dan kita semua akan sentiasa jatuh cinta
pada kebaikan yang berterusan.
pada keadaan yang menenangkan.
pada semangat yang dijuangkan.
dan itu janji tuhan.
...
Aku rasa aku kena minta maaf satu satu pada semua.
Tapi aku takda hidung , baju pun sememeh.
Malu.
Tak bertempat.
aku harap sesiapa saja di luar sana
maafkan aku.
atas gerak aku yang bodoh bodoh
atas kata aku yang menghiris hiris
atas keputusan aku yang pendek pendek.
aku, sungguh mahu mati dalam keadaan
aman.
memaafkan dan dimaafkan.
...
ada kegilaan baru, rakam suara sendiri sedang baca quran.
untuk sendiri sendiri je.
bukan untuk dihantar ke mana mana pertandingan
atau di muat naik ke ruang layar dunia.
sedap rupanya lenggok bait kalam tuhan
ya.
karaoke dua puluh jam pun tak sama dengan asyiknya
begini sendiri sendiri.
percayalah.
aku tak tipu.
baca lah quran sekalipun
merangkak.
faham lah quran sekalipun
pekak.
No comments:
Post a Comment