Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

dan kisah penulis yang panjang hikayatnya di sini : kaishrakirana.
Salam.


August 29, 2011

034. Departure of the beloved.

Salam alaykum,




Pagi 26 Ramadhan, hujan lebat membasahi bumi.

Pagi Jumaat yang sejuk, menggigit ke tulang-tulang kecil.
Mengikut kebiasaan hari-hari lain, saya akan berjalan pulang bersama Nenek Minah pulang ke rumah.
Tetapi entah kenapa hari itu, saya rasa sedikit lain.

Memilih untuk tinggal lebih lama.
Tetapi, hati kasihan pada nenek yang akan pulang bersendirian.
Dalam lebat hujan.

Seusai pembacaan beramai-ramai, mencari si nenek bersama payungnya,
Dia sedang berjalan perlahan-perlahan menuruni anak tangga untuk keluar.
Saya kejar dari belakang.

Dan beritahu, saya tidak ikut pulang.
Lagipun, saya tidak punya payung.

Dan, dia suruh saya naik semula ke atas, meneruskan apa yang patut diteruskan.
Saya menolak.

"Saya nak hantar nenek sampai situ" , saya menunjukkan ke arah gate dengan pandangan mata.

Nenek menolak tangan saya,

"Pergi naik, pergi naik. Nenek takpe balik sendiri. Awak takde payung tu", nenek menyuruh lagi.

Nenek berjalan perlahan-lahan berhati-hati mengambil kasut di rak.
Saya memerhati dari jauh.

Perhatinya,
buka payung perlahan-lahan.

Perhati,
derap kakinya memulakan langkah.

Perhatikan,
langkah pertama kakinya keluar dari pagar masjid.

Perhati dan menanti,
sehingga kelibat nenek hilang dari pandangan mata.

Sayu.

Entah bila agaknya saya punya masa sebanyak ini untuk bersamanya lagi.
Saya tahu, deep down dia sunyi.
Bersendiri di rumah. Bertemankan kucing dan pokok-pokok.

Mak selalu cakap, "Orang tua ni, sensitive".

and yeah, when I said I am going back to KL soon, and going back to Kampung for Raya,
I could see, her eyeswere hiding the tears .

Saya  beritahu nenek,

"Nanti kita dah susah nak jumpa. Kalau saya tak hantar sekarang. Ni last saya hantar".

dan dia menjawab dalam tawa yang perlahan,

"Kan ada number telefon rumah nenek. Telefon lah bila-bila".


:')

Seperti Ramadhan, perlahan-perlahan dia meninggalkan kita, sama ada kita sedar atau tidak, dia tetap akan pergi.
Kita perhati tiap-tiap langkah akhirnya.
Di sini, keadaannya sayu sekali, hari-hari akhir seakan turut bersedih akan pemergiannya.

Hujan for few days here in my hometown, JB.

Shall I say, hujan rahmat?

Only Allah knows.

Para sahabat dahulu, akan menangis pada hari hari ini, kerana mereka sedar betapa besarnya nikmat Ramadhan, dan entah ada The next Ramadhan for them.

But me?

I shall seek forgiveness.

Entah macam mana diri ini, bila nanti syaitan sudah dilepaskan dari belenggu, masih tegarkah hati melawan segala dugaan? Atau akan terjatuh berguling sekali lagi?

Entah macam mana agaknya prestasi diri kali ini, tidak setaraf dengan impian dan target sendiri.

Hari-hari muhasabah diri. Ramadhan may be gone, but bring the bliss of its sweetness, for the months ahead. InsyaAllah.

Saya baca kisah tentang Rabiah Al-Adawiyyah, dan saya rasa beliau sangat hebat. Terlalu tinggi taraf beliau. And that is why she's the bidadari syurga.

Idul fitri seharusnya menjadi perayaan sambutan kemenangan kita dan kesyukuran kerana berjaya melalui bulan barkah Ramadhan, tapi bila terfikir, adakah sambutan kita ini selayaknya dengan amalan kita pada Ramadhan?

Honestly, masih tidak cukup. Jadi, sambutlah kesyukuran itu, dengan berpada-pada dan perbanyakan amalan sambutan 'Idul Fitri yang sebaiknya. Takbir!

:')

Bila nak raya, pasti saya akan teringat Arwah Atuk Wahid :'(

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini straight puasa. Sebab banyak dosa yang perlu saya minta pengampunannya dan gunakan sehabis baik hari-hari Ramadhan yang telah diberikan. Mungkin... Tapi adakah saya menggunakannya dengan baik?

Wallahualam.

1 comment:

Cidak said...

moga menjadi graduan yang hebat