Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

August 15, 2012

113. Seven Heavens.



Assalammualaikum.


Post rambang sebelum bulan mengambang.



1. Tinggal lebih kurang 2 malam sahaja untuk berterawikh. Honestly, sedih. Sebab, tak tahu pencapaian Ramadhan kali ini melepasi KPI sendiri atau tidak. dan entah Ramadhan akan datang, aku mampu menghadirkan diri lagi atau tidak.

2. Ramadhan kali ini paling banyak kisah pemergian kerahmatullah yang aku terima, dan paling terkesan mereka adalah orang yang agak rapat kepada diri (ayah-ayah kepada kawan-kawan baik) Lalu, aku melihat ke wajah mak dan bapak, aku tertanya

 "Nana pergi dulu, atau mak? atau bapak? Nana dah cukup baikkah untuk kalian?


3. Aku dapat idea untuk dijadikan naskhah pementasan teater. Selagi aku tak coretkan idea itu di mana-mana, rantaian ceritanya berlegar di kepala. Rimas. Khusyuk aku teruji. Cepatlah punya masa untuk aku kosongkan hati dan minda, lega kan rasa.


4. Aku tak bersedia lagi untuk membenarkan mana-mana tetamu untuk masuk lagi. Sabarlah, aku terlalu sakit, nasib aku baik, aku punya tuhan yang baik. Allahurabbi, aku tak nak samakan keadaan aku dengan orang yang tak punya agama. Aku dididik jiwanya, aku harus berbeza. Walaupun payah, walaupun payah.



5. Sekejap lagi semester baru bakal bermula. Itu yang lebih aku look forward dari RAYA. yang aku teruja tentang RAYA adalah hanya, syawal itu bulan meraikan kemenangan Ramadhan, tapi kalau aku masih terkulat-kulat dengan amal Ramadhanku, aku rasa aku tidak layak menyambutnya. Tapi, Allah kan baik, kalau ada jodoh dan rezeki, sambutan itu tetap ada. Dan paling aku suka, bila berjumpa sanak saudara. ah rindu.



6. Bagi aku antara momen paling indah seorang hamba adalah seusainya solat berjemaah dan habis si imam membacakan doanya, lantas orang di kanan dan kiri di peluk-peluk dan saling bermaafan. Suasana paling romantik antara "strangers" bagi aku, bagi aku lah.

dan tadi pula lepas solat Isya' sekali lagi aku tersenyum bila ada si wanita sedikit berumur bertanya,

"Anak awak ke?"

bila melihat aku mengucup dahi si anak kecil yang solat di sebelah..

"Tak lah, ni saudara saya"


Allah, hehe muka saya dah macam mak orang ke? Tak kisahlah. Asalkan saya rasa perasaan itu paling sweet :)



7. apa lagi ye? Semoga dengan kekuatan kasih sayang, aku mampu memadam api kemarahan dan kebencian dan riak-riak kesedihan. Aku Islam, kau pun Islam. Cuma mungkin, aku perlu masa dan ruang.




p/s : Oh, orang yang kirim salam itu, rupanya main violin.

p/s kedua : nak cerita tentang perjalanan ke SAMURA, kalau ada masa. EnsyaAllah.




"Don't force me to move out of anyone's life, I will do it step by step. EnsyaAllah"


No comments: