Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

September 13, 2011

039. Birthday for the guys...

Assalammualaikum.

Pernah tak, awak seperti ;

berada dalam suasana penuh gelak tawa,
tapi sebenarnya,

fikiran awak menerawang ke jauh sana.

memikirkan sesuatu yang terpaling dalam pemikirannya.
merasakan sesuatu di hati.

Tetapi menyembunyikannya.


Dengan segaris senyuman.
dan tawa dalam alun-alun suara.

Pernah?


Saya pernah.

In fact, most of the time.


Kenapa?
Kenapa hati tidak sepenuhnya berada di sini?

Mungkin hati tahu, hati mahu yang lain.
Hati mahu bersendiri.

Tetapi, tuhan murah hati, dia beri pendamping-pendamping buat hati sendiri itu.
Namanya ; kawan.


Tadi , baru celebrate Birthday Adib dan 'Arif (Apunk).

saya bukan elok mana. Banyak benda I am not good at.

saya tahu, mereka kawan saya.

TerimaKasih Adib dan Apunk sebab jadi kawan dari zaman lampau, sehingga kini.
Semoga persahabatan kita kekal selamanya.
*sounds cheesy.

TerimaKasih buat semua rakan taulan baik lelaki baik perempuan,
kalian tahu tak kalian sangat special?

:)

dalam hati saya, saya tak tahu nak letak kalian pada kedudukan ke berapa.
sebab,

kalian semua punya tempat masing-masing.


Tentang minda dan hati saya yang sebenarnya menerawang ke tempat lain,
walaupun sedang bergelak tawa dengan tepung dan kek dan air berterbang-terbang di awangan ,
biarlah Rahsia.

Kalau mampu, mahu kekal bersendiri buat satu jangka masa yang lama.


Tadi siang,
ramai tak tahu saya dah tukar course.
Makanya, saya diam.

Saya pun kurang berminat mahu bersosial melampau dengan studiomates baru.
Bukan 'belum masuk', cumanya saya mahu  bersendiri.

Lone ranger.


Forever Alone nampak cool, perhaps.

Saya mahu berkawan dengan semua, tapi biarlah ada masa ; saya bersendiri.

And It is dangerous actually, to be alone.
Sebab otak clustered with thoughts. Bertindan-tindan.

Tak habis fikir satu, satu yang lain dah datang.


Kan saya dah cakap, otak saya ni macam filmstrips.


Lagi satu ; saya dah dapat task for studio.
Painting!

Doakan mampu memuaskan hati sendiri.
Lets do some research dan jangan malas-malas.
Busy dengan KaedFest, tapi jangan abaikan studies okay?

Being me, saya memang tak minat bekerja/belajar secara pasif.
Suka bergerak. Suka aktiviti.
Rindu zaman sekolah.
Bila cikgu sendiri suruh saya berhenti busy-busy.


Rindu jadi secretary.

Tapi busy.
Jumpa orang sana-sini.

Malas.

Letih.

saya nak layan perasaan sendiri.
saya nak layan bulan tepi tingkap.



saya nak cakap , tadi saya baling belon ada air, tapi belon tak pecah ; tapi melantun ke arah saya semula.
Hebat kan?


saya nak cakap , tadi saya nak ambil gambar adib dan apunk tap rupanya the rest of the friends nak prank dari belakang ; habis saya kena sekali tepung. Jubah hitam baru pakai sekali habis berdebu.

saya nak cakap , tadi calit kek guna pisau memang terbaik. Kek mahal memang selalu jadi mangsa. Tapi kali ini, kami dah pandai berjimat cermat.

saya nak cakap , jangan nilai saya dari sudut yang awak tak pasti apa paksi sandarannya. Sebab saya takut awak tersilap dalam menilai dan akhirnya awak sendiri menyesal.

saya nak cakap , saya kawan dengan semua. saya tidak menilai baik buruk orang. Saya bukan hakim, Allah is. Tetapi, saya memilih dalam menyesuaikan diri dengan orang orang.


saya nak cakap , "SAYA DULU BUDAK LANDSCAPE ARCHITECTURE, sekarang dah jadi BUDAK APPLIED ARTS AND DESIGN" . Sila jangan tanya kenapa. sebab, when it is, its just is. Faham tak? Hidayah Allah, siapa boleh persoalkan? Ha macam tu lah.


:)


 For whatever that I have and encounter up to today and in future, no other I shall say my most gratitude to, except Allah. HE never fail to love me, but did I manage to give back the same amount of love and remembrance that HE gave?

Alhamdulillah.

Assalammualaikum.


p/s : Saya nak bagitahu, saya baru beberapa minit drop subject "Intro to Urban Design" , sebab macam malas nak pergi kelas pagi esok. Lagipun, tu subject Landscape Archi, bukan AAD  ;)

No comments: