Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

February 24, 2012

082. Missing death.



Hidup ini adalah persediaan untuk mati.
Saban hari aku menanti kapan tibakah waktu itu,
Bukan kerana ku yakin atas segala amalanku,
Tidak sekali.

Amalan yang rompong.

Tak cantik.


Tapi adalah kerana,
Aku rindukan suatu malam yang hening pada tika tika dulu,
Yang pada waktu itu,
Aku seakan punyai kuasa hati beribu Mujahadah Muslimah lainnya,
Yang rindukan
"Pertemuan hakiki dengan Maha Pencipta"


Aku rindu malam hening itu.


Aku mahukannya lagi.



Aku risau, bila mana nafas ku terakhirnya,
tanpa sempat aku sendiri-sendir di malam hening ,
seperti dulu.



Ah,

Hal dunia, menyekat  rongga nafasku.


Tapi,
Aku bukanlah perempuan yang gemarnya mengadu adu.


Aku orangnya perahsia.

Dan kerana itu,
Aku paling gelisah bila mereka mula bertanya dan berkata kata,
akan hal aku.

Yang dilihat seperti tidak cukup tangan dan kakinya.


Allah.
Allah.
Allah.





Mungkin sebegini yang sebaiknya.
Kurang aku berfikiran tentang hal hal lain.
Hal hati yang dulunya seakan terlalu akrab dengan diri,

Sekarang,

Aku seakan terlupa, bahawa aku manusia yang punya rasa.

Segala rasa dalam diri ini, seakan disedut kembali ruh ruhnya.

Hilang.

Lesap.


Aku tidak risau, bila mana tahap keterujaan atau kesukaan tidak seperti dulu,
Mungkin benar,
Hati terhijab?


Ada rupanya statement* begitu.



Kadang-kadang, aku pun tak tahu apa yang aku rindu.
dan
Kadang-kadang, aku pun tak tahu bila aku patut berperasaan, dan bila aku tak sepatutnya berlebihan dalam berperasaan.


Nah,

Padan Muka.



Kalau aku dan kayu boleh disama ertikan, Jujuenya aku merasakan diriku yang sekarang itu ,
ibarat "Kayu".




Salam alaykum.

No comments: