Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

July 14, 2011

017. Me and My God Part 1

Assalammualaikum.



Baru tulis salam, air mata sudah hendak berjujuran. Hidung mula merah, dada mula sebak. Betul, tak tipu.

Entah kenapa, rasa kali ini mahu menulis sesuatu yang berat. Syahdu benar pagi ini. Syahdu.
dengan berfikir tentang orang-orang sekeliling yang terlalu bermakna dalam hidup.
dengan berfikir tentang masa depan yang entah bagaimana penghujungnya.
dengan berfikir adakah perjuangan dan amalan-amalan yang tak sampai secupak ini diterima atau tidak.
dengan berfikir sejauh mana pengorbanan yang saya sendiri dah lakukan dalam mengejar tujuan hidup utama.


Nyata sekali, semua soalan itu hanya bermain-main di minda tanpa ada tanda noktah.
*Airmata makin laju*.

Allah is so sweet.
Kenapa?

Waktu saya rasa otak dah terlalu berat, dan hati sudah terlalu sarat, entah dari mana datangnya orang-orang kiriman Allah, untuk memupuk hati nurani saya. Saya rasa itulah pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka. Dan seringkali ucapan Alhamdulillah dibariskan di bibir ...



Situasi Pertama;

A few days/weeks before i went to a place. A place where Hellos and goodbyes are said. A place where people meet and went away. Tidak perlu saya katakan dengan jelas tempat apakah itu. Biar orang yang tahu, yang tahu. Tujuan, mahu memberi kejutan terakhir untuk seorang teman. Kejutan yang akhirnya memakan diri sendiri. Kejutan yang akhirnya buat saya asyik terfikir-fikir sebab dan akibatnya sehingga akhir-akhir ini, barulah saya mampu pupuk hati untuk bersabar dan redha sepenuhnya.

Di saat, hati dan akal terasa terlampau buntu di waktu senja mula memancar baris-baris jingganya. Saya keseorang di satu sudut dalam kompleks yang besar itu. Dalam keramaian, dia keseorangan. Dengan air mata sebagai teman, doa sebagai senjata dan harapan.

Hati yang tidak tenang, mudah benar syaitan nak masuk dan menghasutkan? Banyak istighfar banyak selawat sedaya upaya saya pujuk diri. Saya duduk menghadap pintu keluar masuk, terlihat muka-muka "familiar" tetapi, tidak mampu untuk ditegur. Saya duduk sendiri, meninggalkan si teman-teman lain. Diseluk poket beg, sekeping Al-Mathurat yang dibawa, menjadi peneman saya dikala esakan semakin laju.

Biarlah.

Dengan baju ungu dan tudung ungu itu, saya kesat air mata.

Untuk yang tidak berada di situ, jangan fikir yang bukan-bukan. Esakan itu bukan kerana kesedihan mahu melihat pemergian. tetapi kerana betapa saya telah merosakkan nama baik sendiri dalam mata pandangan manusia-manusia yang saya rasa, saya perlu tawan hatinya. Biarlah saya sendiri yang faham, hati saya.

Selesai pembacaan, nafas menjadi tenang sedikit.

Saya alih tempat duduk. Saya ke barisan kerusi-kerusi yang lebih hadapan. Mahu melihat-lihat orang ramai yang sibuk dengan hal sendiri.

Saya suka hanyut dalam pemikiran sendiri di saat begini. Lihat orang, lihat apa mereka buat, lihat reaksi mereka. Lucu.



Okay, sambung nanti. Saya nak pergi meeting sekarang. Sengaja tak mahu di-draftkan entry ini, just because i want the aura of Thursday's early morning to be with this entry. The aura of such serenity when i am typing this entry. InsyaAllah, ada masa saya teruskan penceritaan tentang "Saya dan Tuhan Saya"


Assalammualaikum.


"In case the distance would be forever" ...

No comments: