Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

October 8, 2011

046. In case, she cried.

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang" ,



Di persinggahan hidup itu,
dia yang datangnya sendiri,
akan pergi sendiri.

Peringatan buat hati .


Peringatan buat mata yang sentiasa bergenang air di kelopaknya .


Jangan dibiarkan air yang bergenang itu jatuh mengalir.


Andai jatuhnya butiran itu , bukan untuk yang sepatutnya,
jagalah ia.

Kerana, setiap butiran itu punya makna tersendiri, harapan sendiri, doa sendiri.


Dan buat hati kecil dia yang masih tegar berdegup,

Andai air matanya gugur ,
Bukan tanda lemahnya mampu dirobek dihina bagai ,
Tetapi,

kerana kekuatan dia yang selama ini berdiam dan bersimpan simpan.
hanya mampu diungkapkan kepayahannya,

dalam butiran air mata jernih dia.




Tidak menyapa bukan bermakna tidak mengingat.
Jika ada maksud sebenar tentang rindu, tolong khabarkan.
Semakin jauh jarak dan masa yang memisahkan,
Semakin tinggi penilaian dan penghargaan terhadap sesuatu.


Biarlah, dalam rindu dan ingatan itu dibiarkan diam diam.
Hanya kiriman surat surat "ghaib"
antara si penulis dan Tuhannya



Lalu dituju pada ,


penerima penerima yang merata .




Jika dibolehkan hati berkata,
Mahu dia beritahu ,

"Saya rasa bisu"


Hati saya bisu, semacam bibir saya yang semakin tertutup rapat.
Bibir atas dan bawah bertemu selalu.
terkatup tutup.


Itu tandanya ,

sedang berdiam.
luarannya.


sedang berfikir dan berkata sendiri.
dalamannya.



"Ya, saya diuji dengan ini"



"Harus diingatkan tentang keluarga tersayang selalu, kalau tak, memang saya akan asyik bermalas-malasan"



Kalau rindu itu yang dirasa sendiri,
tidak mahu dikongsi,
dibelah bahagi,
boleh?





Salam alaykum.

No comments: