On short notes,
Mimpi malam tadi, selepas saban hari berjalan,
meletihkan.
Tapi mimpinya paling entahlah.
Bila tersedar, sungguh hati aku terasa lega terasa beban di angkat.
tertawa bibirku,
tersenyum alis,
mata dipejam rapat.
Ya Allah, bila aku bangun dan menghadap skrin laptop yang
tersusun atas kepala bantal ,
posisi tidur lepas Isya'
dengan bertelekung,
atas katil berbaring,
memeluk diri,
terlalu penat,
entah apa agaknya aku fikirkan ya
entah apa agaknya tuhan nak aku faham ya?
Indah.
Indah hanya dalam mimpi.
Kerana mungkin, in the deepest part dalam diri dan hati benak sanubariku,
ada orang yang paling terlalu ingin,
untuk aku berbual bicara dengannya seperti dulu-dulu, seperti selalu-selalu.
Tapi entah apa yang aku tahankan.
oh ya, demi tuhan.
Demi tuhan, sabarlah wahai hati.
biar lena mu, menjadi perehat
untuk lelah mu yang panjang.
Sungguh, dunia ini tempatnya sementara.
Sungguh, segala perilakumu tidak akan sia-sia.
Tuhan, izinkan aku menarik nafas lega, tersenyum gembira,
biarlah biarlah,
jika ianya hanya dalam mimpi ku yang singkat cuma.
Salam.
No comments:
Post a Comment