Tuhan,
jika ada ujian yang kau ingin datangkan padaku.
luhur hati ini aku katakan,
setiap detik, setiap malam, setiap pagi dan siang,
jangan kau uji aku dengan hatiku, tuhan.
aku tidak mahu goyah, tuhan.
jika ada yang ingin aku pertahankan, biarlah untukmu tuhan.
dan benarlah, segala juang juang itu
bukan untuk dibuang buang.
Tuhan,
mungkin itulah takat ku.
masih belum mampu ke takat yang naik lagi satu.
atau mungkin pertarungan kali ini lebih hebat.
kerana kondisi nya lebih ...
ah. tak mampu untuk aku rungkaikan lagi.
Tuhan,
jika ada lagi air mata mengalir,
tolonglah,
jangan kerana sesuatu yang sia sia tuhan.
itulah.
Aku tak mahu menjadi hamba
yang
yang
yang
...
aku hilang lagi katanya tuhan.
mungkin dalam sampaian aku kepada engkau yang rahsia,
mungkin laju saja mengalir,
kerana ianya bahasa sunyi.
bahasa dari hati tanpa perlu aku ungkapkan atau catatkan,
ianya bahasa suci.
Maaf tuhan. Maaf
Apa ini?
Tapi itulah, aku terfikir
jika, aku terfikir hidup dunia ini memenatkan, memeritkan
maka apa kah harganya
sebuah singgah sana di syurga kan tuhan?
ah, mungkin ini akibat sehari tidak membelek kalam .
sibuk sangat. alasan dunia.
benci alasan begitu, yang mampu menjauhkan aku dengan KAMU ,
wahai tuhan.
hingga musuh musuh yang sosoknya tak dapat ku lihat,
tapi hadirnya ada sentiasa,
si dia, yang kau laknat.
Tuhan, aku mohon.
segala kekuatan,
dan aku tahu,
untuk ada kekuatan itu,
bukan semata hanya merintih di laman laman paparan umum..
Tapi,
bila aku berdua dengan engkau.
Ya, seperti malam ini, dan malam malam sebelumnya,
yang aku mampu,
membisikkan rintihan ,
dalam pekat malam.
dalam syahdu kesunyian
dalam pekat gelap
segala dibalut.
dan esoknya, siang.
segala bergerak laju kembali.
Maaf tuhan. Maaf.
Matinya aku nanti, apa aku ini bagaimana?
mungkin, hati ini perlu dibuang campak dalam peti besi, dan kemudian dikunci, dibaling jauh dalam perut laut, dan biar hilang tak dijumpa lagi. Biar. Mungkin, lebih baik begitu. Biar tak terusik lagi. Biar tersimpan rapi.
Biar, kekal tsabat di jalan tuhan. Biar, aku sendiri.
Salam alaykum.
No comments:
Post a Comment