Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

October 7, 2011

045. Comparing the changes.

Assalammualaikum.

How life has been treating you?

and how you have been treating life so far?

Alhamdulillah, semoga yang masih bernafas pada saat ini, masih berada dalam berkat rahmat Ilahi.

Alamak cheesynya saya.

*Maaf.


Since Kaedfest ended, I started my new life as the first year student again. And somehow somewhat, the environment is totally different. I have lesser time spent with my girlfriends. I have lesser time to be huha huha and be silly like I always do (when I am with the group that I am comfortable to be in)

and most of all, I have lesser time for myself.

Alhamdulillah. Masa diisi dengan beberapa input-input yang bermacam rupa bentuk gayanya.
Dari ke Theater Club sehinggalah ke Perjumpaan Majlis-Majlis Ilmu.


Nampaknya, saya kena lebih bijak membahagikan masa.
Mana tidaknya, hampir keseluruhan malam ada 'meeting' sana sini, dah lah saya bersendirian ke hulu ke hilir.
Dengan design projek dan research yang harus dilangsaikan.
Bahan bacaan untuk design project semuanya berkaitan "Infant".
Kehulu kehilir membawa buku tebal dan besar   "Discovering Child Development".

Budak Kaed dah tukar jadi budak Saikologi kah?
Macam dah bersedia belajar selok belok tentang anak pulak.

*mengarut. K bai.


To be honest, up till today, masih ada lagi yang bertanya tentang diri saya. Alhamdulillah. Terima Kasih kawan-kawan.

"Mkay camne sekarang? Okay?"

"Macam mana kawan-kawan baru? Studiomate baru okay? Lecturers?"

"Kenapa kau dah macam ni Mkay? Nak jadi mak-mak ke?"

"Kau ni Mkay apehal tak bagi tahu orang nak tukar course? Kau tau tak, ramai yang tak tahu. Kau tukar tiba-tiba je"

"Mkay,what significant thing that happened that made you changed? Changed everything."


"Mkaaaaaaaaaaaaaaaaay."



Banyak betul persoalan. dan kadang-kadang saya tersembam mahu menjawab satu-satu.
Sungguh menguji diri sendiri soalan itu semua.
Bagi soalan yang bertanya tentang keadaan hidup sekarang, saya hanya berikan jawapan standard ,

"Alhamdulillah. Okay-okay je. Design sana sini tak siap lagi" dan sertakan segaris senyuman sebagai penguat keyakinan.


Bagi soalan yang MASIH bertanya tentang perubahan diri, saya hanya berdiam dan tersenyum.

"Kalau Allah nak beri, dia beri. Aku yang mintak. Aku kena jaga"

Bagi soalan yang bertanya kenapa saya begitu perahsia, juga saya diam dan tersenyum.

"Dah lama aku rancang nak tukar. Sejak hari Taaruf 1st year lagi.... Malulah kecoh-kecoh nak tukar pun nak bagitahu semua ke?"

Biarlah kisah sebab musabab atas segala sesuatu, hanyalah saya dan Allah yang tahu.


Beberapa malam yang lalu, sedang menunggu untuk perjumpaan pertama kali Theater Club , seorang rakan baru yang dikenali sewaktu KaedFest, datang menegur. Menggertak diri saya dengan soalan-soalan yang mahu mengupas sedikit kisah diri sendiri.

Ikut hati, memang sebolehnya tak mahu membuka kembali lembaran lama.

Tapi, kalau dah ditemubual macam "Nona" , dan melihatkan kesungguhannya beriya-iya mahu tahu, saya kisahkan sedikit sahaja. Mungkin boleh berkongsi rasa dan pedoman.


"Apa yang buat kau nak sangat berubah? Anything happened? Putus cinta?"


Bagaimana ya, mahu 'entertain' soalan-soalan orang yang menerjah ruang pelosok diri?

Saya tidak kisah sebenarnya. Alhamdulillah, rasa terharu ditanya. Kerana masih ada yang sayang dan kasih pada diri saya. At least, I am not neglected by those who I loved most kan? :)



Cumanya, saya agak gerun, bila mana saya terkisahkan sesuatu itu secara berlebihan.
Dan mungkin, 'expectation' mereka terhadap saya akan jadi tinggi.
Walhal, saya masih terkedek lagi.

Kebisingan saya masih seperti dulu. Cumanya, kini saya dalam ruang lingkup yang berbeza. Cara pergaulan saya berbeza. Saya memang cepat mesra. Tetapi, saya lebih mesra dengan yang I am comfortable to  be with. And for those "personalities" that I have when I am with certain people, please don't judge too soon.


Untuk kesekian kalinya, saya mahu beritahu ,

Sebelum saya ubah apa yang ada, baik dari bidang ilmu atau pengisian diri sendiri,  I have put a big reminder in my mind to be prepared.

Dulu, saya tak mahu, dan melengah-lengah untuk bertukar course kerana ; "Nanti masuk course baru, takde kawan. Takde Click. Takde Girlfriends. and stuffs"


But until when? Until when?

I have to be independent kan?

Makanya, bila saya ditembak dengan soalan yang cukup padu pada malam itu,

"Tak rasa loser ke asyik sorang-sorang?"




dan saya menjawab,

"Tak lah. I am prepared for this to happen long time ago. Alhamdulillah, Allah bagi kawan-kawan baru. And I prefer to be alone. Senang nak ke sana ke mari. Tak semua orang boleh ikut my time and schedule kan?"


dan si rakan yang bertanya, hanya tersenyum puas mendengar jawapan pendek saya.




Dan kerana itu, saya punya hadiah untuk mereka yang bergelar rakan dan kawan ,

Video ini sangat private. Siapa yang mahu menempek melihat, sila beritahu :)

 




Awak yang membaca, saya masih sama. I can still be cool. I can still tolerate. I can do things like how I did before. But, for certain things, I do put limits and principles to hold on to the virtues. But somehow, I am far from perfection. I am okay for the time being. Alhamdulillah. Just, don't be awkward. I love the smell of the fresh air where positive vibes are spread and smiles are shared.


Kak Mkay rasa tua :)


1 comment:

pnaz said...

awak, kita nak tengok.
pnazsr@gmail.com