Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

August 12, 2011

024. The key words in finding hidayah





If there's a man that is able to treat his child in a very delicate and respected way, he shall be the Imam of my life.


Assalammualaikum, terlalu banyak mahu dikongsikan.
Kisahkisah Ramadhan.
dan sebagainya yang lain.

Terharu melihat video di atas, di-grab dari Youtube secara random.

Sunnah Rasulullah, penyayang terhadap anak-anak.



*sebenarnya panjang dalam fikiran saya mahu dieloborasikan lagi tentang anak-anak dan rezeki. tetapi entah kenapa rasa 'cuak' untuk menggunakan medium blogspot untuk seketika. Mungkin akan mencari waktu yang sesuai nanti, InsyaAllah.

*sebenarnya terlalu banyak sub-subtopik yang bermain dalam minda saya untuk dituliskan patah-patah perkataannya untuk dikongsi dan dihayati bersama, sekali lagi saya rasa belum bersedia membuka cerita. Mungkin menunggu masa yang tepat.


Sudah naik gear 3 belum Ramadhan hari ini?

Istiqamahkan amalan yang selalu diamalkan, dan cuba tambah sedikit-sedikit amalan baru setiap hari agar menjadi amalan harian. InsyaAllah, you can do it.




Bila mana orang bertanya, "Macam mana nak jadi kuat?"


Seringkali saya jawabkan,


Allah, Alquran, Solat ...  Cari dalam perkara-perkara asas tersebut. Tapi kadang-kadang, untuk saya mengatakannya pada orang, memang mudah, Tetapi untuk memahamkan dan betul-betul menyematkan di dada mereka dan berkongsi rasa yang saya ada, itu bukan kuasa saya.


benar kata Allah pada rasulnya,

Kerja Rasul terpuji hanya menyampaikan, tetapi hanya Allah jua-lah yang berhak menyinari hati-hati hambanya.



Tapi, lewat kuliah subuh minggu-minggu sudah, satu ayat dari Ustaz pesentren yang bercakap di depan, membuat saya sayu sendiri,

"Allah beri pertolongan, hidayah pada orang-orang yang memohon untuk mendapatkannya"

Ayat ringkas, tetapi mendalam.


"MOHON" is the key word.


dan ayat seorang ustaz di siaran TV tentang Haji sewaktu saya menemankan nenek Minah, menonton TV berdua lewat hening pagi beberapa hari yang lalu menyentap seluruh tubuh saya.

"Hidayah itu datang sekali sahaja. Kalau kita tak rebut, tak ambil sepenuhnya. Ia akan hilang. Akan pergi"

"REBUT" is the key word.


Saya boleh jadi teman untuk mendengar dan menasihat, tetapi saya tahu saya bukan siapa-siapa yang mampu melemparkan rasa "manis" itu dalam diri orang lain. Hanya saya mampu beritahu,

 "I'll help to fill the car with the fuel but the driver is the one who is going to start the engine"


Jadi, Mohonlah sebanyaknya, dan Rebutlah selagi ada.


Semoga di bulan berkah ini, those 2 key words will bring such a great impact on you you and you. InsyaAllah.


Dan jika rasa itu datang dan menyelinap ke seluruh tubuh awak, mengalir ke darah-darah awak, jagalah ia. Jagalah ia. Perjuangkan ia. Janji Allah itu pasti buat mereka yang sabar dan bersyukur.

Kadang-kadang kita jatuh, kadang-kadang kita bangkit. Kadang-kadang kita lemah, kadang-kadang kita kuat. Manusia itu memang takkan pernah sempurna, because there will always be rooms for improvement, tidak banyak mungkin sedikit. Tetapi yang sedikit itulah, kita jaga, kita pupuk biar jadi banyak. InsyaAllah.




Assalammualaikum.


p/s : Sebenarnya niat hati taknak cerita apa-apa. Tapi, faham-faham je lah, bila tangan dah mula menari, hati mula laju, dan akal mula membariskan ayat-ayat, susah juga mahu berhenti. And for that, i shall say Thank you Allah for giving me these words to write. May be blessed by you.

No comments: