Salam tahniah dan takziah, buat peningkatan umur sendiri.
Nak nak, bila ulang tahun kelahiran di samakan dengan kenaikan kos sara hidup di negara sendiri.
Moga Tuhan beri jalan, untuk kita hidup dalam keadaaan aman.
Aku tak minta banyak,
sekadar ingatan untuk diri, selain ucapa ucapan dan harapan harapan cliche yang lain.
1. Mampu diberikan sabar yang cantik dan tinggi.
2. Mampu diberi rasa dalam berkeputusan dengan baik
3. Paling terutama berusaha perbaiki hubungan denganNya supaya harapnya hubungan dengan manusia lain, lebih baik dan bahagia.
Ensyaallah.
Nah, aku tak minta banyak bukan?
Of course lah, nak mati dalam iman and another else are in the list, tapi ini adalah tiga yang utama aku nampak, yang aku mahu setelah di analisa pada diri sendiri.
...
Aku bukanlah mahu sangat disambut "lavishly",
tapi dah sifat aku periang sesama sahabat, saja menggatal gatal teruja mengingatkan itu ini.
Maaf lah, kalau ada yang jengkel.
Satu hari nanti, andai aku mati,
aku mahu kalian tahu.
Terlalunya sayang aku pada kalian semua, dan bila suara dan sibuknya aku mengacau sini sana sudah tiada;
semoga kalian ingat bahawa aku pernah singgah dalam hidup kalian dengan bising, senyum riang tawa seorang aku.
dan pada saat itu, aku hanya mahu,
kiriman doa, ikhlas dari kalian.
Itu sahaja.
Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment