Manusia diuji dengan apa yang mereka mampu.
Seperti yang mungkin lemah pada hatinya, diuji bertalu-talu agar hati makin kuat.
TerimaKasih, for leaving here and there ,
because,
I learn to be strong.
I learn to be independent.
I learn not to be too attached.
dan alhamdulillah atas segalanya.
Punya rasa, Punya cinta, Punya tenaga ...
Untuk dikongsi, bukan untuk dibangga ...
andai kalian semua mengerti , kisah kita semua lain lain jilidnya.
andai kalian semua teliti , kisah kita ini semua indah walaupun berbeza.
Pengakhiran kita sama. Destinasi kita sama. (yang kita mahukan)
Tapi,
jalan ke sana itu yang berbahagi-bahagi.
Tidak semuanya senang, kalau senang,
manis kemenangan itu tidak dirasai, bukan?
Hanya Allah jua yang tahu segalanya, bukan?
Kenapa perlu ragu dan gusar.
Allah dah beri jalannya, hanya kita yang perlu bina langkah itu.
Mahu kuatnya kamu?
Allah beri kamu masa dan nafas.
Allah beri kamu nota cintanya, bukan untuk kamu simpan, dan bukan juga hanya untuk bahan bacaan,
Tapi,
Untuk kamu mengerti setiap baitnya,
Untuk kamu cuba amalkan setiap katanya...
Jika jatuhmu dulu, mampu membuat dirimu punah dalam diam,
yakinlah Allah sentiasa ada.
Allah itu tak pernah lelah menunggu hambaNya bersandar dan berdoa meminta kepadaNya,
Cuma sayang ,
hambaNya yang sering berpaling dari menadah, menidakkan dari memohon.
Betapa ruginya hambaNya itu,
yang mungkin juga Aku.
Biarkan aku dengan Tuhanku. Aku mahu kutip sisa cinta yang ada :)
No comments:
Post a Comment