Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

June 27, 2012

085. What if I stop to walk, dad?


Bismillah.
dan salam sejahtera ke atas kamu.



Hening subuh Isnin lepas, mak datang bilik mengejut si anak. Lantas si anak terjaga dipanggil-panggil namanya.

Tapi,

Tapak kaki belah kanan ... kejang.
(tulang keting/tendon yang bengkak sebenarnya)

Menjerit si anak, menyangka yang kakinya sudah tidak boleh digerakkan lagi. Tapi dipaksa juga untuk berjalan. Terdengkut-dengkut menuruni anak tangga dan mengkhabarkan pada si orang tuanya, atas perihal diri.

Gagahkan diri, Isnin hari bekerja.

Malam itu, malas atau tidak hendak maunya dirajinkan juga.
Si tukang urut tanpa belas, menekan-nekan kawasan membengkak itu.
Pekikan si anak mengisi ruang kosong rumah si tukang itu.
Disuruhnya tahan, tapi air mata berjurai, dan hampir-hampir mengilai.

Sakitnya, hanya Allah yang tahu.

Balik ke rumah, kaki makin parah. berat dan tidak boleh digerak.
Baring sepuluh minit melunjurkan kaki ke benteng tinggi sedikit,
Tak sampai berapa minit terlelap,
si anak meracau dan menjerit-jerit

"sakit.... sakiiitttttt"

Si bapak di sudut lain yang sibuk menyiapkan tugasan kerjanya,
tersentak.


Lantas dihadapkan dirinya ke anak.
Penuh kasih, penuh belas.
Dicuba papah anaknya ke cadar yang di hampar.
mungkin kerusi terlalu tinggi, maka, turunlah ke lantai.

Kaki yang kanan, lansung tidak boleh disentuh.
Mahu cabut stokinnya pun terasa bisa bila tersentuh walau seinci kulitnya.
Allahurabbi
Bagai orang hilang akal, si anak meraung dalam pekat malam itu.
Si anak hanya mampu memanggil-manggil si bapak dan mengadu.
Si anak hanya mampu mengigit selimut agar teriakannya mampu didiamkan sekejap-sekejap
Si anak hanya mampu melafazkan "Allah" , "Allah" , "Astaghfirullahalazim"
Agar kekal sabar diuji.
Agar kekal ingat bahawa dirinya sedang diuji.
Takut nanti yang keluar dari mulut si anak adalah kata nista, sedangkan tuhan sedang menyiapkannya untuk peluang gandaan dalam sakitnya



"Bapak, nana belum solat Isya' lagi"
"Bapak tolong nana... Tolong ambilkan air dalam baldi. Biar nana ambil di sini. Sakit sangat"

She can't even move her right leg. But she had to do so.
She knows, solat tak boleh diganti dengan apa jua amalan lain.
Sebanyak mana zikir si anak, SOLAT tetap amalan yang satu.
Si anak sedar, tadi sebelum keluar, belum ke Isya' lagi, kerana mahu ke rumah itu lebih awal.

Nah, sekarang...


Si bapak tiba ke ruang tamu dengan jug berisi air dan besen biru.

Sayu hati si anak.
Air mata yang dari tadi berjurai-jurai,
makin laju. makin tersedu-sedan.
Lewat kesakitan yang teramat sangat itu, akalnya hilang punca...

"Pak, macam mana ambil wudhu ni, nana lupa mana satu dulu"

She can't even concentrate.
Alhamdulillah with Bismillah, she managed to do so.

"Bapak, tolong ambilkan telekung Nana, Quran Nana, kat bilik atas"

Malu sebenarnya si anak mahu menyuruh-nyuruh si bapak, kerana sedar si anak, bukanlah anak yang baik,
nah, bila segala nikmat sihat ditarik balik, segala benda si anak sandar harapkan pada si lelaki tua yang gagah itu.

Allahurabbi, kau balas jasa si bapak itu.
Jannah tertinggi untuknya , Ya Allah.


"Bapak, boleh nana solat duduk kan?"
"Bapak, sakitnya kaki"
"Melunjurlah, kalau sakit"
"Macam mana nak bezakan sujud, ruku' ni?"
"Kalau nana sakit sangat,solatlah baring"
"Guna mata, tangan"

Kau tahu apa ada dalam hati si anak itu?
"RASA HELPLESS"
rasa terlalu hamba yang tak mampu buat apa.
Segala nikmat sihat yang Allah beri dan disia-siakan bermain di minda macam "kotak-kotak gambar polaroid"

Menangis tersedu dalam solat yang melunjur itu.
Hendak meluruskan badan pun sakit,
makanya terpaksa membongkok sedikit.

Sewaktu si anak dalam sakitnya sibuk menghadap tuhannya,
si bapak menghamparan sejadah di sebelah sana sikit si anak,
dan solat .

Kau tahu apa rasanya malam itu,
syahdu.

Dengan segala rasa berdosa nya si anak,
segala janji antar dia dan tuhannya.
Baru siang tadi kerana sakitnya melampau, si anak bercadang melewat-lewatkan Asarnya.
dan bila Isya; ini tiba,
si anak rasa malu dan berdosa sedosanya.
Bila kau sihat, kau lengahkan apa yang patut,
bila kau sengsara, baru kau menangis meruntun minta ampun?

Allah, lemahnya si anak.
baru di usik sedikit kaki itu....

Selesainya solat , si anak tetap menangis dan didodoi hingga ketiduran.
Si emak yang jauh, bekerja luar kawasan memanggil-manggil.
Dia turut risau.

Kau tahu apa rasa si anak?
"Ya Allah, selama ini mungkin aku terlepas pandang yang sebenarnya mereka sayang pada aku kan?"

Lagi, malam itu bukan sahaja air mata kesakitan yang dironta-rontakan keluar,
tetapi air mata sebuah kekhilafan seorang perempuan dalam menilai hidupnya.

Benarlah , Allah menguji.


Malam itu, tidur si anak beberapa kali terjaga. 
dan setiap kali jaga itu dia meracau-racau.
"bapak... sakit... sakit sangaaaaat. tak taahaaan. tak taahaaan"

But she could not help it.
Untuk melihat raut wajah capek si lelaki yang gelisah itu.
Tapi kerana sakitnya yang teramat, si anak kekal menjerit-jerit.

"Dah, nana tidur. Bapak ada sebelah ni"


Diselimutkan si anak.
Dibentangkan satu lagi cadar di sebelah si anak.
Lantas duanya tertidur di ruang tamu rumah teres dua tinkat itu.


Malam berganti siang.



Alhamdulillah, derita semalam semakin menghilang.

dan yang menakjubkan.
si anak, sudah mampu solat berdiri.



Allahurabbi. Allahurabbi.

tiada apa kata mampu si anak gambarkan untuk memuja muji Si Tuhannya.

Sakit yang baki, masih tersisa, tapi sakit yang melampau malam tadi kian luput.




KAU berikan perempuan itu ujian bertubi-tubi kan?
KAU nak lihat sejauh mana adanya KAU dalam hidup si perempuan itu kan?
KAU tahu, dia masih perlukan KAU untuk meneruskan hidupnya kan?

Dan untuk si lelaki gagah yang berhari-hari dan semalaman penuh cekal, mengendong, memapah, mewudhukkan, menyarungkan telekung, menyelimutkan, dan berjaga menjaga si anak,
Si anak mahu beritahu...

"Nana sayang bapak. dan mugkin, nana degil. Tapi, Nana sayang bapak"


Ha perempuan, baru kau sedar, lelaki itu yang sepatutnya kau jaga hatinya kan?
bukannya lelaki-lelaki yang mengambil murah hati kau, dan dicampak sewenangnya kan?

Ha perempuan, baru kau nampak, nikmat senang itu senang sahaja mampu dikejap adakan, dan ditidak adakan  kan?

Ha perempuan, baru kau reti menilai, kasih seorang ayah yang selama ini mungkin kau fikir not-cool enough or too old or whatever kan? Sesibuk mana pun dia, dia tetap seorang ayah yang bila mana anak yang lahir dari darah dagingnya menangis sedikit tercuit sakit, akan risau dan akan cuba sedayanya untuk mendapatkan yang terbaik untuk si anak.

Ha perempuan, sekarang boleh lihat kan, siapa ada bila kau susah dan siapa pergi bila kau susah kan?


"Allahurabbuna, for whatever that may come in the future, One thing I shall ask from you is "ketetapan hati" to be always be sure of YOUR endless love"


Kalau ada intan permata, tak kan mampu ku berikan untuk si kedua orang tua, hanya bekal doa si anak yang    mengidamkan mahligai di syurga bersama keluarganya.

Wasalam.




p/s : I write this out, so that I shall be reminded by this event always. Not to brag, not even to show how difficult the night was. Indeed, Allah knows the intention at its best.



" I know, I am still daddy's little girl. Always"

2 comments:

umi Hamraa said...

Syafakillah, awak!

moga Allah kurniakan darjat tertinggi untuk sang ayah T_T

:)

Pnz said...

salam Maryam. maaf tak membalas pesanan tempoh hari. kehabisan kredit. bagaimana kesiahatan awk hari ni? baik2 sj? semoga diberi kekuatan drpdNya :)