Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

dan kisah penulis yang panjang hikayatnya di sini : kaishrakirana.
Salam.


November 12, 2011

057. Not yet, heaven.

Awan Langit ke Penang 101111.


"Syurga kah ini?"

Andai aku mampu hirup walau senafas haruman di syurga,
Pasti, tiada lagi pemberian lain aku mahukan di dunia.

Andai aku mampu jejak walau setapak kaki di syurga,
Pasti, tiada lagi destinasi lain aku mahukan di dunia.

Andai aku mampu melihat walau sekali celik pandangan di syurga,
Pasti, tiada lagi penglihatan lain aku mahukan di dunia.


Tapi,


Tuhanku itu maha Adil.

diberikan nikmat pemberian di dunia, untuk aku kekal mencari dan mengejar nikmat di sana ...



Andai syurga itu mudah, pasti semua mampu memilikinya tanpa berbuat apa-apa.
Andai syurga itu murah, pasti semua mampu memilikinya tanpa menggadai apa-apa.


Ah,

aku perempuan curang.
Perempuan yang pernah curang pada si Pencinta itu.

Mampukah , setiap andai ini aku gapai?


Maaf kan aku, wahai Pencinta Alam.


Maaf.

Semalam aku lupa dan galus dan hampir terjerumus lagi sekali,
aku harap, hari ini ,
tidak lagi.



Maafkan si perempuan,


yang pernah curang itu.



Kerana perempuan yang pernah curang itu,


terlalu mengimpikan syurga-Mu
walau dia tahu,
dia hanyalah satu lagi jasad & nyawa ciptaan-Mu.

bukan siapa-siapa.
just another hamba-Nya.



by.
Perempuaninicubauntuktidakcuranglagi.




P/s : semoga sebahagian lagi semester Tahun Pertama, baik-baik sahaja. Mohon doa dan peluk anda semua dari jauh.



Salam alaykum.

4 comments:

sHEiRa S said...

tersentap ana membace post anda....syukran kerana meyedarkan ana

naDia said...

kalau ndia boleh "like" post ni mcm kat fb dah lama ndia buat! Haha!

naDia said...

kalaulah ndia bole "like" post ni mcm kat fb, da lama ndia buat! Haha!

Cidak said...

eh,first year?

hai junior !