Dengan kata cinta pada Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Untuk beberapa hari, aku sorokkan diri. Kononnya untuk mencari semula syahdunya waktu seperti dulu. "Jiz" sesuatu yang semakin pudar. Risau, bila hati makin tidak terusik dengan khabar khabar ujian orang lain. Risau, bila peningkatan amal tidak pada kadar terbaik. Risau, bila rasa selesa dengan apa yang ada. Maka aku lari larikan diri. Alhamdulillah.
...
Begitulah manusia. Sentiasa dalam "battlefield"
...
Untuk beberapa hari aku bersendiri, aku hadam balik semula video dan bahan bahan tentang Syria Palestine. Entah kenapa, terlalu ingin aku memahami apa tersirat di balik isi video teriak tangis, darah merah dan segala imej tragis lain. Aku mahu rasa, sakitnya walau sedikit cuma. Aku mahu rasa manisnya ukhuwah dan kebenaran bila berkata "kita kan saudara semuslim".
Sungguh. Bila mana masyarakat manusia tidak mampu melihat usahamu, jangan mengeluh.
Kerja kita adalah mengharap redha Allah, bukan redha manusia.
Jaga jaga. Takut tersasar dari landasanNya.
...
Dan dalam itu juga, terlalu banyak fikiran tentang mati berselang seli dalam kotak fikir.
Mungkin ini adalah kesan dari Mukhayyam pada malam terakhir ada satu slot yang perlu kita jawab dengan jujur dan ikhlas melalui langkah kaki kita sambil mata terpejam,
Soal nya:
"Adakah awak takut mati?"
Allahurabbi.
Pilihan langkah: jika ke depan, takut mati. jika ke belakang, bersedia untuk mati.
Dan pilihan aku adalah rahsia, tapi aku punya sebab atas pilihan itu. Syaitan tak habis berbisik bisik atas pendirianku. Ah benci.
"Benarkah sudah bersedia? Kubur gelap! Kau tak takut? Kau akan sendiri! Sampai bila? Kau pun tak tahu!" terngiang ngiang segala ini di sisi telinga aku.
Aku patah kan hujah jahat itu dengan kata "Aku rindukan pertemuan dengan tuhanku. Aku mahu dia melihatku"
Tapi, bersediakah aku dengan amalan compang campingku? Bersediakah aku? Hanya aku letak dan sandarkan pada hati, Allah Maha Pengasih. Allah Penyayang. Jangan risau Jangan risau, Dia kasihkan hambaNya, selagi hambaNya kasih dan patuh padanya. Yakin Maryam. Yakin atas pilihan mu. Kau tidak menipu dirimu sendiri. Tidak!
Allah. Allah. Allah.
Hanya kau tahu segala detik hati aku.
...
Aku makin terfikir lagi, perjalanan pulang untuk bersendiri sendiri,
aku terfikir tentang kubur. aku terfikir tentang mati, aku jadi takut walau untuk melelapkan mata.
langkah dan gaya aku semua tak kena, duduk rasa bersalah, duit tercicir bertabur.
Apa ini serba tak kena? Hati gelisah kenapa? Allah Allah Allah.
...
Bila malam aku di situ, aku kaget bila aku terbangun 3 pagi.
Yang wajib ditunai, aku tunaikan.
Gelap rumah itu. dan entah kenapa,
aku pergi ke bilik yang lagi gelap, untuk beribadah sendiri.
dan lagi paling ingat aku pada kubur dan mati.
Tapi, aku jadi kaget?
Kenapa ini. Bukankah kata, sudah sedia untuk mati?
Allah.Allah.Allah.
Aku heret tikar itu, Aku keluar bilik dan paksa relakan diri berduaan dengan tuhan
walaupun entah khusyu' aku di mana.
tapi aku tahu, tuhan sangat tahu.
Konon takut gelap. ah bencinya terpedaya hasutan.
...
Hari hari berlalu. Aku hadam sendiri segala paparan yang ada.
Aku cuba hadam erti apa perjuangan mereka di tanah barakah bumi Anbiya'
Agar aku sendiri tak takut mati, aku tak takut pada kubur yang gelap.
Agar aku kekal merindukan pertemuan dengan tuhanku.
Aku takut hati aku mati sebelum jasadnya.
...
dan hari ini, balik ke tanah sendiri,
bila sudah dipupuk segala sisa kekuatan yang ada, aku kembali beramai ramai.
atas semangat dan fikiran yang baru.
asap jerebu memenuhi ruang kota.
menyesakkan nafas, mengeringkan lohong tekak,
perit.
dan bila seawal pagi tadi, dikejutkan dengan berita kemalangan.
entah kenapa, rasa sangat dekat dengan semua yang terlibat.
walau kenalnya tidak sama sekali.
entahlah, semenjak menjak aku mengenal erti hidup bertuhan,
I look at death differently.
Setiap satunya, menjadi terlalu dekat dengan hati.
Semoga, aku mampu kalian dalam JannahNya ya. Tunggu aku wahai ikhwah akhawat sekalian.
...
Selalu aku ambil masa, belek belek uban bapak, elus elus rambut emak.
Aku selalu terfikir,
siapa antara kita akan pergi dulu ya.
adakah kita akan mampu bersama semula dalam taman syurg ya.
Allah Allah Allah.
...
Ingatkan aku, tentang mati, sebanyak mana kau mahu. Sungguh.
Aku perlukan itu.
dan sekarang, bila mana aku ingin bergembira terlalu terlalu
berfoya tak ingat dunia,
entah kenapa, aku sendiri jadi malu.
Atas segala kurangnya diri, dan ujian yang tidak semana, tapi keluhnya besar.
Maaf tuhan. Maaf.
Kak Aishah's wedding.
No comments:
Post a Comment