Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

November 8, 2011

055. Sacrificing your self.


Assalammualaikum. 

Sudah dicuci hati itu hari ini? Sudah meminta hati yang baru hari ini? Biar hati yang hitam dibuang dirobek dihancur lunyai dan diganti dengan sekeping hati yang bersinar menerangi seluruh pelusuk anggota mu. 

Bismillah.

Gugup dan terketar rasanya tangan ini ingin menaip. Entah mengapa, air mata mula bertakuk di kelopak kecil ini. Terasa kehangatan air mata yang ditahan dari empangan. Entahlah, terasa berat untuk menulis kerana sedar akan besar tanggungjawab yang akan dipikul digalas, once I put my words here. Entah layak atau mampu, saya berkongsii kisah berkongsi rasa dengan awak semua. Hanya air mata dan denyutan hati yang berdegup dalam lipatan daging-daging mampu dirasakan oleh diri ini.

Salam Aidil Adha.

Salam Hari Memperingati Pengorbanan si Nabi kepada Yang Esa.

Pernah suatu ketika di zaman SIGS, saya merakamkan secara dekat aksi penyembelihan seekor lembu di kampung. Dan hasil rakaman itu, saya simpan di dalam pendrive pemberian Mak. Pendrive pertama di bawa kehulu ke hilir. Ada seorang rakan meminjam. Mahu transfer folder-folder "Pandu Puteri"... Rakan yang berbangsa Sikh, menonton video itu dalam diam.

Bila dipulangkan pendrive itu, dia beritahu saya,
"Kejam nya, korang bunuh binatang" ...

Saya tergamam.



Hingga sekarang, perkara 5 tahun lepas kembali bermain di minda.. Setiap hari sejak saat itu, saya mencari jawapan yang paling afdhal dan paling layak diberikan buat si teman yang tidak mengerti tentang kesucian pengorbanan itu.

*Biarlah jawapan saya pada ketika itu kekal menjadi rahsia saya, dia dan Tuhan Saya.

Kini, saya sedikit sebanyak, faham akan erti nilai tertinggi sebuah pengorbanan itu. Dan paling penting, saya dapat merasakan betapa besarnya pengorbanan dan tahap kebergantungan Nabi Ibrahim a.s dalam melaksanakan hukum dan perintah Allah. Dan kecekalan hati Nabi Ismail dalam mengiyakan suruhan Allah itu, walaupun diri baginda akan dijadikan korban.

Indah*


Bila difikirkan balik tentang diri sendiri yang masih tidak layak dan rendah hatinya, bila mana ada perintah dan suruhan Allah yang turun sebegitu rupa, adakah diri sendiri mampu melaksanakannya tanpa ada "hesitation"? Mampukah?

*Termangu melihat diri.

Sedangkan suruhan yang mudah-mudah pun dianggap mudah-mudah, apatah lagi pengorbanan yang berat-berat.

mampukah diri?
mampukah awak?




Usah ditanya, apa yang Islam mampu lakukan dan sudah korbankan untuk awak, Tapi tanyalah kembalik pada hati, apa yang mampu kita lakukan dan korbankan untuk Islam itu sendiri?

Alang, nak habiskan masa bersendirian berbual-bual dengan si Pencipta pun, masih ada "ah" dan nanti-nanti, inikan pula berkorban hati jiwa raga dan harta benda?

Astaghfirullah.


Maaf.


Segala apa yang ada, even blackberry kecik putih ini, adalah milik Allah.
Even gigi-gigi yang bertapa selama almost 20 years dalam mulut ini adalah milikNya mutlak, dan harus dipulangkan jua suatu tika nanti. 

Apa yang kita ada?

Apa?

Amal yang setin , pun tak penuh?


La Tahzan. Hati kena kuat. Pengorbanan itu manis kan? Mujahadah yang bersungguh-sungguh. 



Pernah dulu seorang memberitahu saya, katanya kita perlu ada Role Model Muslimah dalam Sejarah Islam. Mungkin kita takkan menjadi sebaiknya, tapi kita mahu mengejar ciri-cirinya. InsyaAllah.

Makanya, saya pun belek-beleh buku-buku Sirah (yang mungkin sudah lama saya pandang sepi) , saya cari kembali icon yang perlu saya jadikan idola dalam menjadi hamba abdi Muslimah yang baik (walaupun belum terbaik. Its a process, remember?) :D

Bukan saya tidak berminat pada Isteri-isteri nabi s.a.w. ... Semuanya saya sayang dan mahu sangat menjadikan mereka contoh tauladan. Tetapi, hati saya tertarik untuk mengenal Rabiatul 'Adawiyah. 

*maaf, saya bukan buat book review di sini.

Mujahadah si wanita ini sangat sangat agung. Sehinggakan dia berada dalam "her own league". Hati yang mati untuk dunia.  Completely. Tapi, tetap mampu seimbangkan antara keduanya. Hatinya yang mati untuk bercinta sana sini, kerana cinta nya hanya untuk yang hakiki Ya Rabbul 'Alamin. 

dan paling menyentuh hati adalah bila dia katakan ;

Ibadahnya, bukanlah kerana dia takutkan neraka atau mahukan balasan syurga semata. Tetapi kerana, dia sedar sebagai hamba, Ibadahnya itu semata untuk menunjukkan rasa kasih dan betapa bersyukurnya dia kepada pemberi segala Rahmat, Allah.


*Diam lagi .


Hebatkan?

Bila hati dibulatkan kepada Ya Rabb, nothing seems to be a huge matter anymore.
Kerja-kerja diniatkan sebagai ibadah.
dan ibadah itu, bukan diharapkan balasan dan tuntutan. Tetapi kerana, diri itu sedar, betapa kerdilnya hidup seorang hamba di mata Tuannya... Oleh itu, dia harus sentiasa bercinta dan berterima kasih atas nikmat pemberian Tuannya.



Ah, Am I sacrificing myself?

Or Am I just preaching it words by words but nothing has been done?



Ya Allah, let only you who judges me. Itu sahaja yang mampu menjadi penguat semangat saya.


Biarlah, tidak dikenal di mata manusia dunia, Tapi paling ku harapkan, agar ada penghuni-penghuni langit yang mendoakan untukku. (jika ada... jika ada)



Wahai sahabat, cuci lah hati mu dengan ayat-ayat TuhanMu, You'll find great relief. Let there be no despair, as Allah is always with you.
Wahai rakan, cuci lah mata mu yang hari-hari menatap jahilnya dunia, dengan air mata jernih yang membasahi kanta mata mu dan pipi lembutmu, kerana kamu pasti, Allah itu ada untuk mendengar rintihan mu yang takutkan azab nya.



Semoga,

Semoga pengakhiran kita semua yang baik-baik.


dan itu yang paling saya takutkan.



Salam alaykum.



p/s : Erti korban tahun ini, lebih dirasai dalam benak sanubari saya. Bukan setakat daging korban, tetapi its just more than that. Alhamdulillah. No one else I shall thanked for, Its always HIM. Always HIM :')

Adakah saya sudah cukup bermujahadah tentang rasa rasa di hati saya? Maaflah, saya masih dalam proses mendidik lagi. Hati kecik ni nakal sangat. Hari-hari buat hal. Nasib baik, dah reti jaga sikit. Kalau tak ....

No comments: