Hadiah langit , Kuantan Pahang (27April2013)
Aku dari dulu memang suka dan mudah sekali duduk melangut memandang ke bulan penuh.
Berseri.
Tapi bila kini, aku sudah mula jaga jaga akan takjub ku pada si bulan.
Kerana aku sedar, yang menciptanya lebih indah.
dan to relate it back to reality,
struggling to be a better muslimah, sifatnya haruslah seperti Matahari.
Yang bukan ditayang murah murah walau sifatnya cantik bersinar sinar.
Moga ingatan itu kekal dalam hati.
...
Terujanya aku memandang ke langit bila ada si bulan, sungguh.
Menjerit jerit.
Di tweet di Facebook kan.
Macamlah orang lain tak berkongsi bulan yang sama.
Macamlah bulan itu hanya memancar untuk aku sahaja.
Aku. Ya aku selalu sangat begitu.
...
Aku tahu, antara kita semua berkongsi bulan yang sama.
Pencipta yang sama
dan cinta cinta yang sama.
...
Aku sering marah ke aku,
Aku boleh tipu orang, boleh tipu diri sendiri,
tapi aku tahu , aku tak boleh tipu kan tuhan.
Tuhan tahu, walau sezarah kecilnya getar rasa aku.
Ingatnya aku dan segala butir doa ku kan?
Tuhan, apa saja kau mahu khabarkan ke aku dalam mimpi mimpi ku lewat beberapa malam yang lalu?
Tuhan, kau tahu kan apa yang paling mahu aku jagakan?
Tuhan, kau tahu kan apa yang paling aku takut kau uji kan?
Tuhan, kau tahu segalanya.
Kau tahu, sejauh mana aku cuba menyangkal, kau tahu itu rasa asa aku.
Kau tahu apa yang melemah dan menguatkan jiwa raga ku kan tuhan.
Tapi pintaku tuhan, kau berilah kekuatan kepada hati ku, hati kami hati semesta raya
agar tidak terjatuh tunduk pada nafsu dan syaitan, kan tuhan.
Apa erti segala mimpi mainan syaitan itu tuhan?
Bila di dalamnya, aku didodoi dengan zikir nasyid dan selawat segala oleh sesesok tubuh yang
paling aku jauh jauh mahu lupa kan tuhan?
Bila sosok itu terlalu hampir dan dengan lengkap pakaian yang aku kira, lengkap.
Kau tahu kan tuhan, bila segala jenis perhubungan manusiawi terputus,
hubungan kiriman lantas kepada tuhan menjadi lebih ampuh bukan?
Laju dikirim kirim,
Agar semua baik baik sahaja.
...
"When I am not finding any, doesn't mean I am waiting for anyone"
Maybe it is just my way of letting GOD to lead my life fully. He has the best plan for me.
Tuhan, kau tahu aku paling tahu aku.
Kau paling tahu aku.
"atas rindu yang tak pernah selesai" Tia Setiawati
baca ini , Kak Umairah
No comments:
Post a Comment