Bismillahhirahmannirrahim.
Bila kita berkarya,
menulis puing puing dan patah patah kata,
itu adalah kerana,
kita mahu berekspresi segala.
Bukan kerana mahu kata puji atau kagum
manusia lainnya.
Makanya,
jaga lah ikhlas hati mu,
bila saat jari jemari itu
mula berlari laju,
baik di atas sehelai kertas
atau pun di atas papan kekunci.
maka setiap penulisan itu dijilidkan.
jika tidak di letak pada rak rak buku,
cukuplah,
jika dijilidkan dalam hati atau ruang maya.
Yang membacanya, juga ada
walau tidak ramai.
Tapi cukup lah,
jika yang membaca itu,
turut berkongsi apa yang kita rasa
bukan untuk diriak kan
tapi sekadar ingatan
dan mungkin, apa yang aku rasa, tak sama dengan apa yang kau rasa
makanya kita berkongsi rasa itu.
oh begitu. oh begini.
itulah, aku kaget bila orang orang menegur aku,
oh ini lah empunya ruang itu.
oh tulisan kamu,
saya suka.
Allah ya rabbi.
Sekelip mata, Allah itu maha yang mampu menarik segala
rasa dan upaya
untuk aku meluah segala.
Saat itu aku rasa kering kontang dalam jiwa.
ibarat padang dan pasir serta gurunnya.
Maka bila diketuk bertalu talu,
hujan mula membasah,
dan kembali mekar
hati yang sudah sekian lama lara.
Alhamdulillah.
Itulah, kerja tuhan.
dan aku,
dan kau,
dan kita
sebagai pengantara
antara manusia manusia
agar mengenal tuhan
agar mencintai tuhan.
Semoga diberkati, wahai kalian.
No comments:
Post a Comment