Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

June 4, 2011

005. HE is just so sweet | Part 2

Assalammualaikum w.b.t

Eloklah kiranya hari ini, saya teruskan dengan kisah sharing moments of "HE is so sweet". Jika kerap ditunda takut nanti terlupa. Lagipun, di minda ini sudah terlalu banyak rangka-rangka ayat yang bersawang minta untuk diterjemahkan dalam penulisan.

Haih.

Maaf.

Continue .....

"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya. Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."♥



"She cried to sleep ... And when she woke up, she saw a group of girlfriends in front of her ... "
Foreigners.

Walaupun berbeza warna kulit, si putih itu mesra sungguh meletakkan kepalanya atas pangkuan si wanita afrika.

Manis sungguh momen itu. Islam itu indah. Kita tidak pernah dibezakan dengan sukatan sukatan dunia yang semuanya menyeksakan.



"I miss my girlfriends", hati Ana berbisik sendiri.

Sering terbayang di lakaran minda Ana, dapat bermesra, berborak, berkongsi ilmu dengan rakan-rakannya di bawah bumbung masjid itu. Teringin sangat hatinya berkongsi keindahan dan ketenangan yang dikecapinya bersendirian.

Setiap langkah yang diaturnya sendiri ke rumah itu, setiap itu juga doa dipanjatkan agar rakan-rakan yang lain diberikan seluas-luas kesempatan untuk bersama bergembira dengannya di situ.

"Ah, manisnya. InsyaAllah nanti akan aku bawa mereka. I'm okay being alone. But i just want to share with someone ..." Ana sekali lagi merintih kepada Tuhannya.

Allah itu Maha mendengar.

Rintihan Ana dibalas dengan sebuah nikmat yang sehingga ke hari ini, tidak mampu Ana balas.

Allah kurniakannya, Nikmat mempunyai rakan,sahabat,teman ...



Seusai Solat Asar, seperti biasa bersalam-salam dengan mereka di kanan dan kiri. Entah kenapa, dengan si perempuan yang lagi seorang ini, pelukannya sedikit lama.

"Awak dari mana? Sekolah ke?", tanya si perempuan manis kecil molek itu.

"Eh taklah, dari sini lah. Budak Kaed je", Ana menyambut salam perkenalan itu.

"Tak pernah nampak pun", si rakan baru itu terus bertanya.

"Kita selalu duduk tepi tu, tak nampak sangat. Tak pernah jugak nampak awak. Selalu ke datang sini?", Ana menambah manisnya pertemuan itu.

"Alhamdulillah. selalu juga. Hmmpph, tak pelah , nama saya Sofea" , Si rakan baru memulakan sesi Ta'aruf.

Ana dan Sofea bertaaruf. Bercerita tentang itu ini. Pertemuan yang sangat singkat. Membawa kepada detik yang lebih indah.

"Awak Journalism Club ke? Kita dah lama nak masuk club tu. Daftar Online. Tapi tak pernah dapat updates apa-apa pun." Ana mengajukan soalan.

Setelah berbual bual, rupanya Sofea merupakan antara ahli jawatankuasa kelab yang Ana idam-idamkan itu.

Entah kenapa, Allah mahu pertemukan jodoh kami. Pada hari Khamis yang diberkati itu, dua rakan baru ini dipertemukan dalam keadaan, kedua-duanya berpuasa.

"Awak puasa hari ni?", Sofea menyoal lembut.

"Alhamdulillah. InsyaAllah kalau mampu," Ana sekadar membalas pendek.

"Awak nak berbuka dengan siapa?" satu lagi soalan Sofea membuat Ana terfikir-fikir.

Sebenarnya ikut perancangan Ana, dia hanya mahu membeli sepotong roti sebagai pembuka puasa, balik bilik nanti barulah makan nestum buatan sendiri. Ana sekarang memang gemar membuat pelbagai perancangan, agar hidupnya lebih teratur, mungkin.

"Takde siapa. Beli makan sendiri je", Ana menjawab dengan gelak tawanya.

"Eh kalau macam tu, buka lah dengan kita. Kita pun nak buka dengan kakak-kakak club", ajakan Sofea membuat hati si Ana berbunga-bunga.

"Malu lah. Kita bukannya kenal", walaupun gembira, tapi terselit juga perasaan malu itu.

Mana taknya, semuanya kawan baru. Sofea juga rakan yang baru dikenal tidak lebih dari sehari.

"Alah, takpelah. Jom lah. Nanti lepas Sofea balik dari Computer Lab, kita beli makanan kat cafe k", Sofea menenangkan hati Ana.

"Okeylah macam tu. Thanks sangat", Ana akur.

Alhamdulillah, lewat waktu Maghrib itu, Ana dikelilingi rakan baru. Berkongsi makanan di dalam dulang dengan 'Strangers' yang Ana kira sangat sweet. Cantik betul wanita-wanita ini. Bukan hanya kerana paras rupa mereka yang paling tenang, tetapi kerana keikhlasan mereka menerima Ana, si budak baru.



Ya Allah, awak sangat sweet. Awak temukan saya dengan manusia yang membawa kepada sesuatu yang telah lama saya impikan.

Hari Khamis itu, Ana sangat bersyukur dengan segala limpah kurniaan tuhan. Dimintanya rakan di samping, diberinya satu wanita manis untuk menjadi pendamping :')

Malam Khamis itu, sekali lagi Ana diberi ujian dalam bentuk nikmat kurniaanNya.

Sahabat dari seberang sana, yang terlampau Ana rindui, Sara namanya. Menjengah ruang Messenger Ana. Sara sibuk dengan minggu-minggu exam di kampusnya. Maka, Ana sedar untuk tidak menganggu sahabat istimewanya itu. Tetapi, malam itu berbeza.

Malam itu, entah kenapa hati Ana terdetik untuk "online" YM menggunakan gadget kesayangannya, sedangkan dia sudah bersiap untuk tidur malam. Walaupun dia tahu, tahap socialnya di YM bukanlah seheboh dulu. Tapi , bila Allah dah detikkan, mesti ada sesuatu kan? :')

Tidak sampai beberapa minit Sign In, Bunyi alert YM membuatnya terjaga dari lelap yang pendek itu.

"Ana, Assalammualaikum.  Apa Khabar?"

Ana was shocked and too thrilled and excited.

The conversation went on. The sleepyhead Ana suddenly became fully-awake at 2 am. Teruja hatinya untuk berkongsi kisah-kisah yang dilaluinya dengan sahabat yang satu ini.

Bebelan si Ana, sangat panjang dan Sara sentiasa mengucapkan syukur. Alhamdulillah. Ada juga rakan yang gembira dengan kegembiraan rakan yang lain. Ana terharu sekali lagi.

Ana bicarakan tentang gejolak rasanya yang berbolak balik untuk kembali kepada penampilannya yang lama.
Sara diilhamkan oleh Allah to be so sweet to Ana.

Antara bait-bait Sara bila mana Ana merengek tentang hatinya yang rindu dengan gayanya yang lama,
Sara menepuk hati Ana dengan lembut ;

"Siapa cakap orang bertudung labuh tu tak boleh berhias? Orang bertudung labuh boleh je berhias dengan senyuman ikhlas, akhlak bersih .... Itulah hiasan orang bertutup", Sara...

Tears dropped without her knowing.

Manis sungguh kata-kata itu. Semenjak dari itu, Ana sematkan dalam dirinya, agar sentiasa bermanis muka. Biarlah tiada secalit pemerah pipi, biarlah senyuman ikhlas itu yang membuatkan hati manusia lain lebih dekat dengannya tanpa bahan plastik lainnya. Dan biarlah pekertinya yang menjadi nilaian manusia lain. Bukannya kata-kata kesat jadi ayat tuturan, Such A BIG Reminder to Ana.



Tiba-Tiba Sara tanyakan,

"Ana dah dapat jadi Imam?"

"Kita nak belajar betulkan balik semua tajwid-tajwid kita dengan kakak-kakak. Lagipun, kesian kalau kita jadi imam, Kita ni dah lah suka menangis dalam solat" , Ana tergelak di hujung ayatnya.

Sebenarnya, "Baru sekali.. Tapi itupun imam tiba-tiba", Ana merungkai kembali saat dia terasa seperti bahunya disentuh oleh seorang rakan dari belakang. Lantas rakan itu mendamping rapat dan kemudiannya mengikut aturannya dalam solat.

"Takpe. InsyaAllah nanti ada rezeki.", Sara kembali memujuk.

"Entahlah Sara, Macam belum bersedia je. Tapi that is my biggest dream. Nak berubah, mestilah teringin", Ana kadang-kadang meragui kemampuannya sendiri.

Lewat malam itu, Ana dan Sara menghabiskan diskusi mereka. Ana pula di sisi lain, asyik terfikir tentang soalan Sara yang terakhir itu...

"Entahlah bila mampu jadi imam ni, Ya Allah"....

She went to sleep with her high-hope.



Alhamdulillah. Saya berhenti di sini okay? Saya akan sambung lagi. Awak nak tahu, sama ada Ana betul-betul dapat menjadi Imam? InsyaAllah, akan saya teruskan lagi penceritaan ini. Kerana nikmat kemanisan yang dikurniakan itu terlalu indah. Nikmat yang diberikan adalah setinggi-tinggi ujian yang Allah beri pada hambaNya. Mahu dilihat, bila mana seseorang itu diberikan kegembiraan, adakah dia akan mengucap syukur, atau tidak


:')


And as for me myself, M.

I want to start anew with my friends. To start with a new Hello. Mungkin dulu, erti kata berkawan yang ada dalam kamus hidup saya adalah kerana persamaan-persamaan material (kelas sama, tinggal di kawasan yang sama and etc etc). Sekarang, saya mahu ubah niat itu secara diam-diam. Semoga dengan perubahan niat itu, akan lebih memberi kemanisan dan keberkatan yang berpanjangan dalam usaha saya mengekalkan ukhuwah sesama kita. :') InsyaAllah.

"Assalammualaikum, Nama saya Maryam Kirana. Saya nak berkawan dengan awak semua kerana Allah. Saya nak jadi kawan awak semua supaya kita sama-sama dapat masuk syurga Allah. Saya nak awak semua ikut saya sama-sama berjuang di jalan Allah. Kalau saya tersungkur di jalan ini, InsyaAllah saya punya awak semua untuk menarik balik tangan saya. Kalau saya tersedu menahan tangis, InsyaAllah saya punya awak semua untuk menepuk bahu saya. dan andai kata, saya gugur di jalan ini, Saya mahu syahid dalam keredhaan Allah. Awak semua mahu? So, lets befriend."

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10) 






Bila kita berkawan kerana Allah, InsyaAllah perkara-perkara jahat-jahat mungkin dapat dielakkan. Kerana, setiap kali terdetik di hati untuk berbuat kejahatan atas si kawan itu, kita terfikir tentang niat paling utama kita dalam usaha berkawan, InsyaAllah. Kita akan lebih terjaga.

"A reminder to me and you as well"



p/s : First time dengar lagu ini zaman PLKN, kira-kira dua tahun lepas. Maaflah. Saya tidak bergelumang dengan genre begini sebelum ini :')

3 comments:

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

Salam wbt. Maryam Kirana, saya nak kawan dengan awak!

:)

kawan yg macam mana?

kawan yang sekalipun awak jatuh ke neraka, saya akan tarik awak semula, untuk kita sama-sama pimpin tangan ke syurga.

biiznillah, binasrillah.

NHAF said...

Dedicate this song (Sendiri by Saujana) to you.


Listen to the lyrics.


Moga awak baik2 saja ye MaryamKirana.

NHAF said...

Dedicate this song (Sendiri by Saujana) to you.


Listen to the lyrics.


Moga awak baik2 saja ye MaryamKirana.