Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

August 16, 2012

114. Kidnapped.



Ain budaknya ceria. Ain budaknya berkawan ramai. Orang kata, penglipur lara sahabat handai.
Senakal-nakal Ain, Ain ada prinsip dirinya. Ain tegar untuk menjaga hati dan dirinya, walaupun diasak dengan hidup dan rakan-rakan yang mendesak.

Satu hari, di kampng Ain, kecohnya tentang kehadiran seorang lelaki yang mula menetap di hujung kampung. Din, nama yang disebut-sebut masyarakat. Din memang nampak baik. Entah, Ain belum pernah jumpa. Hanya dengar-dengar kata orang sahaja. Din dengarnya lulusan luar negara, cumanya tinggal di kampung kerana baru berpindah, merantau katanya.

Saban hari berganti, Din dengan hidupnya, Ain juga begitu. Entah kenapa, ada cerita kurang enak tentang Din yang mula didengar-dengar. Ain, secerianya dia, dia bukanlah perempuan yang sibuk mengukur tepi kain orang.

"Ah, dia bukannya kacau hidup aku pun. Buat apa berjaga-jaga. Aku terlalu jauh darinya. Ah orang kampung" , Ain menggetus kecil.

Biasalah Ain memang begitu, hal yang tidak berkait dirinya, ditolak tepi mentah-mentah.

"Hati-hati dengan Din tu. Dengar cerita dia begitu. dia begini" , orang kampung melaga kata-kata mereka.



Setahun hampir berlalu,

Hendak ditunjukkan tuhan agaknya. Apa yang Ain getuskan menjadi ujian terbesar dalam hidupnya.
Apa yang dijaga-jaga, akhirnya teruji juga.


"Assalammualaikum, nama siapa?"

ah sibuk sahaja lelaki ini. Ain merungut sambil terus menyapu nyapu daun di laman.


"Tak jawab, dosa"


mengada.


"Nama aku Ain. kau siapa? kau nak apa?"


"Nama aku Din"

...


Saban hari Din bertandang ke laman rumahnya si Ain. Jika tidak dihalau, mereka bersembang-sembang.

"Ah, Din bukanlah seburuk yang mereka sangka" , Ain mula berubah rasa.


Memanglah. sembang apa sahaja. mungkin nampak seronok buat anak muda, bukan?


...

"Din, apa ni kawan macam begini. Aku nak jadi baiklah. Kita tak boleh kawan"


"Apa kau kata ni Ain?"


"Din, aku bagi kau kata dua, kau kenal-kenallah dengan mak aku, bapak aku. Aku ni, bukannya suka berkawan-kawan dengan orang. Lagi, lelaki macam kau. Selagi kau tak berkeputusan. Aku rela tak berkawan Din"


...


"Assalammualaikum, Ain, bila boleh jumpa mak kau?"


"Bila-bila pun boleh"


...


"Din, kalau awak sayang sesuatu, awak simpan benda itu elok-elok kan?"

"Ye, makcik"


"Jagalah. Jaga elok-elok"



Ain ke bandar, bila mana si Din berjumpa si maknya Ain. Ain pun tidak tahu apa isi kandungnya perbualan itu.



...


Entah diam. Entah bisingnya tiada.
Din datang, bertanya tentang itu ini. Diajaknya Ain, ke rumah. Din bilang tangan Ain dengan pokok, sebati. Din mengadu pokoknya semua mati-mati. Lalu, diajak Ain ke rumahnya.

"Ain, tolong tanamkan pokok-pokok aku. Semua layu"


Ain, entah kenapa diturutinya.

"Mak, Ain pergi sekejap ya"

"Hati-hati, nak"


"Jaga Ain, Din"


...


Bukan pokok yang ditanam, tapi Ain dihumban ke bilik gelap.
Bilik di ceruk paling bawah sebuah rumah kampung.


"Din, kenapa kau culik aku Din?"

Menjerit-jerit Ain di balik daun pintu kayu itu. Merintih memohon diberi jawapan.


"Sabarlah. duduk diam-diam"


...


"Din, apa kau suruh aku buat tunggu kau di dalam ini? Aku bosan Din"


Lalu, Din menyediakan segala apa yang ada. Buku buku untuk di baca. Kain telekung. Kain Sejadah.


"Din, mak aku pasti risau"

Din, diam membisu, menaiki anak tangga, dan mengunci pintu kembali.

Gelap suasana, segelap hati Ain.


...


"Kau nak apa Ain? Sabarlah. nanti bila kau keluar aku belikan kau kereta besar, rumah mewah. Itu yang kau mahukan, kan?"

Kata-kata Din bertabur. rantaian janji dibait-bait menjadi satu untaian yang mencengkam jiwa si Ain.

Baiklah aku sabar.
Dalam kesabarannya itu dia berdiam, membelek-belek buku yang ada. dan menghadapkan diri kepada yang Esa.

...

Ain tersentak dari tidurnya. di dengar bising-bising.

"Apa agaknya di atas itu?" Ain bertanya dalam dirinya yang sepi.

Di balik lubang-lubang, Ain terlihat.

"Ha, perempuan lain diculik Din juga?"


Subhanallah. MasyaAllah.

"Apa semua ini?"

"Siapa, Din?"

Ain meraung minta dilepaskan. Ain melihat dari jauh. Din dan si perempuan itu.
Ain tidak berdaya.

Dia menjerit dalam pekatnya malam. Dia meraung dalam bisunya suara.

Ain nekad , lantas meminta ;



"Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, pada duniaku dan baik pada kesudahan urusanku, maka tentukanlah ia untukku dan permudahkanlah, dan berkatilah aku padanya. dan Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku serta kesudahan urusanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya. Tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada kemudian redhailah aku pada-Nya"


tersedu-sedu Ain. Air mata laju membasahi pipi. Kain putih telekung basah. Kesan sujud menjadi sejuk.
Senakal-nakal Ain, hatinya lembut. Hatinya mudah terusik.


Ain diculik.
Ain diculik.
Ain diculik.


...

"Din, siapa yang kau culik itu Din. Kalau kau culik dia, kau lepaskanlah aku"

Segala jenis fikiran menerawang menerjah ke kotak fikir si Ain. Yang baik, yang jahat semuanya berlaga-laga.

Apa lagi kudrat yang Ain ada, sudahlah dikurung dan didiamkan dan lagi, di beri kata-kata janji semata.

...

Satu hari, Din mengajak si Ain naik ke atas.
Ain gembira. Hatinya suka melihat matahari.
Tapi, Ain sudah yakin atas sesuatu.
Dicarinya masa yang sesuai.


"Din, aku dah tak nak kawan dengan kau"


Din tergamam.
Ain terdiam.


bungkam.

"Sabarlah Ain."

Lalu, Ain diheret lagi ke bilik gelap itu.


...

Ain merintih.

"Siapakah aku"

Ain sedar, Ain tak sepatutnya diperlakukan begitu.

Ain punya tuhan. Ain punya kepercayaan.

...


Saban hari dan malam Ain menjerit meraung, minta dilepaskan.
Ain tahu kini Ain bukanlah sesiapa.
Din memang penculik.
Mungkin bukan niat Din untuk menculik, tapi apa yang Ain rasa sakitnya sudah mengatasi logik akalnya tika itu.


Mungkin kerana jengkel dengan ketidaksabaran si Ain yang mengada ,
Din akhirnya bersuara.


...

Siang itu, pintu bilik gelap tidak dikunci.
Ain naik ke atas.
Rumah sunyi.
Di pandang ke meja tepi


"Sudahlah Ain, baik kau tidur. dan lupakan Din"


...


Ain lari-lari sekuatnya lari.
Ain menangis penuh esak.
Antara suka
Antara duka


...

"Ain"

mak memanggil.

Ain lantas menderu laju ke emak.

Mak faham air mata anak gadisnya.
ditenangkan dipujuk hati yang lara.

...

Malam itu, Ain masih bermenung jauh.

Mana tidaknya, diculik lama.

Ain gagahkan diri ke rak lamanya, kemas. Mak masih mengemaskan barang Ain, sepanjang hilangnya Ain.

Ain yakin, dengan kitab itu, Ain mampu ditenangkan.

Ain buka.
Ain terus dihalakan ke satu rangkap ayat.


"Maka apakah pantas orang yang dijadikan terasa indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka jangan engkau biarkan dirimu berasa kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (35:8)

Di saat itu, Ain terjelepok. dan kali ini air mata makin laju. Hatinya ibarat ditekan. Darahnya menyerbu terus ke muka dan liang rongga segala.

"Allah, Allah, Allah. sehinanya aku, kau masih mahu selamatkan aku. Kau jauhkan aku dengan segala, aku tidak dibuai dengan keindahan yang sebenarnya buruk. Allah... Allah"

dalam helaan nafas yang turun naik, Ain tertidur menginsafi kasih sayang si Tuhannya.


...

"Assalammualaikum Ain"

Ain kaget.

"Eh, kau Atan. Buat apa kau kemari?"

Atan si teman lama. di borak borakkan kisah sepanjang kehilangan.


"Ain, boleh aku masuk?"

Ain kaget sekali lagi.

"Eh, maaf Atan. Aku tak bersedia untuk terima tetamu lagi."



Ain, trauma sebenarnya.

.......


i. Ain sebenarnya ingin berlaku adil. Adil untuk semua. Untuk dirinya, untuk maknya, untuk Din, untuk mangsa culik Din, dan paling penting untuk Tuhannya. Tapi Ain sedar, Ain hanyalah perempuan tepi jalan yang biasa-biasa. Maha Adil itu sifat Allah, bukan sifat hamba. Tapi, berilah masa untuk Ain menjadi dan mengembalikan keadilan buat dirinya.

ii. Tidak diterima kedatangan tetamu yang baru itu, agar Ain mampu berlaku adil kepada si tetamu. Tidaklah Ain mahu berpura-pura melayan baiknya tetamu, sedangkan dia masih belum pulih sepenuhnya.

iii. Jiwa Ain, jiwa yang ditarbiyyah, makanya tidak Ain mahu samakan dengan jiwa yang boleh dibeli sekupang dua di jalanan. Makanya, jalannya berombak berduri, dan wajarlah Ain tempuhi. Dia diuji kerana dia mampu, bukan? Dia diuji dengan apa yang dia percaya dan yang dia sayangkan.

iv. Doa Ain, agar si penculik datang kembali atau terus hilang, biarlah menjadi rahsia si Ain dan Tuhannya. Sesungguhnya, jalan hidup ini sudah ditentukan secantiknya oleh Allah s.w.t. bukan?

v. Kisah ini masih longgar, aku sebagai penulis masih mahu memantapkannya lagi. Aku menulis sekarang kerana, aku jadi rimas dengan segala idea yang berantai di  benak hati ini. Aku menulis dengan hati, oleh kerana itu, terasa berat jika tidak dicoretkan sebaiknya. Kalau berrezeki, aku mahu naskhah ini diangkat menjadi sebuah pementasan. Kalau, ada rezeki. Doakan ya. Naskhah ini banyak compangnya lagi. This is the first raw draft.

vi. Setiap Ainn ada dalam jiwa kita, cuma bezanya, bila kita diculik adakah kita akan terus layu dan mati atau bangkit kembali? Bagi aku sebagai si tukang tulis, aku mahu bangkit, untuk memadam kesan lampau, adalah mustahil. Tapi aku perlukan masa dan ruang dan kekuatan sokongan dari orang yang baik-baik hatinya.

vii. Dan aku, tak pandai lansung menulis! Aku menulis patah-patah. maaf, tak ikut skema penulisan semua orang.


Salam alaykum wbt.



Dalam kisah ini, tolong jangan klasifikan mana satu watak antagonis atau protagonis. Kerana aku sayang setiap watak yang hadir dalam kisah ini. Don't judge , when you don't know the real story. Mungkin baiknya si penculik itu, tidak aku titipkan lagi dalam penulisan ini, mana kah tahu kan?


2 comments:

al said...

cantik

Unknown said...

mungkin ain perlu lebih hati2 di kemudian hari.

kehidupan mengajar, Tuhan memaafkan...biar Ain mahu Din.

Tulisan yang menarik.