Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

dan kisah penulis yang panjang hikayatnya di sini : kaishrakirana.
Salam.


September 17, 2012

007. Batu dan sampan.




Pagi itu tenang sahaja. Si Ayad pergi ke tasik, 
Dilipat kertas warna warna , dijadikan sampan kertas buatan sendiri,

Dilalukan atas air, sukanya hati semua kapal-kapal ikut mengalir perlahan perlahan.

Ayad melihat penuh khusyu'.





Bila mana, si Pejol budak nakal,
baling baling batu dari arah sana,

Habis, berterabur sampan-sampan Ayad.

Yang mulanya bergerak beriringan, kini yang satu ke kanan, satu ke kiri ada yang tenggelam ada yang terhenti geraknya.



Pejol gelak gelak kepuasan.

Seronok agaknya dapat rasa diri berkuasa, walhal sekadar baling batu ,

kerana,

dengan batu itu,



segala khayalan Ayad terputus,
segala cantiknya pergerakan sampan-sampan itu terganggu.



Ayad pulang.
Ayad mahu bersedih.




"Takpe, ada hikmah. Mungkin esok aku kena belajar cipta sampan yang lebih baik dari ini"



Namun, Ayad bertindak untuk tidak jatuh.






Bagus Ayad, semangat kau kuat. Tak seperti aku.


No comments: