Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

dan kisah penulis yang panjang hikayatnya di sini : kaishrakirana.
Salam.


June 5, 2011

006. Role of heart in Human development.


"Dan dialah Allah (yang disembah) di langit ataupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan dan mengetahui (pula) apa yang kamu kerjakan" - Surah Al-An'am ; 03




Assalammualaikum w.b.t

Pagi itu bangun agak awal. Bersiap-siap dengan kertas untuk ditulis point-point pendek untuk dihuraikan sewaktu pembentangan Kelas Bahasa Melayu. Tajuk pembentangan itu telah ditukar dari "Kepimpinan dalam Islam" kepada "Peranan Hati dalam Pembentukan Insan".

Tajuk itu nampak dekat di hatinya. Sebagai peringatan buat hati si pembentang itu sendiri.

Langkah ke kelas, hati berdegup laju. Entah kenapa nervousness-attack menyerang. Disuarakan kerisauan itu kepada si rakan yang jauh. Diminta si rakan itu mengirimkan doa berkali-kali agar si pembentang mampu bersyarah dengan baik. Tujuan pembentang membawakan tajuk itu, bukan semata untuk memenuhi markah kelas Bahasa Melayu sahaja.

Malah, dengan tajuk itu, bagi si pembentang, dia rasakan seperti punya tanggungjawab yang besar untuk sama-sama membuka minda dan mata hati si pendengar yang lain. 

Tentang seketul daging di dalam diri setiap insan. Jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan jasadnya. Jika tidak, maka buruklah rupa keseluruhannya.

Giliran si pembentang tiba untuk berucap di depan. Dengan persediaan yang tidak sepenuhnya. Dia bawa beberapa helai kertas sebagai "bahan bantu" dan juga kertas kecil sebagai peringatan tentang ayat-ayat yang perlu dia kongsikan bersama.

Hanya Allah yang tahu betapa lajunya hatinya berdegup. Mahu saja terkeluar. Ini bukan kali pertama dia berucap di depan. Tapi ini kali pertama dia berucap dengan membawakan topik yang baginya, terdapat ruang lingkup yang besar. Menyentuh aspek rohani dan agamanya sendiri, tidak mahu dia dilihat seperti merendahkan taraf kehebatan Agamanya, jika persembahannya di khalayak tidak memuaskan.

Dan paling utama, itu merupakan kali pertama dia bernampilan sebegitu menutup dan berucap di depan orang. Kalau dulu, dia lain. Sekarang, segala macam harus dijaga. Manis dan lenggok suaranya juga harus dikawal. 

Langkah kakinya perlahan-perlahan tapi yakin ke hadapan kelas. Ramai yang tidak hadir.

Dalam kelegaan dengan bilangan hadirin yang sedikit, pembentang sendiri sebenarnya agak terkilan kerana ada dua orang rakan yang tidak dikenali tidak dapat hadir hari itu, mahu sangat pembentang kongsikan tentang topik ini dengan mereka. Biarlah. Tiada rezeki.

Sejurus pembentang memulakan ucapannya, lajunya butir-butir ayat seperti *bullettrain.

Entah kenapa.

Laju.

Berhenti.

Catch her breath.

Sambung.

Laju.

Berhenti.

Perlahan . . .



Yang ingin dikupas oleh pembentang adalah tentang sifat hati itu sendiri.

Pertama ; hati yang sifatnya berbolak-balik dan tidak pernah tetap.

Hal ini sangatlah benar. Kerana tentang hati berkait rapat dengan Iman dan Nafsu dalam diri kita itu sendiri. Kalau hati itu tetap, maka dunia ini tidak punya penjahat. Atau mungkin, yang jahat kekal jahat. Dan yang baik kekal baik. 

Norma-norma masyarakat mungkin dapat dijaga. Atau mungkin kekal sejak zaman Adam sehinggalah kini. Kerana, tiada elemen atau penyuntik yang mampu *trigger* sebarang bentuk gejolak perasaan yang akan hadir.

Faham?

Maka, berdoalah agar hati kita sentiasa kekal. Kekal dalam limpahan rahmat dan nikmat Allah s.w.t.  Kekal dalam usaha mujahadah mengejar cinta dan iman terhadap Allah s.w.t.  Kekal mahukan Jannah sebagai pengakhiran buat kita semua. InsyaAllah.




Kedua ; Sifat hati yang sentiasa mahukan sesuatu yang baik, elok, cantik.

Subjektif.

Deskripsi yang longgar dan subjektif.

Ada orang yang cakap yang berkening lebat itu cantik. Tapi ada pula yang bilang berkening nipis itu lebih menawan.

Jangan dilawan kata-kata yang berbaur pendapat masing-masing. Sebab? Kita semua punya citarasa tersendiri. Tetapi, bila diajukan tentang siapa yang cantik? apa yang cantik? bagaimana mahu cantik?

Kita sendiri punya definisi tertentu, bukan? Dan janganlah kita semua lari dari sandaran untuk meletakkan definisi itu balik kepada "Cantik di mata Ya Rabb". Sebagai contoh ; orang lihat bertabbarruj itu cantik. Memang cantik. Tapi cantik di mata manusia sejagat. Di mata Allah, bagaimana pula klasifikasinya?

Fikir.

Diam sebentar.

Jawab sendiri.



Ketiga ; Bila dikatakan tentang menjadi "Islamik" adalah menjadi ustaz dan ustazah. Sama sekali saya ingin bantah.  Saya sendiri hidup di lingkungan suasana islamik yang ingin melahirkan ramai ilmuan Islam dalam pelbagai bidang professional yang lainnya.

Hilangkan fikiran jumud itu wahai kaum dan bangsaku.

Kita boleh menjadi arkitek. Tetapi arkitek yang bagaimana? 

Semestinya yang punya asas dan pengetahuan tentang agama. Bukan hanya mereka bentuk sesuatu dengan sewenangnya.

Jika kita sedar peranan yang kita mainkan sebagai Khalifah di bumi Allah ini tersangatlah besar. Kita akan sentiasa ada *reminder dalam diri untuk menggalas tanggungjawab itu dengan sebaiknya. Insyaallah. Sama-sama kita cuba.

Dan bila mana orang cakap. "Ah, kau budak universiti islam. Nak jadi ustazah lah tu".

Sekali lagi saya tersenyum. Kenapa harus ada stigma cetek seperti ini?

"Ye saya begini, bukan kerana saya pelajar universiti Islam. Tetapi kerana saya seorang Islam".

Habis tu, kalau awak bukan bersekolah, beruniversiti, bekerjaya di lingkungan kawasan islam, AWAK BUKAN ORANG ISLAM?

Baiklah awak tanya pada hati awak. Inikah pemikiran saya selama ini?
Jika Ya.
Baik awak cepat-cepat beristighfar. Masih belum terlambat.




Kehebatan seseorang dalam Islam itu bukan diukur dengan pangkat, harta, darjat dan sebagaimana kemewahan dunia yang hanyalah perhiasaan semata. Tetapi atas dua landasan;

1. Keluhuran pekerti seseorang itu - dapat dilihat dengan kejujurannya dan juga tahap kehormatannya yang dijaga.

2. Kemampuan diri dalam melaksanakan tugas sebagai Khalifah Allah - dapat dilihat dengan kesungguhannya dalam menegakkan pemahaman tentang Islam dan diaplikasikan dalam bidang masing-masing.


Si pembentang rasa eloklah dia berhenti bercakap sebelum *bullettrain nya jauh tersasar tanpa mampu diberhentikan.

Setakat ini perkongsian hari ini.

Si pembentang juga sedang menilai hatinya sendiri sebelum dia mampu menilai hati orang lain (which she will never can do it.)

Si pembentang juga amat suka mengingatkan pada para pembaca bahawa, hati adalah satu elemen yang paling rahsia tetapi memainkan peranan penting dalam membentuk keharmonian dalam diri satu-satu individu itu sendiri. Tanpa hati (raja segala anggota) , satu jasad itu hanyalah , Mayat hidup.


Jaga hati awak, kerana ia mampu menjatuhkan dan menaikkan diri awak sendiri. 
Jika kuat hati awak, awak tidak perlukan supplemen dari appeton untuk melawan kesakitan atau ujian Allah.

Kerana, Hanya allah sahaja yang tahu. walau sekecil mana simpanan niat dalam hati kita.




Nilaian tentang tahap kebaikan hati seseorang, TIDAK BOLEH diukur secara luaran semata. Itu tidak adil. 

Kebergantungan pada Allah setelah berusaha, dinamakan Tawakal. Dan untuk mendapat Tawakal paling optimum, hati kita haruslah PERCAYA 100% pada ALLAH :)


This is a reminder for me and you as well.

InsyaAllah.

Assalammualaikum.


No comments: