Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
Mungkin di kala post ini sudah terpampang di ruang laman,
aku sedang berusaha sedaya upaya menyiapkan model.
Doakan ya.
...
Kalau aku mahu kira,
aku rasa seperti budak umurnya tiga tahun.
Kerana dalam diam, tiga tahun mula yang lepas,
diam-diam
segala perancangan tuhan,
aku lihat satu persatu,
menjadi.
Menjadi ke aku.
Dari mulanya detik hati meronta ronta,
masuk ke Main Campus,
Berkursus Landscape Architecture,
tapi semenjak minggu pertama,
bercita dalam diam untuk bertukar,
di ambil buku panduan,
di isi borang pertukaran,
di tanya itu ini pada mereka di pejabat.
Tapi aku henti sampai takat itu sahaja.
konon,
"Biarlah. nak cuba dulu"
Alhamdulillah.
Went through it.
Tapi hati, kenapa ya?
Kenapa?
Akhirnya dengan segala kudrat, dengan segala detik hati,
I made my decision.
dan dari situ lah bermula segalanya.
Segalanya.
Yang jatuh.
Yang bangun.
Yang pertama.
Yang terakhir.
Yang manis.
Yang pahit.
Aku kenal erti istikharah sebenar-benar istikharah.
Aku kenal memahami du'a istikharah, lewat pertama kali aku menghampar sejadah untuk ritual itu buat pertama kalinya. Selama ini hati degil. Bila mana ada keputusan harus dibuat,, semua dilandas pada logik akal dan doa yang kejap ada kejap tidak.
Sungguh, du'a istikharah adalah bait bait ayat yang meruntun hati.
Selembut nya hati aku, segala air mata tercurah pada malam itu.
"Kau sahaja yang tahu sesuatu kebaikan itu, maka dekatkanlah aku dengannya. Dan jika sesuatu itu buruk buatku, maka kau jauhkanlah ianya denganku"
...
Things came one after another.
Bagi membuktikan lagi ayat ayat itu benar
tuhan itu benar
janjiNya juga benar
Kisah kisah hidup
bertukar tukar
berselang seli
hati diketuk
hati disakiti
hati kembali mencari cinta ilahi
Wallahi, aku berterima kasih pada si Tuhan yang telah menetap susun atur cantik, setiap segala sesuatu.
Dan paling aku ingat sewaktu longlai nya aku dulu,
yang buat aku paling tersedu, bukanlah keadaan benci yang menyelubungi aku kepada sesiapa,
tetapi marah pada diri,
kerana memberi ruang untuk sesuatu yang remeh dan nafsu untuk mengisik inci inci kosong itu.
Maaf tuhan. Maaf.
Sekali lagi, kau beri kan aku
manusia manusia pilihan.
Yang menatap indahnya wajah seorang perempuan yang matanya bengkak
mukanya sebam sebam.
dan senyum yang tawar.
Terima Kasih Tuhan.
...
Dulu aku pernah rimas bila orang keliling asyik risau tentang tahap prestasi seorang aku,
kelas, studio, perasaan sendiri,
habis semua.
Habis.
Tapi bila dibelek belek balik,
Tak semua ditanya, dikasih dan disayang begitu,
hanya aku diperlakukan begitu.
Wallahi, sekali lagi aku bersyukur.
Duhai rakan taulan, rimaskan lah aku dengan soalan soalan kasih dan hiraumu,
sungguh, pernah sampai satu ketika,
yang mana aku begitu degil, mahu dunia sendiri,
aku kunci , aku tampal tembok tinggi,
tapi rupanya aku rindu,
aku rindu soal soal mu
aku rindu ambil berat kamu terhadap aku
aku rindu jerit marah kita kita semua
dan tawa tawa dalam kepenatan yang kita kongsi bersama.
...
dan mungkin,
hadiah terbaik aku,
menginjak ke umur 20-an adalah
"sebalut hadiah tanpa balutan, tapi sapaan terus ke dalam ruh ; hidayah"
itu lah.
