Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

October 10, 2011

047. A bestfriend of mine since 1993

Assalammualaikum .


Salam alaykum ...

Lewat lapan belas tahun lalu , 
Allah berikan saya kawan pertama di dunia.

Kawan yang kemana-mana sentiasa bersama.

Seingat saya , terdengar pekikan teriakan si kawan baru dalam bilik doktor, 
kerana mahu diberikan suntikan imunisasi,

Pada saat itu saya beritahu pada hati,
"Saya benci Doktor"


"Doktor buat kawan baru saya menangis. Buat kawan saya sedih".


Lapan belas tahun yang lalu, 
Saat saya sunyi tanpa teman bermain-main,
Allah kurniakan seorang peneman,
lewat pengorbanan seorang emak dan kesabaran seorang bapak,

Saya ada kawan.


Kawan yang saya banggakan.

Kawan yang selalu saya jajakan ceritanya.

Kawan yang saya paksa untuk mendengar kisah remeh hidup saya.

Kawan yang saya gaduhkan dalam pelbagai perbalahan anak kecil dulu-dulu.


Kawan itu , buat saya tidak mahu mana-mana kawan lain yang dicipta atas gelaran "Adik angkat".
Kawan itu , buat saya tegar untuk terus menjadi seorang Kakak.


Kawan itu, peneman itu,


Aishah Sabina bt. Md Ashari.


Adanya sebagai peneman, bukan untuk saya mendabik dada.
Tetapi,

Buat saya lebih bersyukur dan menghargai kurniaan yang Allah pinjamkan untuk saya.



Entah apa jadi, jika hidup saya terkurang salah satu dari empat orang peneman-peneman saya selama Dua Puluh Tahun ini.




Untuk Adik Kak Na,

"I am Speechless"



You Know I love you, and That's enough.







10101993


Semoga kita ketemu lagi pada pengakhiran yang baik. InsyaAllah.




Salam Alaykum.

No comments: