Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

July 25, 2012

095. Keep it, first.


Angin malam mengelus pipinya.
Sejuk. berangin. 

"Rindunya angin malam begini", getus hatinya.


Sudah dua malam dia di sini. Bertujuan mahu bermusafir mengembara mengenal diri katanya.
dalam kata lain, si dia sebenarnya dalam proses menjauh dari orang.
Bersendiri-sendiri.
dan kerana itu, si dia mendiamkan ke mana kakikan ada dan jiwanya turut di bawa bersama.

Bukan berniat untuk berahsia.
Tapi.


Lebih baik begitu. dari digembur-gemburkan tapi tak dapat apa.
Setiap yang terjadi sejak mula perjalanannya, dicatit atas buku comel coklat pemberian si sahabat baik dari China.
Kenangan, perlu di simpan.

For few days,
banyak benda terjadi.
banyak kebetulan yang ditemukan.
Allah. sweetnya.


dan, kejutan yang membuat si dia luruh jantungnya walaupun tersenyum simpul .



Sungguh, malam tadi sungguh syahdu.


Si peneman itu sungguh asyik menyanyi-nyanyi 
"bila izrail datang menjelmaaaa...."


Si dia pula, hanya berjalan longlai di sebelahnya.
Ada sesuatu di benaknya yang dia sudah tidak mampu simpan.
tidak tertanggung lagi.
mahu dilepaskan dan mahu melepaskan.

"Sudah dua hari aku di sini. tapi kelibat si orang tua itu tidak lansung aku ketemukan" , hatinya bersuara halus.

Si dia sedikit hampa. 
Hati nurani nya berbekal kan iman senipis bawang, cuba memujuk.

tapi logik akal kembali menghunus segala rasa itu.

"Ah, lihat saja. Kau ditemukan dengan manusia yang sudah lama tidak kau temukan secara tiba-tiba. Kau ditemukan dengan si kakak itu dalam tren secara tiba-tiba. dan banyak lagi yang tiba-tiba. Kan Allah itu Adil. Dia simpankan rahsia-rahsianya mungkin kerana ada berjuta hikmah yang kau sendiri belum tahu. Mungkin kau belum bersedia. Maka Allah simpan dulu." , dan banyak lagi kata kata yang kononnya memotivasikan diri.


Bila logik akal dan detik hati berperang,
MasyaAllah.
Sakit.


Alhamdulillah, si dia masih punya Tuhan yang namanya Allah.

Maka si dia, belajar untuk redha.



"Jika dua hari ini, aku tidak ditemukan dengan orang tua itu. Maka aku harus akur dan bersiap untuk pergi dalam diam" , ligat otak si dia memasang rangka perancangan untuk lari secara literalnya.


Degil*



Dalam pekat malam itu, dia memecahkan keheningan dengan persoalan kepada si peneman,

"Mak Nab, boleh tak kalau kita letak luar hati kita. sakit sangat lah"


Si dia tak mampu memberi gambaran bagaimana sakitnya hati itu bila akal menerawang merata-rata. dan segala rasa berkecamuk. Kau tahu, ibarat air dalam botol yang digoncang-goncang dan minta dibuka penutupnya untuk dilepaskan.

Mungkin, itulah gambaran sebaiknya.
Mungkin.

Tidak tepat. Tapi mungkin.



"Apalah kamu ini Salmah. Hati mana boleh di letak luar. Hati itu kerjanya bersama akal"
dan si peneman pantas menyambung karaoke nya.

*yes. mati itu lebih pasti*




"hmmph. baiklah"




Itulah, ada hati. jaga.
suburkan hati dengan ilmu dan ayat-ayat penguat dari kitabullah.
kau hadamkan ayat itu. bukan sekadar dibaca selaju sekuatnya.
semoga kata itu lebih tertampal di benak sanubari kau, wahai hati.

Wahai hati.




...

"Salmah, awak ni kelakarlah"


"Kenapa pulak?"


"Mana taknya, masa awak datang rumah kita, tiba-tiba awak solat. Bila kita tanya kenapa. awak jawab..."


"Kenapa kita solat? Tak ingat. Ade ke?"



"Awak cakap, "kita rindu sangat. sebabtu kita solat" ".




Allahurabbi, dalam gelak tawa si dia mengingat kembali momen tersebut, hatinya tersentuh.

Salmah, rindu Salmah yang itu.
bila kuat rasanya dengan tuhan, segala aduan mahu terus dilansungkan kepada si pemilik hati tersebut.
Kalau boleh, setiap masa.

Tapi, Salmah itu. ada di mana ya sekarang?





*Salmah mencari Salmah.








Semoga, kedatangan engkau yang tiba-tiba itu membawa yang baik. Dengan segala yang terjadi dan segala rasa yang membungkam, hanya mampu menangis yang tidak tahu dibezakan, air mata gembira atau kesedihan atau apanya yang lain. Kerana, kau bilang kau tidak akan bersua untuk suatu tempoh yang lama. Makanya, sudah dirangka-rangka perancangan untuk pergi menyendiri, kerana rasa sudah tidak berguna. Maaf


Dan Salmah percaya,

"Allah tak memberi sesuatu yang di minta pada saat itu, bukanlah kerana Allah mahu menghukum atau tidak mahu memberi. But he has something worth it in return. Keindahan sabar itu terlalu indah, buat orang-orang yang percaya dengan janjiNya. Moga kita semua, mampu menjadi orang yang menjaga cantiknya sabar itu dalam kesabaran. Lillahi Ta'ala"



Wasalam 


:)

No comments: