Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

dan kisah penulis yang panjang hikayatnya di sini : kaishrakirana.
Salam.


July 24, 2015

June 3, 2015

150603 Sacrifice.



Assalammualaikum wbt.

Bila dah hampir tiba ke penghujungnya, semua mulalah menapak dengan hidup masing-masing. Mencorak ke mana arah tuju yang nak digapai. And as for me, I still am not sure yet where I am  going/ My inner battle between myself masih belum senggang dari aku.  Probably sebab tuhan dah janji, selagi aku idup, selagi itulah aku akan diuji, akan diberi hati yang berbolak balik, diberi situasi yang berbagai ragam jenis.

Dan sejak akhir akhir ini, aku sering tertanya tentang "sacrifice-sacrifice" yang konon aku dah lakukan untuk diri sendiri. Which I thought would help me to lead better life. Pengorbanan adalah sepatutnya menjadi perkara rahsia antara aku dan tuhan. Antara aku dan orang orang yang tahu. Bukan?


Dan paling banyak, adalah melawan hal hal sendiri yang cuba menggugah jiwa.



Semoga, ada cahaya dihujung jalan. dan semoga aku dikurniakan sabar tanpa henti.


dan aku sangat rindu pengisian pengisian daurah or any spiritual talk. Mungkin sebab aku dah lama menjauh dari hal hal sebegitu dek kerana menyiapkan hal hal pembelajaran lah katanya.

Aku rindu, dan sekarang aku diuji dengan pengisian daurah
"Semangat Pemuda"... Sedih lah, bila dah mula rasa diri macam dah tua. Padahal semangat pemuda tu bukan pada umurnya, its in the spirit. You can be 40 but you are still youth at heart and work strong for people. I miss giving contribution to others, I hate this kind of life where fulfilling my own achievement is the solely goal for a time of period. Being stagnant and nothing ever excites me like before.

Oh baiklah, saya belajar untuk Ummah. Baru betul niat nya kan. So wait for my comeback, Kay people!

Ensyaallah.



btw light reading : Hidup ini perlunya cinta; Dr Maza.

April 27, 2015

150427 Masa untuk kedua orang tua.


Sepertinya  mahu dihentikan semesta,
agar aku mampu berkhidmat berjasa pada kedua orang tua.

Walau sebanyak mana aku menghampa mereka,
di bibir mereka terukir tetap senyum yang menhilang segala duka dan hiba.

Walau sebanyak mana aku mahu berhenti berusaha.
di bibir mereka sentiasa bersuara kata semangat percuma yang menguat hati dan deria rasa.




Lord, could you just please give me more time?


April 24, 2015

150424 Road to final.



Aku rindu menaip dalam gelap begini.
Rasa bagai aku berbicara sendiri sewaktu dunia lain sedang nyenyak dalam mimpi yang sepi.

Beberapa minggu lagi semester ini akan berakhir,
dan kemudiannya ada lagi satu semester pendek berbaki dua bulan cuma. Ensyaallah.
Cepat betul masa berlalu.
Lima tahun di sini, segala macam pengalaman dan didikan diri aku telan terima, hadam dan kumuhkan...

Ada yang baik, aku mahu ingat sentiasa,
dan yang kurang baik, aku selalu jadikan sebagai pagar awas supaya aku jaga jaga.
Dan kadang, aku selalu ingatkan diri, agar jangan terlalu tinggi sangat pagar awas itu,

sebabnya,
kadang pagar itu berantai, menggari kaki dari terbang tinggi,
dan bermimpi indah
mengorak langkah jauh lagi.

Adakah ini simptom penuaan?
Seperti mula menerima apa adanya,
Seperti mula melihat kenangan lama hanyalah seperti helaian muka surat lalu masa lampau,
dan tak lebih dari itu.

...

As I get older, I realized its time to detach in order to attach.
If only you could understand.

Sudah sudah lah dengan dunia yang bergemerlapan,
dan orang orang yang menyeksakan.
Sudah sudah lah dengan terlalu ingin mengejar harta yang tak akan di bawa mati.
dan cinta yang memperbaiki diri.

Jujur aku katakan aku rindu pada jiwa dan semangat aku yang dulu,
tak pernah takut nak mencuba sesuatu,
even if it means to hurt my feeling, and to bruise my skin.
I don't know why it feels like something is holding me back,
not letting me to soar up high, exploring world and meeting new ones with no fear.

