Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

March 15, 2015

150215 Train Bungkam.




Lokasi : Terminal Bersepada Selatan - LRT STAR - Masjid Jamek
Masa : 4 pagi - 6 pagi

...


Bus dari kota raya Johor tiba lebih kurang empat setengah pagi awalnya.
Berkira kira, mahu habiskan masa untuk tidur sementara menunggu adanya transportasi publik, bukanlah cadangan yang baik.
Bersepah jelata di terminal.
Dari pelusuk paling besar hinggalah ke celah ceruk orang terbaring atau terlelap melepas penat.

Surau ; penuh.

"Umar, kita tunggu sampai pukul enam. lepas tu kita terus naik LRT ya", Aku beritahu si adik.

"KakNa rasa ramai sangat di surau. kita solat di next station ya. Lagipun Subuh masuk lambat sekarang" ...

...

5.50 am

Selepas terkulat kulat menunggu masa, beg ditarik kendong ke luar bangunan terminal.
Dengan harapan operasi tren sudah bermula.


Stesen Tren sudah padat dengan manusia. Kami gagahkan diri menyelit nyelit dan menunggu.

Waktu masih awal, subuh pun belum menginjak ke masanya.
Kami mula perjalanan dalam koc bermanusia yang duduk dan diri diri.

...

"KakNa, kita solat di Masjid Jamek ya"

"Erm... sempat ke?" getus sendiri sambil melihat lihat jarak antara Bandar Tasik Selatan dan Masjid Jamek. Erm... jauh.

"Sempat..." Umar menjawab.


Kami berdua diam


...



*Tren bergerak perlahan*
*Tren bergerak terhenti henti*
*Lampu malap. malu malu nak terang*

"Ermmm. kenapa hati tak sedap ni" bicara hati sendiri.



*Tren berhenti di tengah rel*
*Lampu tren mati, satu koc*
*Lampu tren mati, keseluruhan koc*


Tren bergelap.
Tren bungkam.
Bawah sana jalan raya.



*Azan Subuh berkumandang*


...


Aku terdiam.

"YaAllah... kenapa ni...", sendiri hati menguji sabar.

Aku kaget tapi cuba ditenang tenangkan.
dalam hati aku tertanya,
kenapa orang lain macam biasa saja?
Atau cuma aku saja yang rasa entah apa-apa.


*Umar terjaga dari lena*

semua diam.


"Umar, Kita solat lepas stesen ni lah. Tak nak tunggu sampai Masjid Jamek" aku mengajak.


...


Selang seminit dua, tren bergerak semula.

Lancar.


Alhamdulillah.

Walau hati aku masih bergetar, fikir aku masih jauh menerawang ke mana mana.

...




Entahlah, aku terfikir

dalam seminit dua begitu.
semua benda bermain di kepala.
dari rancangan "Train's Collision" di National Discovery Channel yang pernah aku tonton suatu ketika dahulu,

sehingga lah  perkara perkara kematian dan kehidupan.

Terus saja mahu dilaku buatkan segala kebaikan pada waktu itu saja.
SEMUA! dan pada waktu ITU!
tanpa berkira, tanpa kata dua.


ermmm.

Life is like that, isn't it?
Tuhan bagi ingat, cuma entah kita sedar atau tidak.

Bayangkan, jika tersangkut di atas train yang tak bergerak di tengah pagi.
Aku cuma bayangkan, jika ada train dari belakang yang lebih laju merempuh kami.

dan sebagainya lain.

...




Alhamdulillah.


...


Akhirnya kami bersolat juga di Masjid Jamek.
dan Alhamdulillah juga, suasananya tenang.
sesampainya di sana, kami terus dihulur sarapan berbungkus.
Dari sukerelawan yang bekerja seawal pagi ini untuk masyarakat serata.


Alhamdulillah.


...


Hai Tuhan, berilah aku peringatan dalam diam atau jaga,
dalam kasih sayang dan hikmahNya.
dan berilah aku rasa rajin untuk menulis bercerita tentang perkara perkara yang mencantikkan dunia.
Amin.

No comments: