Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

May 30, 2011

003. To cover like this is my choice.

Assalammualaikum w.b.t.

Lewat pagi ini, seorang sahabat terindah datang bertandang dalam ruang maya saya.
Alhamdulillah, kedatangannya pagi ini memberikan satu diskusi menarik dan sekaligus idea untuk saya menulis pada kali ini. Terima Kasih sahabat.





Diajukan soalan kepada saya ,

"btw, kalau pakai shawl memang susah ke nak tutup dada and semua-semua tu?" , sahabat saya.

I just smiled.

I know, this kind of question will always struck everyone's mind. Even me.

And i answered,

"Boleh je :) Ada shawl yang labuh", M.

and this sahabat said,

"Takdelah I was looking at Heliza's picture. Cantik je bertutup semua," , sahabat saya berkata lagi.

I just smiled.

To cut the story short, I explained.

Pemahaman aurat itu berbeza mengikut orang. Saya sendiri yang hidup dengan suasana kemasukan budaya-budaya luar yang masih "Islamik" boleh lihat kepelbagaian cara Muslimah menjaga aurat mereka. Ada pelbagai gaya dan cara.

Makanya, saya bilang pada sahabat itu. "Aku respect pada orang lain".
Maksudnya, saya bukanlah orang yang layak untuk menjelaskan tentang isu aurat dan penjagaannya. Kerana saya sendiri pun masih baru mula bersiap-siap menjaga sebaik yang mampu. Itu pun tudung yang berbidang besar ini pun kawan saya yang pinjamkan. Sebab saya cakap pada kawan saya, Nadiah, tentang keinginan saya itu, tapi saya tak punya tudung yang begitu saiznya. Semua di rumah tudung bawal, shawl dan etc etc.

Nadiah berikan dua helai tudung yang saya kira merubah sebahagian besar hidup saya, sekarang. Terima kasih awak, semoga Allah membalas jasa awak.



Untuk sahabat saya yang bertanya itu,
saya pun sendiri takut jika saya berkata banyak tentang ini, esoknya saya kembali kepada saya yang lama.
Saya hanya mampu untuk berdoa agar saya yang sekarang ini kekal sehinggalah ke nafas terakhir, "La Ilaha Ilallah"

The friend asked again,
"What about you? Kau macam mana?"

And i answered.

Nak ber-shawl atau tidak itu terserah pada individu tersebut. Bila kita tahu tentang apa yang perlu kita jaga. InsyaAllah, kita mampu mengawalnya :)

Makanya saya bilang lagi pada sahabat saya itu,

"Aku cuma takut, kalau terdetik niat di hati aku untuk "I wear this nice clothes to attract people's attention"", M.

Tentang detik hati.
Niat terpaling dalam, aku paling takut.
Allah Maha Mengetahui sekecil zarah apa yang kita semua sembunyikan dari pandangan mata kasar manusia lain.

Saya beritahu sahabat saya,
"InsyaAllah nanti kalau saya dah kuat. bolehlah".

Maksud kuat di sini adalah, Kuat dalam erti kata melawan segala detik hati. Detik nafsu dan bisikan syaitan itu sendiri.
Buat masa sekarang, saya semacam bayi yang baru dilahirkan.
Masih perlu dibelai,dipupuk. Walaupun saya tahu, saya harus berjalan sendiri dalam tatih saya itu.



Kalau saya punya suami yang memberi izin saya bercantik-cantik, is another different case.
Sekarang, saya masih sendiri. Hidup sendiri. Mak dan bapak pun jauh. Apa yang saya buat di sini, semuanya atas kepercayaan mak dan bapak terhadap saya.

Alhamdulillah mak dan bapak tidak pernah membantah niat murni untuk saya begini. Mak semakin menggalak adalah :) She's sweet.

|Akhir Semester 2 - Around April|

"Mak, nana nanti Nana balik Jb, kita shopping jubah eh. Nana teringin lah", M.

"Okay. InsyaAllah. ada rezeki kita pergi", Mak.

When i was in JB, Mak brought me to the "kedai baju". And she was excited to pick the jubah for me. Quite a few of them. And it brought questions to my mind.

"Mak, kenapa excited sangat ni nak pilih banyak-banyak jubah?", M.

"Mak suka tengok nana pakai jubah", Mak.

And again, inside the changing room, Only God knows how i am touched by her gesture.

Bila mana saya sekali lagi sudah pulang ke kampus, saya beri pesanan kepada emak,

"Mak, nanti nana balik, teringinlah nak pakai baju yang hantar jahit tu", M.

"Okay InsyaAllah. Ada rezeki nanti lepas gaji, mak ambil" , Mak.


Alhamdulillah. Mak is being supportive. So does bapak. Saya paling suka bila mak tenangkan hati saya dengan satu patah ayat simple ini,

"Insyaallah. Kalau ada rezeki"

Sebab apa?

Sebab saya yakin. InsyaAllah, kalau Allah beri rezeki itu pada saya, saya akan milikinya juga. Jika tidak, saya haruslah bersabar kan? Mungkin Allah nak beri yang lebih baik?

:')



Berbalik soal isu tudung tadi, saya ingin sahabat-sahabat saya yang sedang membaca ini, Jangan letakkan satu "bar" yang terlampau tinggi untuk saya jejak. Sebab, being me, i know how much flaws that I have. Sikit-sikit saya nak ubah flaws itu jadi permata. Tetapi, permata untuk yang selayaknya sahaja.

InsyaAllah.

Untuk kawan-kawan perempuan, kita sama-samalah renung balik, apakah niat kita sebenarnya dalam menjaga aurat? Setiap hari perkemaskan niat kita dari hari yang semalam okay sayang sayang semua?

Bagi saya, everyday is a new day. Its a new start. So, make full use of it.

Contohnya, semalam kita dah termengumpat, tertimbul riak atau hasad dengki, kita sedar amalan kita akan dihanguskan. AMALAN KITA JADI KOSONG.

"Beramallah seperti tiada hari esok. Tetapi belajar/bekerjalah seperti awak akan hidup selama-lamanya"

Makanya, bila hari yang baru tiba, kita cuba sebaiknya, untuk fill up the kosong-kosong part sekali lagi dan try to improve better. InsyaAllah. Yang penting, keyakinan kita haruslah disandarkan pada Allah, 100% bukan 99.9%.

"lebih baik tidak dipandang mahupun memandang", peringatan seorang rakan tidak lama dulu.
 "Dan barang siapa mengerjakan amal kebajikan, baik laki-laki mahupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam surga dan mereka tidak akan dizalimi sedikitpun. Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayangan-Nya", AlBaqarah ; 124-125


and It is a reminder for me as well.

Assalammualaikum.

p/s : Yang baik itu semestinya datang dari Allah s.w.t dan yang buruk dan hodoh sifatnya, datang dari kekurangan dan kekhilafan nafsu saya sendiri.

p/s : Bila ada kesempatan lain, saya akan kongsikan what makes me to have this urge to change :) InsyaAllah.

1 comment:

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

:')

i am so proud of youuuuuu. semua orang ada kisah silam masing², semua orang ada jerangkung dalam almari, but its our choice how to make a difference today so that we can have a brighter future.

:') Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. I can never thank Allah enough for what He had given you, my dear.

indeed, He knows best.

would love to meet up with you whenever I'm around in Msia nanti. I'm coming back on 28th June, inshaAllah, until October. hik~

hopefully Allah izinkan utk kita jumpa & una, kuat kuat kuat! bila kita pilih jalan ni, makin banyak dugaan (& I'm sure you are aware of that) tapi Allah sentiasa ada. Dia ada. :')

jaga diri, jaga iman, jaga hati. May Allah take care of you for me, love. ^_^