No other.
Aku pernah tertampar dengan ayat
"Kalau kau tak terima hidayah Allah sekarang, kau akan melepas. dan kalau dia datang lagi, tapi kau yang dah mati, macam mana?"
dan aku pernah bertanya soalan bodoh
bila diberitahu
"Minta lah hati yang baru"
Aku cari di rak rak , mana quran aku.
Ya Allah. jauh quran dengan hidupku.
sudahlah. Ini yang lama-lama.
dan tidak berniat untuk berkongsi aib mahupun kisah durja.
...
Kerana apa yang aku lalui,
aku tak mahu orang turut rasa sakit,
bila aku lihat orang lain abai kan si DIA, hati aku jadi sakit.
aku menangis dalam diam.
aku menjerit dalam diam.
Sungguh, aku sayang semuanya.
Aku sayang kalian.
Apa sanggupkah aku bila aku berkata tentang sayang, tapi yang aku mampu adalah mendekatkan kalian dengan nerakaNya?
dan mungkin kerana itu,
kepada seseorang yang membuat aku membuka sedikit ruang,
mengenal aku, mengenal ayah ibu, mengenal adik adik,
adalah lebih baik berjauh, berjauh dan berjauh.
adalah lebih baik tidak bertegur, jika segala teguran membawa kepada jauhnya aku pada DIA.
hanyut.
lemas.
dan mati.
Aku percaya setiap ruh dan jasad di bumi ini, di jaga oleh kuasa Tuhan ku Maha pencipta, Allah.
maka perlu apa aku risau kan tentang kamu, atau tentang sesiapa?
Bukankah Allah itu sebaik-baik penjaga?
...
Aku simpan kembali hati.
Aku pelihara kembali ruhi
Aku sihatkan kembali jasmani
Moga nanti bila sampai waktu aku ketemu yang Maha Pemberi Pinjaman,
apa yang diberi pinjam,
elok lagi, walaupun sana sini ada calar balarnya, ada kesan torehannya, ada henyak dan segala renyuk.
Itu adalah bukti, aku pernah hidup sebagai manusia.
'Abid.
...
Aku percaya di mana saja aku diletak kan,
adalah dalam sebaik baik perancanganNya.
Detik hati 7 tahun lepas, rupanya bukan lah sesuatu yang sia sia
Jalan nya dimudahkan.
Alhamdulillah.
Aku tidak diletak di luar luar,
kerana mungkin aku belum ampuh,
jiwa aku belum tegar,
ruh aku ruh yang sakit,
mungkin.
Dan aku di sini,
di campakkan dengan tarbiyyah indah,
not for waste!
Inilah kilang aku.
Biar nanti aku keluar,
menjadi jentera yang hebat.
Biar nanti aku berkhidmat tanpa ralat.
Allahmumma Ameen.
...
Maka dengan segala lafaz tertinggi buat Rabbul Izzati dan KekasihNya,
aku bersyukur,
dan semoga dengan bertambahnya usia sebuah kehidupan,
makin mengingatkan aku pada kematian,
nafas nafas dihela,
semakin ke penghujungnya.
dan aku dengan perjuangan ku yang baru mahu memekar.
Allahurabbi.
If what I do is not getting me any nearer to you, just please stop me from doing so, either it be in harsh wayy or the softest way you could do.
...
Selamat ulangtahun ke 22 wahai tubuh badan.
Selamat ulangahun ke 2 wahai ruh yang mula mengenal Izzahnya Islam.
...
2 comments:
selamat ulangtahun kelahiran :)
moga dikurniakan bahagia dunia dan akhirat, moga sentiasa dicintai dan mencintai-Nya, moga menjadi orang-orang yang sentiasa mendirikan solat.
terimakasih ukhti
atas segala nasihat awak ini.
too deep and too deep :)
Post a Comment