Tidak perlu punya ikatan ,
Tidak perlu ada sesuatu antaranya ,
Jika benar kita saudara seagama ,
Ukhuwah dan sebuah kehilangan pasti dirasa.
Jujurnya,
dari jauh,
walau tidak mengenal siapa orang yang pergi itu,
Jantungku turut terhenti,
di saat khabar itu menyapa di hening malam ...
Moga yang pergi, kekal pergi abadi di sana.
Moga yang masih ada, kekal berjuang tak henti di sini.
"Doktor boleh kata lagi sebulan. Tapi janji Allah? Sesaat pun boleh"
*kaku
Life here, is journey of another longer journey there.
The creations must die, but not the creator.
Tersentak diri, di saat mencari lagi semula cinta hakiki.
Ingat, kita masih lena.
Ingat, kita masih menunggu 'GreenLight' dariNya, untuk ke satu lagi tempat persinggahan yang entah bagaimana rupanya.
Ingat, kita datang sendiri jua akan pergi sendiri.
Salam Alaykum,
Maaf salah silap aku sekecil zarah mahu seluas langit. Aku boleh pergi bila-bila masa DIA mahu aku pergi.
p/s : People always say the good one will leave earlier , and to that statement ; I am still not good enough That's why I stay.
No comments:
Post a Comment