibarat empangan yang pecah di kala dia berdoa. Ana sedar, dia telah terlalai walau seketika. Sesugguhnya, janji Allah terhadap hari pembalasan itu pasti. Kenapa perlu timbulnya "doubt" dalam benaknya?

Sodaqallahul 'Azim.

Dialih pula pandangannya ke arah satu-satunya gadget yang dia bawa ketika itu. Handphone kesayangannya. Di belek dan dilihat ke satu "url". Ana buka url itu and to shock her more.

Intipati laman itu sangat sangat sangat memupuk hatinya kembali.
Dalam laman itu, ada hasil kreatif insan lain yang begitu menusuk sanubarinya.
It's about reminding the readers on sacrificing the dunya to reach the goal of pure bliss in akhirah.



And again, Ana cried.
Sehinggakan ada seoarang kakak yang baik hati telah menegurnya.
Tapi Ana sedar kesilapannya kerana terdetik yang bukan-bukan di hatinya , dia tidak peduli akan pandangan orang dengan keadaan dirinya yang tersedu-sedan menahan airmatanya.
Betapa lalainya dia dalam mendengar nafsu dan syaitan, sehingga terefek sekali moodnya pada petang itu.
Astaghfirullah.

Ana cried to sleep at that public place.

Allah sweetkan?
Bila mana hati hambaNya itu terbit segala detik yang tidak elok.
Dia akan memberikan petunjuk.
Selagi mana kita mampu untuk meminta, mintalah.
Allahh tidak melihat pangkat atau darjat kita.

"Kau anak boss, i'll grant your wish firstlah."
"Kau anak pencacai, i'll grant your wish later"

NO!

Allah is never like that.

Pengajaran dari kisah Ana ini, buka mata saya sendiri untuk lebih percaya dengan kata-kata Allah.
How soothing they are.
How calming they are.

Mungkin dulu Ana itu sendiri, bukanlah perempuan yang rajin membelek-belek tafsir. atau mungkin saja Al-Quran, tapi, when one thing lead to another thing. Hati Ana sendiri mula tersentuh.

Alhamdulillah.
Cahaya Allah masih diberikan walau sehina mana manusia itu sebelumnya.


Sebenarnya cerita ini masih berterusan. Rahmat dan nikmat Allah terlalu banyak untuk dirungkaikan dalam satu penceritaan. InsyaAllah, i'll share more.

I just want to share with you guys, how sweet Allah is.
Kalau nak cakap boyfriend awak sweet sebab belikan satu kotak Hersheys everyday,
I can guarantee and bet that the boyfriend will never can BEAT the sweetness of Allah s.w.t.



If you believe in His words, You'll be impressed and you crave to find more truth about HIM and Islam (as overall)

If you seek HIM in your prayers, You'll be touched with HIS gesture in giving you HIS guidance.

Kita bukanlah para sahabat or even nabi-nabi. Kita hanyalah manusia biasa, yang imannya ada naik turun. Yang nafsunya sentiasa membisik-bisik. dan sebagainya.

Kita sendiri yang harus melawannya.

We are in our own battlefield, without us realizing the fact that we are.
Subhanallah.

Jaga hati, Jaga diri Jaga Iman okay sayang-sayang semua?

InsyaAllah, I'll continue this entry right after,
"She cried to sleep ..... and when she wakes up......"


Kerana, ada kesinambungannya lagi sebenarnya.


Assalammualaikum.




p/s : Kalau hati berduka lara, carilah Allah. He is just so sweet when you starts to trust on HIM :)

3 comments:

// juria said...

this is such a good reminder, mkay. thanks (:

Mahfuzah Zulkifli said...

I just love this post (:

LailaAlfisyahr. said...

Juria Afiena, kita semua kan kena saling ingat mengingati :) You shall remind me somehow k :) love ya.

Starry, bercerita mengikut pengalaman sendiri lebih real rasanya kan? :) love ya jugak