Aku dah taip panjang panjang, line internet putus, terus hilang.
...
Sepatutnya pagi 22 Januari dua ribu lima belas, aku akan berlepas ke negara belah sana.
Cita cita ; mengembara sendirian sementara masih belum berumah tangga, berkeluarga segala.
entahlah.
tuhan lebih tahu perancangan aku yang tak dibenarkan Nya.
Gaji pertama dibelanja kan untuk ini, kerana teruja ; lesap begitu saja.
Mak risau.
Mak tegah.
Mak larang.
Tiada kata dua.
(selepas kejadian buruk pesawat 28 Disember 2015)
Kan aku dah janji nak jadi anak soleh, tak buat mak sakit hati.
Aku batalkan lah cita cita, dan segala perbelanjaan semua.
Baru dengan ini lah mahu Taubat, Istihkharah, Hajat minta padaNya, ditenang dan ditunjuk jalan sebaiknya.
Sedih, memang.
Tapi aku cuba cepat untuk redha.
Ingat senang nak berkeputusan?
Kalau lah ikutkan hati yang degil , dan ingin yang memberontak jiwa.
...
"Tuhan, kau redha kan lah aku dan kedua ibu bapaku.Gantikan lah atas kehilangan ku ini, dengan rezeki yang lebih baik dan berganda."EnsyaAllah.
I hope, I am not giving up in planning for life.
Mungkin tuhan mahu aku selalu ingat ;
dalam tiap perancangan manusia, ada DIA yang mengizinkan atau menidakkannya.
dalam tiap kejadian semesta, ada DIA mengajar mendidik jiwa.
Khalas.
No comments:
Post a Comment