Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

March 18, 2013

.13, Tentang sebuah kematian.





Terlalu banyak kisah untuk dikisahkan hujung minggu kali ini.
entah sempat untuk dikongsikan atau tidak.

Dan tujuan menulis, tujuan bercerita, tujuan berkongsi,
hanya sebagai peringatan,
buat diri, buat hati
kepada tuhan.

and No Other.


dan paling aku mahu kongsikan dalam
tulisan pendek ini adalah tentang
INI

Semalam bertemu Kak Laili,
murung,
aku tahu hatinya ada sesuatu,
bila ditanya,
rupanya risaukan saudara sefikrah.

Aku tersentuh membaca updates yang dihantar sana sini oleh akhawat.
Setiap detail diberitakan satu satu.


dan bila aku baca hasil tulisan ini,

dari mood gelak ketawa,
180 degree

berubah.

Air mata berjurai.

Entah mengapa,
semalam berita itu beri kesan,
tapi mungkin sekadar lampiran


dan demi Allah,

baru aku sedar,
betapa terkesannya manusia lain
atas kehilangan sebuah susuk tubuh manusia
yang tsabat dijalanNya.

yang berbakti pada manusia
yang menjadi Logam sebenar logam.

sungguh, perginya Akhi Iman,
buat aku tersentak.


Dia mampu menjadi logam.

aku bagaimana?

aku pun punya zaman hitam.
aku pun punya cerita kelam.

tapi adakah larian ku cukup pantas mengejar tuhan?
adakah usaha ku benar benar ikhlas mengajak rakan mencintai tuhan?

Adakah?
Adakah?

Aku tidak minta mati ku diratap,
Aku tidak minta mati ku diletak memori tugu segala,

cukuplah

agar matiku sebagai tanda
yang aku pernah hidup di hati manusia.

Cukuplah.

dan hidupku sebagai saksi amal ku,
cinta ku,
perjuangan ku

walau pun ada masa di takat rendah
ada masa mendaki payah.
ada masa aku bersuka ria,
ada masa aku duduk mengadah.



Allahurabbi, adakah kau redha dengan ku? Adakah? Adakah? Adakah?


dan sungguh, kematian itu adalah sebuah kehidupan baru, jika benar benar kau melihatnya.
dan sungguh, jika aku tak sempat menyatakan pada semua,

Aku sayang kalian, seluruh pelusuk jiwa ku kerana Allah.
Aku cinta dan terlalu ingin berkasih sayang dengan kalian, hingga ke syurgaNya.
Aku maafkan segala tusuk duri yang menyakiti aku , kerana aku juga berharap agar kalian redha dengan hadirnya aku dalam hidup kalian.




3 comments:

aintch said...

kak mkay,

moga Allah teguhkan langkah-langkah kita iAllah.

walau zaman ni, zaman penuh dengan fitnah, masih ada lagi jiwa-jiwa yang masa hidupnya tak dikenali, tapi bila mati, namanya, perjuangannya disebut-disebut dan membangkitkan jiwa-jiwa lain.maka benarlah, jika seakidah, tidak perlu bertentang mata,masih boleh merasa perasaan yang sama.

allahu allah.

sungguh mati tu sebaik-baik peringatan kan?

huu. kalaupun kita x sempat jumpa kat dunia ni,kita jumpa kat syurga nnt eh? ;)

..tapi snanye nk sangat kalau boleh mmg nk jumpa kak mkay.hehe <3


k-are said...

saya doakan moga awak jadi orang yang sentiasa mendirikan solat. sebab orang yang solat, adalah orang yang selalu berdoa. orang yang selalu berdoa, adalah orang yang selalu bercakap dengan Allah. orang yang selalu bercakap dengan Allah, adalah orang yang dekat dengan-Nya. dan bila dekat dengan-Nya, semua urusan awak akan dipermudahkan, inshaAllah ; urusan hidup dan urusan mati :)

semoga bertemu mardhatillah!

LailaAlfisyahr. said...

Jazakillahkhairan khatira k-are.

sangat menusuk peringatan awak itu.

a humble one :)

mohon nak dipinjam ayat tu and share it around yeh :)