"Mkay kau compile lah status fesbuk kau, aku nak baca semua"
"oh dengan tweets kau jugak"
eh.
ada pula cadangan manusia untuk aku sebegitu rupa.
tahu tak,
bila aku belek dari sejarah mulanya
sesawang biru putih itu,
aku lihat,
perubahan pola pemikiran aku,
perubahan kesedaran aku tentang hidup,
perubahan manusia manusia keliling,
dan tentang aku sendiri.
Aku belek tulisan pendek yang lama,
kelakar.
Sungguh!
itu pun ada orang nak baca ke?
Wallahi.
dan bila aku kejap kejap sunyi dari dunia "social networking",
adalah yang berkata,
jangan menjauh. terus menulis. terus.
Entahlah.
aku rasa, ruang sepatutnya aku coret kisah adalah di sini,
bukan di sana semata.
aku dah selalu tinggalkan ruang hikayat hati ini,
curang pada ruangan lain,
yang diukur dengan "LIKE" atau "RT"
semak.
semak sarat dengan angka itu
dan bila di khabarkan "si polan LIKE gambar kamu, LIKE status kamu"
cukuplah, aku disini,
bercakap sendiri,
ibaratt tiada pembaca, tapi sebenarnya,
yang membaca itu lebih terus tertusuk ke hati,
dan paling manis, bila ada yang masih menyimpan alamat pondok buruk ini,
dan paling tersentuh, bila ada yang mahu berukhuwah kerana tulisan aku di sini.
Alhamdulillah.
Nanti ye, kalau saya dah mampu, memang cita nya mahu menulis.
Penulis prolifik.
ah berangan.
Aku pernah bilang pada seorang teman yang kini sudah menjauh,
"Saya akan ceritakan kisah ini"
kisah apa?
kisah sebuah kehidupan enteng budak baru belajar tentang hidup, baru sadar tentang nafasnya.
berbalik pada topik,
Kalau aku compile, kau saja lah pembacanya wahai teman,
aku ini sudah lah biasa-biasa saja.
hanya aku jaja jerit aku dalam diam,
hanya aku tawar hati aku yang dah sebam sebam.
mohon, terima lah aku seadanya,
seperti nabi sayang umatnya,
dan tuhan terima taubat hambanya.
Salam alayk.
2 comments:
Huhu. Saya sudah lama menjadi pembaca tegar ;P
Salam alayk
awak ni, terharu lah :)
padahal blog ini sudah dicelup diludah dicuci dijemur ke bermacam genre penulisan,
ada juga yang membaca?
allahurabbi.
moga sama-sama doakan ye awak :)
Post a Comment