Salam alaykum.
buah hati, maaf kerana memberi tahu di sini,
paling inginnya saya Ramadhan kali ini semanis tahun lepas.
Kalau rajin, beleklah tulisan lama-lama saya.
Saya rindu waktu itu.
Alhamdulillah.
Makanya,
saya harus bertekad,
perlu ada yang dikorbankan.
perlu ada yang dimatikan.
Ramadhan nanti, syaitan diikat, tapi nafsu masih ada.
Mahukah kalahnya saya nanti pada nafsu sendiri?
dan.
kalau 1 Ramadhan nanti barulah saya nak mula beroperasi hentikan apa yang patut dan mulakan apa yang patut,
pasti akan berasa terkejut.
Makanya,
eloklah bermula dari awal.
sedikit, sedikit.
EnsyaAllah.
Bantulah saya, dan Allah pasti membantumu.
Tiada benci dalam hati, kerana akhirnya nanti hati ini juga yang akan diserahkan pada si Pemilik Hak Hakiki Hati.
Tiada sesal dalam diri, kerana dari saat pertama tertulis riwayat ini, segalanya sudah di rakamkan di tingkat Luh sana.
Semoga Allah jua jaga awak semua.
Maaf, meluahkan di sini, agar kekal jadi ingatan buat diri.
Azam hingga mati.
EnsyaAllah.
wasalam.
2 comments:
selamat maju jaya!
all the best dear!
"masuk bulan Ramadhan, macam amik exam" kata kakak murabbiah kita.
Post a Comment