Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

December 3, 2011

061. Pictures thru HIS words.


Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa.
Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,
Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

Mereka meminta – di dalam Syurga itu – tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa.

Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;

(Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.

Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).

(Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu).

 (51-59 AdDukhan)
Terpaku.

Saat si pembaca sampai ke bait-bait indah ini.


Berfikir panjang menyingkap seluruh pelusuk anggota diri.

Menyoal hati.





Terlalu indah gambaran-gambaran syurga, tetapi kadang aku tidak faham kenapa manusia masih mahu berlebihan cintakan dunia. 

Terlalu indah gambaran-gambaran bidadarinya, tetapi kadang aku tidak faham kenapa manusia masih belum mahu untuk mengejar 'perempuan cantik' yang hakiki abadi.

Terlalu indah gambaran-gambaran segalanya tentang tempat itu, I said ; TERLALU! 

OVER!

EXCEEDING!

what more?

.


Tetapi, adakah aku punya gambaran-gambaran orang yang layak untuk ke situ?




*tundukmaludanterusberlalu...



SalamAlaykum, sudah December rupanya.


No comments: