Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

August 6, 2011

021. Alhamdulillah and reasons behind.

Salam alaykum.


"Aku lemah, aku tidak berdaya"

Alhamdulillah.

Rasa rindu itu Allah yang beri,
Salurkanlah rasa itu dengan jalan yang Allah redhai,
Untuk teman untuk saudara untuk sesiapa,
Yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati ...



Alhamdulillah.

Sehampir seminggu ini mimpi-mimpi kerap datang menerpa tanpa diminta.
Mimpi peringatan,
Mimpi istikharah,
dan hanya pada Allah jualah yang mengetahui rahsia-rahsia mimpi itu.


Alhamdulillah.

Bersama-sama makcik-makcik berusia puluhan buat saya kaget.
Makcik ini solatnya di kerusi, tetapi mampu hingga ke Sunat Witir berjemaah.
Saya?

Setiap solat fardhu berjemaah di masjid.
Saya?


Saya dapat nenek angkat satu.
Alhamdulillah.




Alhamdulillah

Rindu saya, cari saya dalam doa awak semua.
Saya memang agak payah mahu berhubungan dengan sesiapa sekarang, kalau tidak perlu apa-apa.
Meski dengan Gmail.


Hanya doa, doa, doa, doa, doa.



Alhamdulillah

Baru saya tahu jerih payah dan betapa besarnya pahala buat si ibu-ibu yang
menyediakan mengejutkan si ayah si anak untuk bersahur.
Bila sendiri yang tadi tukang sedia dan tukang kejut, baru tahu.

Makanya, jangan awak risau wahai wanita wanita kiriman Allah andainya tidak mampu berpuasa atas sebab uzur yang BENAR,
layanlah ahli keluargamu dengan baik,
berbakti pada mereka dengan air tanganmu,
berzikir di waktu senggangmu,
itulah "pahala Ramadhan" untuk kalian...


Alhamdulillah

Terimakasih Allah kerana beri kelapangan dari bebanan tugasan kampus selama sebulan Ramadhan ini.
Akan saya cuba gunakan sebaiknya.
Mantapkan yang goyah.
Cantikkan yang jelik.
Tenangkan yang kacau.
Leraikan yang kusut.
dan melatih diri emosi,fizikal dan spiritual.


Harapnya, kekal Istiqamah dan ada penambahbaikan.


Alhamdulillah

FIkiran tentang kematian sering sering sering sering sering sering bermain melintas di akal fikiran,
tatkala solat, usai solat, tatkala bangun tidur, dan mahu tidur,
tatkala kalam itu dibaca, hingga dihabiskan pembacaannya.

Entah mengapa.

Sehingga termimpi-mimpi.


Saya tak mahu Malaikat si pencabut nyawa yang 40 kali sehari melawat saya, lihat saya sedang berkeadaan tidak menjadi hamba sebaiknya.
Harap-harap, jika masanya tiba, saya membawa iman bersama ...
dan amal sejengkal tak pernah cukup ini, sebagai bekalan hina saya.


Alhamdulillah,
semoga mampu meneruskan hari hari yang akan datang.


Ada orang bilang ini pada saya ; 
" Ppuan lebih cantik kalau disimpan kemas. Ppuan lebih cantik kalau xde sorg pun laki prnah nmpak dia."



Mampukah mengejar cita-cita utama di dunia akhir sana?

Salam Alaykum.

3 comments:

Diana Zainal said...

mariam, susah nya nak cari awk. u not even reply bbm. ;(

LailaAlfisyahr. said...

Salam diana :)
Sorry sangat sangat.

kita reply sekejap2 je.

sebab, tak pegang handphone sangat hehe

Balik Jb bagitahu ye.
ni pun kat rumah, kita tak keluar mana-mana.

Isolation period sehabis baik mungkin InsyaAllah.

Diana Zainal said...

x pgg phone tp bbm boleh reply bebile pon kot.
haih tah la. huhu

selamat bercuti, berpuasa, hari raya.