penyataan di atas ada benarnya.
dan mungkin kerana itu,
setiap kali kisah hidup bertukar,
aku jua turut menukar jilid laman, nama pena dan segalanya.
setiap penceritaan yang baru,
haruslah dimulakan dengan tanda titik dan muka surat yang baru,
walaupun mungkin wataknya sama.
maka aku mohon pada tuhan,
agar kali ini,
dan selamanya,
aku jatuh cinta pada -NYA.
berkali
dan
kali.
Agar penulisan aku adalah tentang -NYA
Agar bila si mereka membacanya mengingatkan mereka pada -NYA
Agar bila mereka memahaminya lagi menyuburkan cinta mereka pada -NYA
Biarlah,
aku sentiasa menjadi penulis
yang bernama rahsia.
Cukuplah,
jika
aku meletakkan patah patah kata
yang tak mampu ditelah oleh hati hati kering manusia.
Aku selalu ingin jatuh cinta dan merasa dicinta.
dan bila aku tahu,
aku sentiasa punya kamu,
tuhan,
aku rasa cinta
itu sentiasa ada.
if you are reading a writing,
look at how the writer writes,
how the writer describes the characters,
how the writer fascinates him/her self in his/her own world,
with only words.
maybe, if you are lucky enough,
you could read between the lines,
behind the margins,
below the spaces,
and maybe even the position of each punctuation.
what the writer is trying to tell.
between hatred or love.
between forgetting and remembrance.
jika begitu,
awak tahu, saya sentiasa tulis tentang apa?
"kerana kenangan itu adalah sisa kita di masa dahulu. maka tersenyumlah"
"masa lalu kita adalah baik baik sahaja. dan kau sekarang adalah seorang yang baru, dan harus hidup dengan riang"
No comments:
Post a Comment