Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

May 26, 2011

001. A fresh start, A new beginning.



Assalammualaikum w.b.t  buat rakan-rakan yang masih rajin menjenguk ke ruang legar saya.

Terima Kasih kerana masih punya kasih untuk saya yang tidak punya apa untuk diberikan sebagai balasan.
Hanya doa kiriman saya, untuk anda semua.
Biar tidak ramai, tetapi yang sedikit itu lebih elok sifatnya jika dijaga hubungannya, bukan?

Saya pernah terbaca dalam penulisan seseorang,
dikatakan,
dia bukanlah 'Alim Ulamak , tetapi atas dasar tanggungjawab sesama saudara.
Dia meneruskan penulisannya. MasyaAllah, kuat betul semangat insan tersebut.

Dia katakan lagi,
dia bukanlah manusia sempurna.
masih ada salah.
masih ada khilaf.
masih ada compangnya.

Cuma, dia berusaha untuk memperelokkan kembali ketidaksempurnaannya.
Bukan untuk menjadi paling sempurna, paling indah rupanya,
Tetapi cukuplah agar menjaga ketidaksempurnaan itu agar menjadi lebih cantik dan terpelihara, mungkin.
:)

Dia katakan lagi,
dia bukanlah insan terbaik dijadikan contoh dalam membuat amalan-amalan,
cuma,
mungkin dia diberikan kesempatan ruang waktu dan apa saja faktor lain,
untuk merebut peluang tersebut.
Alhamdulillah.


Buat yang belum punya ruang masa atau ruang hati atau sebanyak mana ruang lain yang diperlukan,
Usahalah dalam mengecap peluang itu.
Hal ini, akan saya pahatkan dalam hati dan akal saya sendiri.
Sebab, manusia seperti saya yang fitrahnya lemah dan lalai,
sentiasa sentiasa sentiasa memerlukan peringatan dan kekuatan kurnian Lillahi.

Semoga ruang ini lebih memberi munaafat untuk kalian semua.
Walaupun, hanya tulisan picisan hasil ilham Allah yang akan saya kongsikan buat awak awak semua.
Dan mungkin, akan saya sertakan perkongsian ilmu dengan awak awak semua.
Terasa berat di hati ini jika punya sesuatu di hati tetapi tidak  disampaikan dengan seeloknya.



Jika ada apa, janganlah segan untuk berhubung terus dengan saya.
Tapi maaflah, saya ini kadang-kadang terlampau sibuk dengan hal-hal remeh sehingga seakan menunda-nunda sesi membalas kiriman ikhlas awak awak semua.
:')


Assalammualaikum, doakan perjalanan kali ini lebih bermakna, boleh?



"Lets share the sweetness of Iman, Lets grab the chance of Loving Allah truly at heart"

p/s ; Jangan pernah berikan pandangan skeptikal pada penulis, kerana penulis hanyalah manusia biasa yang masih bertatih mengejar cinta ilahi, Andai tersadung, mohon dihulurkan tangan agar si penulis mampu bangkit kembali. Boleh? :)

p/s ; If the ending of this first chapter would be interesting, I would put them in a written journal. But if it is not, I would be happy to just keep those process and experience that i had with this particular insan. Whatever it is, Lillahi Taala.


1 comment:

Anonymous said...

nice one. salam ziarah. :)