Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

January 1, 2014

Selamat.



Assalammualaikum wbt.

Hari pertama untuk kalender masihi.
Apa sahaja perancangan aku ya?

Berazam sungguh mahu jadi lebih baik di mata tuhan,
agar dia sentiasa mencantikkan aku bila bersama manusia.
EnsyaAllah.

Hubungan hubungan yang perlu dijaga,
Perasaan perasaan yang perlu dikawal,
Nafsu Nafsi yang perlu didik,
Ilmu ilmu yang perlu dikejar cari disemat hadamkan,

dan macam macam lagi.

Saya paling perlu satu buku baru.

...

Setiap kali usrah, perkara yang dibawakan si Kakak Naqibah,
pasti nya selalu, paling menembak diri.
Tak pernah, Tak tembak sampai aku terguling bertubi tubi.

Dulu, pasal Jahiliiyah setebal berinci inci,
sekarang, tentang mati.

Macamlah, Kak Azreen menengok apa aku upload di ruang Instagram,
bicara tentang mati.
No, bukan Kak Aren yang masuk hendap hendap,
tapi tuhan, yang tahu hati aku tentang apa.
lalu, dia gerakkan melalui penyampaian manusia lain,
agar mengena terus.

Sebab aku bukan nabi, yang ayat ayat diturunkan terus.

Alhamdulillah, apa pun, tahun baru atau tidak,
A good Muslim, will know, a new day is a new chance to start fresh kan :)

Allahu Musta'an.

Dikala kita di sini, risau bagaimana untuk meneruskan hidup dengan kesempitan sana sini,
mereka di medan medan tempur, sedang berkira kira,
"Cara mana paling baik matiku, agar aku paling layak bertemu Tuhanku?"


Sungguh, kita berbeza.

dan di sudut jauh,
ya, aku malu.


Salam Alaykum.




"Cita cita pondok kecil, biarlah tak punya apa, asal ada ruang solat untuk kita kita, dan rak buku setinggi bumbung, untuk buku buku yang kita kongsi bersama"

No comments: