Bismillahhirrahmanirrahim.
Jujurnya, banyak yang bermain di kepala setiap kali aku berjalan, setiap kali aku bermesyuarat, setiap kali aku sibuk dengan hal hal studio dan sebagainya.
Aku rangkapkan segala untaian kata dalam baris baris karangan dalam kepala.
Ingin dikisahkan di sini.
Tentang hidup dari pagi hingga petang secara bersahaja.
Tapi bila aku punya masa yang aku curi curi begini
At 4 am in the morning,
aku kaku.
Aku menaip tanpa aturan yang sudah aku aturkan dalam kepala.
Hilang entah mana.
Ah kuasa tuhan.
Aku mahu berkongsi cerita.
1. Hari beberapa minggu lepas , aku merangka INDUCTION COURSE untuk kanak kanak Kulliyyah Architecture & Environmental Design. Aku suka bekerja merancang untuk apa yang aku suka dan betul mahukan. I am a planner. Especially for the things that I love. for people that I love. But coming to work.
Yeah, aku mahukan sangat menghubungkan semua tenaga kerja KAED dari akar umbi hinggalah kepada tukang gerak kerja.
Yang kelakarnya, hari Jumaat sebelum Explorace, aku dan Ain Farhana sudah pun menjelajah ke setiap pelusuk kota Kuala Lumpur, melihat kawasan strategik untuk dijadikan checkpoint dan aku curi masa si Ain juga kerana itu kali terakhir dia bergelar BUDAK UIA before she heads off to another Uni.
Dan memang aku berangan dari dulu (dengan Kumin) untuk berjalan menjengah kota. Aku minatnya melihat hidup manusia di celah celah lorong, walaupun nampak macam aku anak manja. Tapi, ah aku peduli apa.
Aku suka melihat sisi gelap dan hitam sesuatu, so that I will appreciate the brighter side of it.
Dipendekkan cerita, hari pelarian pun bermula. dan paling kelakar,
di checkpoint CENTRAL MARKET, dua anak buah ditarik.
Faris & Abrar telefon telefon aku yang di DATARAN MERDEKA.
kasihankan pada mereka, aku gagahkan jua, berjalan sendiri sendiri.
dalam hati , pada bibir, aku kumat kamitkan segala ayat, "robbish rohli...."
biar lancar pertuturann ku.
"Mkay, Bos Jaga nak jumpa. Kau jawab lah dengan diorang"
Air liur saja aku mampu telan dalam terik matahari bahang bumi Khatulistiwa.
Datangnya aku ke CM disambut oleh pakcik bermisai A. Galak, bersuit lengkap askar dengan beretnya. oh kasutnya kilat baru di-polish pagi tadi agaknya.
Aku buat muka selamba je. Walaupun dalam hati "Ya Allah..... apa niii. mudahkan lah urusan. lancarkan lah kata ku seperti mana kau lancarkan ucapan Musa a.s"
"Oh awak lah yang organize benda ni semua?"
kedatangan aku ke dalam bilik ke kecil celah ceruk CM dimulakan dengan suara tegas pakcik ketua jaga. Aku dengan muka tak bersalah, dok hai hai dan menyapa si dua kawan yang 'ditahan'. Kononnya dengan datang nya aku, untuk menebus mereka. Ah mengada lah pakcik.
Alhamdulillah everything went well. Aku kira itu kenangan paling mahal.
Sebab itu, aku perlu sangat coretkan sebelum aku lupa. sebelum aku tua.
:)
"ah, pakcik tu boleh lah. depan perempuan cair. berlembut. Kau ni halus sangat, mkay"
Faris membebel bebel. Abrar kekal senyap.
Ah kawan kawan, aku sayang kalian semua. terima kasih kerana membantu bos kicik ini.
Alhamdulillah.
Dengan semangat seorang perempuan, dengan hati ku ada DIA, dengan pertolongan manusia manusia lainnya, aku tak punya apa alasan untuk berlemah lemah .
I love when I am so passionate and yaqeen about something.
Assalamualaikum wbt.
1 comment:
you owe me more ! nanti ceritaa lagi yaa :))
Post a Comment