Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

August 19, 2011

028. When you meet the turning point, would you turn?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ...



Assalammualaikum, di kala satu persatu huruf ditekan di atas papan keyboard ini, sebenarnya, saya sendiri sudah punya ayat yang ada rangka-rangka mudah di dalam kepala, semenjak beberapa bulan yang lalu. Lama saya simpan, tetapi hari ini, semoga dengan berkat Jumaat si penghulu hari, Ingin saya berkongsi walau sedikit pengalaman yang ada ...


Pagi ini, saya mahu selesaikan pembacaan kalam-kalam secara personal. Saya mahu habiskan seluruh ayat-ayat cinta itu sebelum saya dicutikan. Mahu khatam personally untuk bulan ini. Semoga tercapai. Alhamdulillah, berkat Ramadhan, rasa mengantuk sewaktu membaca seolah tiada. Rasa mahu diteruskan sehingga ke muka surat sebelahnya, sehingga tidak sedar waktu dhuha mengunjung tiba dan semakin berlalu ...

Turun ke bawah, seperti biasa, rumah yang sunyi sepi, saya mulakan pembacaan blog-blog dan kali ini mahu menghabiskan pembacaan buku "Bidadari syurga". Alhamdulillah. Terisi pagi-pagi ini...

Terbuka satu blog yang menempelkan video-video tentang "Ini Kisahku"...
Sayu.

Saya menangis sendiri. Terkenangkan diri sendiri. Kepayahan dan kesungguhan, dalam bersendiri suatu ketika dulu.

Apa yang dicakapkan dalam video-video tersebut sangat benar. Mahu saya quote kan for every single words they say. Sebab, saya merasakannya. Saya rasa jerit payahnya. And at that time, I was only Alone. Berseorang mengejar mencari cinta yang selama ini saya lupakan ...


I believe, each one of us punya satu kisah untuk dikongsikan dan satu rahsia untuk disimpan, Selamanya ...

__________________________________________________________________________________

"Nana, kenapa nana dah lain? Kenapa berubah ni?" , An auntie of mine suddenly asked earlier this June. Pada waktu itu, saya tergamam. Dalam bilik, hanya saya dan dia. sedang bersiap untuk tidur. dan saya sedang 'online'. 

Saya hanya tersenyum.

"Kenapa pulak lain? Sama je lah." A short reply from me.

"Takdelah, you looked different. Cik pun rasa, nampak Nana dah lain. Kenapa eh? Dah ada boyfriend eh? Boyfriend suruh eh?" ,  Laju betul soalan makcik saya macam bullet train. Pada waktu itu padahal, saya tidak pernah punya boyfriend dan dalam proses isolation period yang sebaiknya dengan seorang kawan. Isolate to keep the distance, to observe the heart and everything. And sure is, bukan kerana boyfriend atau any friend.

"Heh, kalau nak berubah kena tunggu ada boyfriend ke baru boleh berubah? Nak kena ada orang suruh ke? Takkanlah macam tu" , I tried to keep calm. 

"Cik tanya je. Tapi, baguslah kalau Nana dah nak ubah betul-betul" ...

And the conversation went off somewhere later.

Dan sebenarnya, bukan makcik ini sahaja yang terpinga dengan saya, malahan ada sepupu yang bertanya pada adik saya tentang perihal Kak Nana yang dah lain. Mungkin pelik, berhari-hari di rumah Atuk saudara, hanya jubah hitam dan tudung hitam itu saya sarungkan setiap kali mahu keluar dari bilik. Mungkin.
__________________________________________________________________________________

Tengah hari yang panas, saya berjalan laju-laju mahu mengejar jemaah Zuhur. Jarak antara kulliyyah saya dan masjid tidaklah jauh mana, tapi bila dalam keadaan berkejaran, Letih juga sebenarnya.

Saya ternampak seorang rakan sedang membeli air kopi di lori yang di park antara bangunan ke masjid ,

"Hai Tan (not a real name)", saya sengaja mahu bertegur sapa, kerana sudah lama tak nampak kelibat si rakan ini.

"Eh Hai Mkay. Kau kenapa ni? Nak jadi ustazah ke?" , Ayat si rakan menghunus. Tapi saya kekal tersenyum.

"Haha, takdelah. Salahke pakai macam ni? Dah lah nak pergi Solat. Bye" , And again, I tried to keep calm.

_________________________________________________________________________________

Pakcik saya dan rakannya dan saya dalam kereta. Suasana sunyi sepi. Seperti ada plaster tertampal di mulut masing-masing. Lagu di radio hanyalah sebagai pembuat bising semata. Masing-masing dengan fikiran masing-masing.

"Hey, kau awkward ke dengan aku? Awkward lah macam ni", I cut off the silence.

"Ye lah awkward lah, Kau pehal nak muslimah-muslimah sangat ni? Kau dah berubah ke weyh?" , Pakcik saya laju menuturkan kata-kata.

"Aku dah agak dah. Kau mesti pelik kan? Chill lah. I'm still the same me. Tak payah nak awkward okay. This is only baju. Nak start observinglah. We can still talk" , saya cuba beri penjelasan seringkas mungkin, agar tahap ke-awkward-an antara kami berkurang. 

Kadang-kadang ada orang lain cara penerimaannya terhadap sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi, perkara yang diubah. Dari bentuknya yang selalu dilihat bulat, tiba-tiba menjadi tiga segi. Kan pelik? And I am much ready to face those kepelikan that people put on me, InsyaAllah.

__________________________________________________________________________________

"Eh, ada benda tumpah sikit atas tudung awak tu" , seorang rakan memberitahu saya beberapa hari yang lalu.

"Alamak, takpelah. Boleh lap" , saya melihat kesan tumpahan itu.

"Tu lah, siapa suruh pakai tudung labuh sangat" , ayat sebaris yang mampu mengoyak-ngoyakkan kekuatan saya pada ketika itu.

Namun, Alhamdulillah. Pada ketika itu, saya sudah bersedia dengan penerimaan rakan-rakan terhadap saya dan kekuatan itu ada. Saya hanya tersenyum dan mengambil tisu. Tidak sedikit pun terkesan di hati saya untuk tercuit mahupun merajuk dengan kata-katanya.

Saya faham, dulu saya pun begitu. Skeptikal. 

Buat apa nak tunjuk baik? Biasa-biasa pun boleh jadi baik kan?
Kadang-kadang dahulu saya sendiri yang rasa tidak selesa untuk berdamping dengan orang baik-baik, orang beragama alim-alim. Kerana, entahlah. Atas kejahilan saya sendiri agaknya. Bagi saya, baik itu dari hati, tidak perlu dizahirkan melalui pemakaian semata. Dan saya kadang-kadang jengkel jika, ada orang baik-baik baik dengan saya. 

Sampailah pada satu ketika, saya sendiri terbaca,

"Orang yang hatinya tertutup dan mati, bila bersama orang-orang yang berilmu dan mahu mendekatkan diri dengan Allah, dia merasa benci" Lebih kurang begini ayatnya. And at that moment, I cried. Air mata mencurah-curah.

Dan atas sebab itu, sekarang ; saya semakin ampuh. Tak heran orang nak cakap apa. Kalau sanak-saudara atau rakan-rakan pun mahu berpelik-pelik atas perubahan ini, Saya hanya mampu tersenyum. Kerana, saya bahagia dan tenang begini. 

Terimakasih buat DianaZainal, kerana sewaktu saya mula berjinak-jinak melembutkan hati sendiri, awak bawa saya keluar ke Mall di bandar. Dan saya sudah niatkan untuk tidak spend the time by watching a movie. Sebab saya mahu sangat menghabiskan masa dengan berbual-bual rather than sitting and look at the screen for 2 hours. Alhamdulillah, awak layan saya baik, walaupun saya berjubah jeans dengan tudung biru sebesar itu. Terimakasih sangat. 



I don't know, Ini hanya sedikit dari rasa yang saya mahu kongsikan. Dalam memohon dan merebut kurniaan cintanya, Kadang-kadang saya rasa lemah, rapuh dan tidak berdaya, tetapi Alhamdulillah, saya tahu Allah ada. Dulu, saya selalu rasa saya paling tidak layak untuk berdoa kerana terlalu banyak dosa sehingga hati pekat hitam likat. Sehinggakan, ada satu SMS dari seorang rakan , tidak sedikit pun memberi kesan pada saya ;

"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

 And even i replied with humor instead ; "So, nak kena minta hati baru ke?"

Seriously, I thought this text was a joke. Nak kena cari hati baru? Macam mana tu? 

Dan sekarang, baru saya faham ayat-ayat Imam Al-Ghazali ini sepenuhnya. Dan sekarang, saya amat risau sekiranya, saya tidak terkesan dalam solat saya. Kerana gerunnya saya walau dengan patah ayat Al-Fatihah :

"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya ; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"

Gerun kerana, saya terfikir, di golongan manakah saya sebenarnya. Hari-hari meng-aminkan bacaan Fatihah sendiri, tetapi, makna dan kesannya, tiada lansung dalam hati.

*Maaf Ya Tuhan.



And yes,
orang akan argue for whatever changes that you might take in life. Some may not see it in the positive way and even they want to take you down. But some, would push you even higher and make you feel stronger. Alhamdulillah, I have my friends who were there for me. Even if they are shocked to see me, they kept it a silent and still accepting me from day to day.

Alhamdulillah. Short semester was a bless, I may say. And second Semester juga. dan berharap ke semester-semester akan datang.

Kalau dulu, orang selalu forwardkan message mengajak ke ceramah sana sini, pernah terdetik di hati ;

"Haih, mana sempat nak pergi. Budak kaed busy memanjang lah" .

Sebenarnya, when i tried to do some self-reflections on me personally ; Kita ada je masa untuk semuanya. Asalkan pandai prioritize. Dan paling penting , mahu berjaya duniawi dan ukhrawi. Tak mahu keciciran in any of these fields. Malahan, bila saya sedar akan kejahilan itu , saya semakin dahagakan untuk bersama kelompok-kelompok ilmu ini. Semoga diberi kesempatan lagi pada masa akan datang. Saya rasa paling syahdu berada dalam majlis ilmu, kerana Malaikat sedang memayungi kami dengan sayapnya.


Saya percaya, air mata sesuatu yang berharga. Dan paling berharga jika disertakan dengan seribu keinsafan. Dan, jangan pernah sombong untuk berdoa pada Allah, walau sebesar mana kamu rasa dosa kamu. Kerana Allah Ya Ghaffur, penerima ampun dan taubat. Dan dari doa-doa itulah sumber kekuatan kita.


Before, i relate myself more to "Perfect ; Simple Plan" now, i would prefer to relate everything i had or face in life  with "Al-Quranul Qareem" Semua cukup untuk saya kaitkan dengan hidup. Sempurna. Sentiasa ada ayat yang mampu memujuk hati saya. Even if I am alone, I know I am strong. Not because I am made of steel, But because, Allah is with me.



Kadang-kadang, kita sangka hidup kita paling susah, paling menyedihkan , sedangkan ramai lagi di luar sana yang masih terkapai-kapai mencari diri dan iman. alhamdulillah dan bersyukurlah atas apa yang kita ada pada hari ini.

Dan saya dalam usaha,  mengajak rakan-rakan yang lain juga untuk bersama saya dalam perjuangan ini. Bukan perjuangan semata atas nama dunia, tetapi ingin mengecap kemenangan hakiki di akhirat nanti, InsyaAllah. Mana tahu, dalam ajakan yang keseribu , hati-hati insan mampu dibuka oleh Allah? 

I always think, how thankful I am to those people yang rajin meng-forwardkan message-message ilmu dan menjemput ke majlis-majlis. Dalam beribu messages yang saya endahkan, akhirnya hati saya terpanggil sendiri. Alhamdulillah.

Dan buat seorang sahabat saya yang jauh di perantauan, saudari waa, you came in my life out of sudden. We support each other at that time. When I was alone, It feels like you are near. We give inspirations to each other in our simple virtual letter. You were there with me when I am facing the process. Thankyou. We were once stranger, but not until now. 

I am okey if I am being hated for who I am now, because somehow I put everything in Allah's will. I believe no other but Him. 

Even dulu, mula rasa risau jika disisihkan oleh rakan-rakan lewat perubahan rasa yang saya ingin lakukan, Namun Alhamdulillah, rakan-rakan yang lama masih kekal menjadi teman, dan saya sendiri membina ukhuwah dengan rakan-rakan baru yang berkongsi cita dan cinta yang sama. Allah tak pernah lokek kan?



He knows what is the best for us.

Orang selalu cakap ,

"Pakai tudung tak semestinya baik. Pakai kopiah tak semestinya baik. Pakai tudung labuh tak semestinya baik. Pakai jubah berserban tak semestinya baik"

dan saya akan jawab ,

"Define me your term of baik? dan menjadi  baik, bukan hanya pada luar. Tapi pada hati dan seluruhnya. Dan rasa itu hanya kita dan beberapa orang terhampir yang dapat merasakannya"

Paling penting saya mahu jelaskan ,

"Seseorang itu memanglah tidak paling baik , tetapi itu adalah cara mengejar ke arah kebaikan"

Don't expect things would be beautiful, if we don't correct our own ways of seeing their beauty.












Each one of us will meet one turning point in life. The point will lead you to two ways. Either right or left. Either right or wrong. Pray to Allah, that you'll meet the turning point that leads you to the right and blessed path. InsyaAllah. And i must say, the journey ain't a piece of cake, the courage and patience are more than a mountain high, but trust me, the rewards at the end of the day is just ; WORTH IT. Subhanallah. 






Kak Afiqah pernah berpesan tatkala saya ajukan soalan tentang Mujahadah ;

"Inilah Mujahadah awak. Bila orang cuba sakitkan hati awak, awak sabar. Balas dengan senyuman"

and deeply, I am touched.







10 comments:

ilan nur said...

Assalamualaikum,
Alhamdulillah semoga istiqamah di jalanNya. Akhirnya entri yang dapat relate dengan keadaan saya sekarang, the isolation period and so on. Kadang-kadang perit gak bila ada yang tak faham bila kita menjauhkan diri. Sedang mencari kekuatan untuk diri sendiri agar sentiasa kuat untuk mengubah imej dan menjaga diri. Mudah-mudahan kawan-kawan saya juga memahami. Lega rasanya bila baca entri awak, because I know now that I'm not alone.

emirhasnan said...

hidayah ini indah.

tak semua yang dapat, tak semua yang dapat pegang lama2.

moga kita terus kuat utk buat apa yg DIA suruh dan tinggalkan apa yg DIA larang..

:)

HH said...

doa saya: moga kamu tsabat di jalan ini. ameen.

"change for good aint a crime" -hlovate.

:)

YAN said...

alhamdulillah. i'm happy for U :)

aqilah said...

*senyum*

LailaAlfisyahr. said...

MM ,
Alhamdulillah kawan-kawan banyak membantu. They didn't avoid me much. Cumanya, masa mula-mula dulu, i need time and space. Nak gerak and betul-betul tetapkan hati, memang kena bersendiri. Sebab nak bagi kita yakin and move forward. Nak gerak tunggu orang, payah.

We just have to do what we have to do :)

Tolong doakan saya istiqamah ye. Sebab kdg2, lalai dan leka still membungkam dalam jiwa. Haih :'(

LailaAlfisyahr. said...

Cidak , Thanks.
Sebab kau pun kiranya antara kawan yg boleh aku bertanya2.
Cumanya sekarang aku dah xde twitter and Fb, so susah nak bertanya.

Tolong doakan aku juga ye :') dan dpt pegang sampai mati, insyaAllah.

LailaAlfisyahr. said...

harishah , harapnya begitu. Hati jangan goyah dan mampu lawan nafsu lalai leka ni. Ya Allah, jauh lagi perjalanan :')

Suka hlovate juga <3

LailaAlfisyahr. said...

Yan, Thanks kawan jauh jauhan :D

LailaAlfisyahr. said...

Aqilah , *senyum mengangguk dan salam berkenal-kenal :D