Mungkin, kerana kini aku dah kenal sisi sisi tanggungjawab.
Menjadi dewasa,
Menjadi wanita,
Mahu membalas jasa ibu bapa
dan meneruskan cinta kemudian berumah tangga.

Mungkin.

...



" A true love, will bring the best out of you"

dan kenapa kau takut untuk menjadi yang terbaik walau ianya hanya adalah untukmu?


...


dan kerana itu lah, dengan sisa berbaki selama beberapa hari ini,
aku gigihkan untuk menjadi seperti Maryam sewaktu zaman sekolah dulu,

budak nerd dan tekun.

ah, aku rindu.


but I do get over-stressed out sometimes,
alhamdulillah , tuhan masih ada.
manusia yang kasih juga masih ada.

...

Gambate!


#RoadtofinalSubmission2015


p/s : memang kalau lampu malap, mood menulis bercerita ni memang lebih sikit ke? 

April 9, 2015

150409 Meninggal.

"Kenapa kau menangis ni?"



"Oh ada kawan aku meninggal"



...


Sebenarnya dia hanya berselindung, tangis nya itu adalah kerana dia tahu yang dirinya sudah mati.
Jiwa dan cinta sudah lenyap. Kasih sayang hanyalah pemanis kata, bukan sesuatu yang ikhlas diberi rasa. Dan, dia sudah parah untuk sekian lamanya, maka hari itu ; jiwanya mati. Fatal injury and lead to sudden death.!

April 1, 2015

150401 Kedua Puluh Empat


Salam tahniah dan takziah, buat peningkatan umur sendiri.
Nak nak, bila ulang tahun kelahiran di samakan dengan kenaikan kos sara hidup di negara sendiri.


Moga Tuhan beri jalan, untuk kita hidup dalam keadaaan aman.


Aku tak minta banyak,
sekadar ingatan untuk diri, selain ucapa ucapan dan harapan harapan cliche yang lain.



1. Mampu diberikan sabar yang cantik dan tinggi.
2. Mampu diberi rasa dalam berkeputusan dengan baik
3. Paling terutama berusaha perbaiki hubungan denganNya supaya harapnya hubungan dengan manusia lain, lebih baik dan bahagia.

Ensyaallah.



Nah, aku tak minta banyak bukan?

Of course lah, nak mati dalam iman and another else are in the list, tapi ini adalah tiga yang utama aku nampak, yang aku mahu setelah di analisa pada diri sendiri.

...

Aku bukanlah mahu sangat disambut "lavishly",
tapi dah sifat aku periang sesama sahabat, saja menggatal gatal teruja mengingatkan itu ini.
Maaf lah, kalau ada yang jengkel.

Satu hari nanti, andai aku mati,
aku mahu kalian tahu.
Terlalunya sayang aku pada kalian semua, dan bila suara dan sibuknya aku mengacau sini sana sudah tiada;
semoga kalian ingat bahawa aku pernah singgah dalam hidup kalian dengan bising, senyum riang tawa seorang aku.
dan pada saat itu, aku hanya mahu,

kiriman doa, ikhlas dari kalian.


Itu sahaja.




Assalammualaikum.

March 28, 2015

150328 No longer afraid.



Aku sudah tidak lagi bertanyakan tentang perkara perkara yang terlalu diluar kawalan manusia.
Aku pernah menjadi  terlalu  takut untuk itu dan ini, dan hingga menyesakkan rongga nafas dan ruang berfikir.



I wish I could stop time,
re-construct life from beginning.


dan sekarang,
masa untuk fokus pada kehidupan yang sedang dilalui.

Kalau ada perkara buruk yang bakal terjadi pada masa hadapan, aku sepatutnya bukanlah untuk terlalu merisaukannya sekarang. Sehingga sakit seluruh hati, sendi perasaan.
Kalau ada perkara buruk yang telah terjadi pada masa lalu, aku sepatutnya tidak lagi takut untuk melangkah pergi dan mengorak jejak menenangkan hati.



Maryam, janganlah takut pada bayang semalam.
dan janganlah terlalu risau pada ketidak pastian masa hadapan.



Persiapkan lah diri, pada kematian yang pasti.
Itu adalah sebaik baik motivasi.


Kan?

...


Hari itu saja aku mengusik.

"Jangan lupa tau, Hari Rabu depan. ada apa ya?" , Maryam

"Heee. ermm ada GST kan?" , tersenyum mengusik dia menjawab.


...


Semoga, kau kekal begitu.
Humor dan bersahaja, walau aku tahu kau sayang sebenarnya.

Sabar ya, belum lagi masa.

