Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

June 19, 2012

080. Brave-heart.



Aku selalu pandang remeh dengan keupayaan diri sendiri.
Aku selalu lunyaikan perasaan sendiri kerana mahu segar bugarkan perasaan orang lain.

Biarlah.

Kau tahu,
Kisah Maryam ibu Isa itu lah tabah.
Tabah sebenar tabah.

tapi aku,
Maryam belum lagi ibu sesiapa.
Tabahkah aku?


Tabah lah, mungkin.


Kalau ada indikator hati, mungkin hati aku ada perubahan warna drastik.
putih.hitam.hitam.putih.hitam dan mungkin kelabu.


Kasihan.
dicelup
dilempar.
disiat.


dan akhirnya?


disimpan dalam peti.


Alahai hati
Betullah, kalau kau sakit, aku rasa segala urat saraf ini bagai ditarik.
apa lagi si daging.
rasa ditusuk-tusuk jarum halus.


Nasib baik bibir ini masih mampu tersenyum.
Nasib baik mulut ini masih mampu berkata.
Jika tidak, mungkin aku mayat hidup.




Maryam yang diuji.
Kau mahu kalah?
Bukankah kau kisah seorang wanita tabah?

No comments: