Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

July 19, 2012

094. Dear moon.



Jangan jatuh cinta pada indah perinya tulisan dia.
kerana,
kau jatuh cinta pada olahan kata manis bicara si tukang tulis.

kau tidak melihat payahnya dan keringat menitis di dahi penulis,
untuk melengkapkan tatabahasa.

tulisan itu mungkin sempurna,
tapi tidak penulisnya.
tulisan itu indah,
tapi lebih indah jalan hidup penulisnya.

yang ada masa bahagia, yang ada masa, air mata diseka dari terus menyembah bumi.


Oh bulan, kau jelita.
saban nya kau dipuja.
pandang dari jauh, wajahmu semua sekata
cahayamu terang membuntang dalam pekat langitnya malam.


aku juga pecinta mu, wahai bulan.


tapi aku sedar, siang kau akan hilang.
ada yang lebih gagah terangnya dari kau wahai bulan.
bila malam pula, kau sebenarnya hanya meminjam cahaya si gagah itu kan, bulan?

Baik sungguh si gagah itu kan bulan?
kerana cahayanya yang terserak serak,
bulan yang dapat nama.
bulan yang jadi igauan rakyat jelata.
malah segala puisi, semua atas nama kau , bulan.
walhal, kau sekadar cermin pantulan.


Bulan, kau datang lagi.
aku harap kali ini lebih bererti.
di sebalikmu ada si gagah itu yang meminjamkan kuasa peri sakti.
dan aku takkan memuja mu terlalu lalu, wahai bulan.

Izinkan aku, memuja Pencipta mu yang lebih agung dari segala macam penciptaanNya.



salam ramadhan. mungkin ini Ramadhan terakhir. dan mungkin juga ini Ramadhan yang menjadi starting point to be a new person, a better one. EnsyaAllah.




p/s : jika sangkar biru itu aku diam dan padamkan, maka akan aku melakar jauh di sini. biarlah kata orang, asal gerak itu atas usaha untuk mengejar redha-Nya

3 comments:

Ainum Lathifah said...

subhanallah :')

moga ramadhan kali ini lebih bererti dr sebelumnya :)

Unknown said...

setuju banget. :D

anenymous said...

subhanallah,
what a talent :')
May Allah bless and grants you blessings thru and thru sister :)