March 15, 2015

150215 Train Bungkam.




Lokasi : Terminal Bersepada Selatan - LRT STAR - Masjid Jamek
Masa : 4 pagi - 6 pagi

...


Bus dari kota raya Johor tiba lebih kurang empat setengah pagi awalnya.
Berkira kira, mahu habiskan masa untuk tidur sementara menunggu adanya transportasi publik, bukanlah cadangan yang baik.
Bersepah jelata di terminal.
Dari pelusuk paling besar hinggalah ke celah ceruk orang terbaring atau terlelap melepas penat.

Surau ; penuh.

"Umar, kita tunggu sampai pukul enam. lepas tu kita terus naik LRT ya", Aku beritahu si adik.

"KakNa rasa ramai sangat di surau. kita solat di next station ya. Lagipun Subuh masuk lambat sekarang" ...

...

5.50 am

Selepas terkulat kulat menunggu masa, beg ditarik kendong ke luar bangunan terminal.
Dengan harapan operasi tren sudah bermula.


Stesen Tren sudah padat dengan manusia. Kami gagahkan diri menyelit nyelit dan menunggu.

Waktu masih awal, subuh pun belum menginjak ke masanya.
Kami mula perjalanan dalam koc bermanusia yang duduk dan diri diri.

...

"KakNa, kita solat di Masjid Jamek ya"

"Erm... sempat ke?" getus sendiri sambil melihat lihat jarak antara Bandar Tasik Selatan dan Masjid Jamek. Erm... jauh.

"Sempat..." Umar menjawab.


Kami berdua diam


...



*Tren bergerak perlahan*
*Tren bergerak terhenti henti*
*Lampu malap. malu malu nak terang*

"Ermmm. kenapa hati tak sedap ni" bicara hati sendiri.



*Tren berhenti di tengah rel*
*Lampu tren mati, satu koc*
*Lampu tren mati, keseluruhan koc*


Tren bergelap.
Tren bungkam.
Bawah sana jalan raya.



*Azan Subuh berkumandang*


...


Aku terdiam.

"YaAllah... kenapa ni...", sendiri hati menguji sabar.

Aku kaget tapi cuba ditenang tenangkan.
dalam hati aku tertanya,
kenapa orang lain macam biasa saja?
Atau cuma aku saja yang rasa entah apa-apa.


*Umar terjaga dari lena*

semua diam.


"Umar, Kita solat lepas stesen ni lah. Tak nak tunggu sampai Masjid Jamek" aku mengajak.


...


Selang seminit dua, tren bergerak semula.

Lancar.


Alhamdulillah.

Walau hati aku masih bergetar, fikir aku masih jauh menerawang ke mana mana.

...




Entahlah, aku terfikir

dalam seminit dua begitu.
semua benda bermain di kepala.
dari rancangan "Train's Collision" di National Discovery Channel yang pernah aku tonton suatu ketika dahulu,

sehingga lah  perkara perkara kematian dan kehidupan.

Terus saja mahu dilaku buatkan segala kebaikan pada waktu itu saja.
SEMUA! dan pada waktu ITU!
tanpa berkira, tanpa kata dua.


ermmm.

Life is like that, isn't it?
Tuhan bagi ingat, cuma entah kita sedar atau tidak.

Bayangkan, jika tersangkut di atas train yang tak bergerak di tengah pagi.
Aku cuma bayangkan, jika ada train dari belakang yang lebih laju merempuh kami.

dan sebagainya lain.

...




Alhamdulillah.


...


Akhirnya kami bersolat juga di Masjid Jamek.
dan Alhamdulillah juga, suasananya tenang.
sesampainya di sana, kami terus dihulur sarapan berbungkus.
Dari sukerelawan yang bekerja seawal pagi ini untuk masyarakat serata.


Alhamdulillah.


...


Hai Tuhan, berilah aku peringatan dalam diam atau jaga,
dalam kasih sayang dan hikmahNya.
dan berilah aku rasa rajin untuk menulis bercerita tentang perkara perkara yang mencantikkan dunia.
Amin.

February 9, 2015

150209 Kekasih masa hadapan.


Berkeputusan memang payah,
lagi lah bila dalam timbangan itu adalah masa depan sendiri.

Semoga aku memlih sebaik baik pilihan,
Yang membimbing dalam baik buruknya aku.


Is it normal when the day is nearer, a lady will freak out and everything suddenly pops in her mind.


Biidznillah, letak lah segalanya pada Allah.

Atas cinta dan kasih sayang, semoga Tuhan pelihara.