Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

December 13, 2011

065. I should not tell

Salam alaykum,


Jika Zulaikha mampu menunggu Yusuf A.S. hingga bertemu cintanya yang sejati, dimana akhirnya berubah dari seorang penggoda kepada HambaNya. Mengapa “Yusuf” di zaman kini tidak mampu menunggu kehadiran “Zulaikha” yang setia memelihara diri ke dalam hidupnya ?



"Are you giving up?"

"Nope. I am putting it on 'wait'"

"Kuat ke?"

"Allah kan ada"

"Yakin ke?"

"Allah kan dah rancang semua"

sabarlah hati.


Mungkin memang saya perlu betul-betul pergi , agar kekuatan kembali menyelubungi jiwa, luar dan dalam.

Terlalu meletakkan kebergantungan kepada Allah, manis.
Macam si anak yang selalu meminta pada ayahnya.
Tapi, hubungan ini lebih 'Mistik'.

Ya Allah,
andai mempunyai rasa ini membuatku lebih menjauh dari Engkau,
maka tariklah rasa itu.
andai dengan hilangnya rasa ini membuatku menjadi kurang fitrahnya manusia,
Kau kekalkanlah rasa ini.
Biar rasa ini berlegar di keliling diri, bukan untuk menjatuhkan, tetapi sebagai pemangkin semangat hari-hari...

dan harap, agar ianya tidak dibayangi si musuh utama.


Mohon dijaga, Mohon dipelihara.





"Mencintai kerana Allah bukanlah semudah yang kau bayangkan kawan..Cinta kerana Allah adalah cinta yang penuh pengorbanan. Bersabar dalam penantian.. Berkorban demi menjaga kesucian.. 
Cinta kerana Allah adalah cinta yang diraih lpada jalan yang diredhaiNya untuk mengharap redhaNya pula. Bukan Cinta kerana Allah namanya jika kita telah membuatNya cemburu kerana menjalin hubungan dalam ikatan yang belum dihalalkan. 
Bukan cinta kerana Allah namnya andai kita tidak mampu mengalahkan nafsu tak sabar ingin mendekatinya padahal kita belum bersedia menikahinya.Bagaimana Allah tidak cemburu jika kita lebih banyak mengingatinya daripada mengingat-Nya.. 
Bersabarlah.. Bersabarlah.. ^_^"  ; AkuIslam.Com 




p/s : am fading and making my way, only who cares will notice.