Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

July 1, 2012

087. Would you be my friend?



aku orangnya sentimental.
aku orangnya yang hargai kenangan.

tapi, aku sedar aku tak boleh diikat dengan kenangan.
nanti langkah aku makin kecil.

kerana dalam kenangan,
ada kekesalan.
yang bila aku fikirkan, baliknya salah itu adalah pada aku.
dan aku akan jadi tak henti menyalahkan diri sendiri.
atas jatuhnya semangat diri, atas lembapnya prestasi diri.


In the end of the day,
aku sendiri yang harus bangkit.

Aku rindu zaman sekolah. lebih tepat sekali, zaman tingkatan empat dan lima.
and nothing can be done, untuk ulang ke masa itu.

Kalaulah boleh, pasti aku mahu berlari-lari dan ubah sendiri jalan hidup sewaktu umur 20-an ini.


aku kalau boleh mahu delete atau save as draft tulisan yang aku kira ,
emosi.
jatuh.

tapi, biarlah.
aku bukan penulis iklan produk
mahupun penulis diari hari-hari.

Aku menulis tentang aku.
aku menulis tentang rasa yang aku rasa.
dicedok sikit ke dalam nasi putih, kuah-kuah perasaan itu, digaul molek dan dihadam.

walaupun, kuahnya pelbagai, atas nasi putih itu aku campur adukkan semua.


Moga masih ada peluang lagi , untuk menjadi lebih kuat.
Moga diberikan penglihatan guna hati nurani, bukan mata semata.
Kerana, aku ingin rasa manisnya nikmat melihat dengan hikmah.
bukan sekadar tenung objek solid, dan sudah.





"Kalau aku sendiri-sendiri lagi, masih ada teman yang sudi berkawan lagi/?"

No comments: