kerana terlalu bernilai.
harganya dimahalkan.
nilai sebuah diri.
nilai sebuah jiwa.
biar lara tinggal di kelambu semalam.
harus bangkit.
tinggal ranjau gelap yang mengikat diri.
kaki harus dilangkahkan
tangan harus dihayunkan
dan hati?
hati mana kau pergi?
hati itu letak disisiNya.
tinggi
tinggi
dan biar tak terkecapi.
oleh sesiapa.
hingga satu hari nanti,
disisiNya
hati itu dipulihkan
hati itu dicantik pakaikan
hati itu disuntik energi energi cinta kebaikan
balut semula.
lapik tebal.
bentengkan pertahanan.
cantik indah,
tuhanmu sentiasa bersama orang yang bersabar.
jangan dilayankan nafsu
jangan dilayankan angan kosong sendiri
harus kekal mantap
harus berusaha melawan
Bismillahirrahmanirrahim.
No comments:
Post a Comment