Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

June 30, 2011

012. I shall say, I am alright.

Assalammualaikum.



Cepat sungguh masa berlalu.
Diam dan diam dan diam,  semester tiga semakin tiba ke penghujungnya.
Kelas sudah habis.
Tinggal satu kertas untuk dijawab esok. Tolong doakan.
Malam pula, ada peperiksaan tertinggi buat seorang perempuan. Tolong doakan sekali lagi.
Paling penting, untuk lulus kedua-duanya secara total.
InsyaAllah.

entah kenapa, malam ini membuak sedikit rasa untuk menulis.
mungkin terharu di atas comment si rakan yang tidak pernah dikenali secara real.

terimakasih kawan-kawan kiriman Allah.
Alhamdulillah, hidup saya sekarang okay.
Jika terasa seperti tali menjerut leher dan seakan kepala mahu terputus dari badan kerana tekanan,
itu semua saya anggap ujian.
Ujian untuk menilai tahap peningkatan diri dan tahap kelayakan sebagai hamba abdi si DIA.

Setakat ini, alhamdulillah.
Bukanlah saya katakan, hidup gembira tanpa masalah.
cuma, saya olah semula masalah itu dan susun elok-elok dalam kotak fikiran rapi-rapi agar tidak menganggu kelansungan hidup saya.
dan
Bukanlah juga saya katakan, hidup sedih tertekan dengan seribu tangisan.
tidak juga.

Biasa-biasa.
Hidup normal.
ada gelak.
ada tangis.
ada muram.
ada senyumnya.


Pulang dari perkongsian ilmu dengan ustaz, rasa tergerak hati untuk berkongsi dengan kalian.
Alhamdulillah dipermudahkan walaupun esok ada paper,
entah kenapa, rasa rindu untuk duduk dalam halaqah.
rasa syahdu dipeluk malaikat-malaikat ghaib.

:')

Jaga hati kita dengan makanan rohani.
Jangan biarkan ianya lemah, lemah dan akhirnya mati.
Tidak dinafikan,
I am not perfect.
Ada masa duniawi mencengkam keseluruhan hidup saya, sampai rasa "suffocated" dan terkapai-kapai.
Cuma, hanya pada Allah jualah, kekuatan untuk kekal hidup itu saya minta.

kadang-kadang rasa tidak mampu.
tapi,
ini jalan yang saya pilih.
Tolong pakukan hati dan kaki saya di jalan ini.

Takut.

Jadi orang yang dipalingkan hatinya.

Nauzubillah.




Okay status mood saya sekarang ; "Alhamdulillah :) Tak sedih. Tak gembira. Di tengah-tengah"

Ingin saya kongsikan sedikit kata-kata ustaz yang terlampau menusuk hati kecil keras hina si budak perempuan ini awal malam tadi ;

"Jangan risau jika tidak mendapat sayang manusia. Sebab, jika Allah sayang kita, DIA beritahu pada Malaikat Jibrail supaya sayang kita. Malaikat Jibrail pula akan sampaikan pada semua penduduk langit akan hal itu dan menyuruh mereka menyayangi kita. Dan hanya pada Allah, yang berkuasa meletakkan sayang itu dalam hati-hati manusia lain supaya sayang pada kita."


get the words?
faham?

Hanya Allah, yang mampu buat saya sayang awak atau awak sayang saya.
Hanya Allah, yang mampu pelihara hati kita semua.
Kita hanya mampu usaha dan berdoa.

Allah lihat pada usaha itu.


Semoga diberkati atas jalan-jalan yang kita pilih.
Andai sayang itu hilang, saya harap sayang Allah pada saya (jika ada) tidak hilang.

InsyaAllah.


|satu| Hubungan antara manusia dengan Si Pencipta.
dan
|dua| Hubungan antara manusia dengan manusia.

Jaga dan pupuklah yang |dua| itu dengan niat untuk mendapat keredhaan terbaik untuk yang |satu|.


In life, we shall face the reality. Problems will never stop to haunt us. Just because to see whether we are prepared or not. And regarding tomorrow, please pray for my easiness. I want to get rid of the nervousness so much. To try my best to impress them, is the hardest job. But i won't try that hard, because it will look so unreal. Just be myself and let Allah controls everything. As i trust in HIM, everything shall be okay, right? Even though right now, my tears seems so cheap. They can run freely on my cheek in any minute, because as time goes by, tomorrow will finally be today. Please pray, i won't go kalut-kalut and behave pretty well. Just be Maryam Kirana bt. Md Ashari.






p/s : Nak menangis sebab nervous. Tapi, Allah kan ada. semoga dia yang tenangkan hati-hati kita semua :')


Insyaallah. Assalammualaikum.

No comments: