Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

April 1, 2012

093. Self-reminder of death.


Alhamdulillah.

jujurnya tidak ku sangka menjejak juga ke umur 21.

terhentak aku di sisi lain hidup.
rona warna dari hitam ke kelabu dan masih berkarat kelabu itu ,
entah bila akan menjadi putih suci.

di benak paling dalam jiwa penuh persoalan.
hingga akhirnya hati dirasa bagai digenggam oleh tangan keras.
nafas tinggi nafas rendah.
nafas naik nafas turun.

air mata?

tidak tertahan oleh kelopak.

Allah,
Allah,
Allah ...

atas segala kurniaan yang KAU beri for 21 years,
adakah aku telah balas penghargaan itu sebaiknya?

atas jawatan ku sebagai khalifah dan abid,
adakah aku melaksanakan tugas itu dengan sifat paling halus ; ikhlas?

adakah dalam usia dua puluh satu tahun ini, sudah cukup aku mengenal
SIAPA PENCIPTA ku.
SIAPA UTUSAN NYA.
APA YANG ADA DALAM HELAIAN BAWAAN SI UTUSAN


aku kaget

aku manusia hipokrit.


aku buntu

aku manusia curang.


aku

aku aku aku

mahu sentiasa mencari KAU.
walaupun di sisiMu aku bukanlah siapa-siapa.

aku berlari,
aku tersungkur.

aku merangkak,
aku tak bergerak.



Allah.
Allah.
Allah.

beratnya hati ku ini.


bila diingat sekali lagi,

"HAPPY BIRTHDAY MARYAM KIRANA"


kau semakin hampir dengan mautmu.
adakah kau sudah bersedia?
















TerimaKasih Mak, lahirkan seorang anak yang dulu degil dan cuba tak nak jadi degil lagi.
satu april sembilan belas sembilan puluh satu.













aku menangis di kala lain,
aku ketawa di kala lain.
adakah aku jujur dalam pencarian ini?


Allah.

2 comments:

Ainum Lathifah said...

salam'alaik ukhtiku sayang :)

sanah helwah akak.
moga tiada karat jahiliyyah yang memberatkan langkahmu untuk terus berlari di jalan yang sumpah panjang ini..

berjuang bersama, yuk! :')

sayang ukhti kerana Allah.

jiranmafiarussia said...

Lady Maryam Kirana yg dirindui wajah dan kata-katanya,

chewahhhhh.


happy belated birthday mkay!
sorry sbb tak tahu pun birthday awak bila :3

semoga dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan, menjadi anak yg solehah dan mendapat keberkatan hidup dariNya *hug*