Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

June 9, 2013

.41. Du'a that connects.

Salam alaykum.

aku pelik dengan salah satu keajaiban tuhan.
bila mana, DIA memang betul  betul menghubungkan hati hati kita.

seperti kuasa magik.

setiap kali aku punya getar rasa yang kuat tentang sesuatu atau seseorang,
yang perlu aku kawal
dan tak perlu dihebah pada sesiapa,
hanya getar rasa itu, antara aku dan tuhan.


hingga terbawa bawa ke lena malam,
hingga kadang terasa lagi ke pagiannya.

Sungguh, aku tak tipu.

dan bila masa saja dalam berkeadaan begitu,
pasti ibarat sesuatu di sana yang jauh beribu batu,
turut merasa getarnya,
lantas

ia bersambung.
kembali terhubung, walau sekejap cuma.
ibarat rantai tali halus
yang bercahaya merentasi masa dan benua.
dalam diam. dalam rahsia.


Allahurabbi.
Kau lah punya kuasa terpalingnya atas sesuatu.
Kau lah yang memegang hati kami.
Kau tahu tahap hati kami bagaimana.




Mungkin kerana aku terlalu rindu
Mungkin juga kerana perlakuan berlalu pergi
dan persetujuan untuk segala adalah tergantung, pada mulanya.
Mungkin kerana masing masing masih terngiang ngian salah masing masing yang belum habis tertunai kemaafannya.

dan Mungkin sekali, ketidakmampuan masing masing untuk redha dengan sebaiknya dan masih saling mendoakan atas kebaikan masing masing.

...

Sungguh, jalan hidup penuh rahsia.
dan aku tak mahu bersangka buruk pada sesiapa,
lebih lagi pada Si Penguasa,

akan aku lalui, setiap satunya, dengan nafas yang tenang,
langkah kaki yang berjaga,
pertuturan yang terhormat,
semoga.

...

Bila mana orang kata, berdoalah!
atau, doa itu penghubung hati manusia,

aku percaya pada fakta ini SERATUS PERATUSNYA!

Jika sesuatu berlandaskan lillahita'ala bukan nafsu emosi segala, InsyaAllah ada benarnya akan kejadiaan itu.




Allah. sungguh, bukankah aku bilang, hidup ini permainan yang melicikkan?

Bersama Ain Farhana dan Ain Faezah.. I got things to do with people named Ain haha :D

Rasa macam masih baru lagi bersorak penuh semangat di Stadium Malawati, Shah Alam setahun yang lalu. Years may change, memories don't. 

Pertemuan tak diduga di tengah padang.

ini kongsinya.

No comments: